Together we are...

Wednesday, October 31, 2012

Pergi tanpa alasan.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Orang kata kalau pergi tanpa alasan, nanti jika kembali jangan bawa sebarang alasan juga. Betul ke?

Bagi aku, setiap apa yang berlaku ada sebab dan hikmahnya. Hanya percaya pada janji-janjiNya. Bila Allah izinkan untuk kita tahu suatu hari nanti, kita akan tahu juga. Kalau tidak, maka itu juga aturan Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua.

Sehingga hari itu tiba, usah bersedih, usah merintih. Jalani kehidupan seperti biasa,

Dalam sebuah penantian itu kadang-kala tersimpan seribu satu hikmah. Dalam penantian itu kadang-kala membuahkan hasil yang positif. Jawapan kepada penantian itu mampu menceriakan hari-hari seterusnya.

Tapi, Maha Kuasa Allah ke atas sesuatu perkara yang terjadi.

Maka jangan pernah lupa doa dan doa dan doa kepada Yang Maha Pemurah yang mengurniakan segala apa yang kita miliki hari ini. Jangan pernah lupa meminta kepada DIA yang satu-satunya Maha Pemberi segala apa yang kita inginkan.

Ya, dalam setiap nafas, dalam setiap langkah, dalam setiap kata, jangan pernah lupa kepada Allah SWT!

Segalanya akan jadi indah bila semuanya kerana Allah, percayalah!

Bertemu tidak resah, berpisah tidak gelisah.


Dan sekiranya penantian kita tidak mendatangkan reaksi yang seperti kita mahukan? Kita tak putus-putus berdoa, tapi pengakhirannya adalah sesuatu yang mengecewakan.

Usah bersedih. Kerana selama kita menunggu, kita berjaya mendidik hati kita sabar dan redha.

Bukankah kita di dunia ini menunggu detik kematian? Bukankah kita di dunia ini hanya sementara dan menanti saat kembalinya kita kepada yang berhak memiliki kita?

Itu adalah sebuah penantian yang menuntut iman mengatasi segalanya.

Kita tahu apa yang terjadi adalah yang tak terjadi. Dan begitulah sebaliknya.

Maka, seperti yang biasa kita dengar dan aku juga tetap akan berkata perkara yang sama.

Setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya.

Masalahnya hanya kita. Hanya kita yang memerlukan warasnya akal dan teguhnya iman dalam menghadapi setiap hal yang terjadi.

Tak semua yang pahit itu akan kekal pahit. Di hujungnya akan manis juanya. Hujan ribut pasti berhenti akhirnya. Bukan selamanya kemarau melanda bumi Allah. Tangisan akan berhenti, ketawa pula akan kedengaran.

Setiap perkara itu ada tempohnya.

Setiap perkara itu ada permulaan dan pengakhirannya.

Bersabarlah meniti liku-liku kehidupan.

Wallahua’alam.


Saturday, October 27, 2012

Aku Tanpa CintaMu

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Dengar dan hayati.

SALAM AIDILADHA 1433H.

Lots of love,
me.



Tuesday, October 23, 2012

Take 5. #2

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Rasa penat nak siapkan Literature Review ni. Esok dah kena submit kat pensyarah, bukan kat supervisor. Dan esok juga dah nak balik rumah, cuti raya Aidiladha dan juga cuti mid-semester. Perasaan tu memang dah bercampur-baur je. Hehe~ Tapi, kena juga kuatkan semangat! Chayok2!~

Dua tiga hari ni, rasa rindu seseorang. Entah siapa, entah di mana dia berada. Allah, jagakan dia untukku. Hanya mahu rindu yang halal bertamu di hati untuk dirinya.

Tetap tersenyum walau apa pun yang terjadi. Kerana aku percaya ada hikmah di sebalik semuanya.

^_^

google imej

Take 5. #1

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Hari yang memenatkan. Rasa mual yang tak hilang-hilang, tambah lagi sakit kepala yang datang tiba-tiba. Tapi masih juga makan itu ini. Memang menguji keimanan diri. Mengutamakan kesihatan atau tugasan? Rasa nak tidur menghilangkan rasa penat, tapi.... Oh, due date makin dekat. Gulp!

Counting the days. Rabu balik rumah. Tak sabar rasanya. Sekurang-kurangnya, dapat lari seketika daripada keadaan di sini. Rumahku syurgaku. Kan? Rasa tenang menyelinap ke hati bila bayangkan wajah-wajah insan kesayangan di rumah.

google imej

Sunday, October 21, 2012

Telur separuh masak.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Akhirnya, hajat nak buat sendiri telur separuh masak untuk sarapan tercapai juga. Maka malam tadi, dalam keadaan yang tak berapa nak sihat, gagahkan diri juga ke kedai Pakcik Armart cari telur. Pagi ni dengan rajinnya, masak air guna heater dan masak telur dalam mug je. Dah memang budak hostel kan. Mana ada dapur bagai ni. Hehe.

Nak dijadikan cerita, aku ni tak ingat macam mana rupanya telur separuh masak yang selalu orang makan tu. Heeee. Kalau kat rumah pun, masakkan untuk adik, tapi tak pernah tengok rupanya bagaimana. Ok, memang ini kali pertama aku makan telur separuh masak sebab sebelum ni aku memang takkan makan. Better yang goreng. Memang pelik sebab aku nak makan benda-benda macam ni sekarang. I don’t know why, but maybe I know why. Eh eh. Apa la yang aku merepek ni.

2 biji telur dalam mug. Tak pasti berapa lama nak jadi separuh masak tu. Tapi macam dah sure jadi kan, so aku pun pecahkan lah dalam mini Tupperware.. sadis kan takda piring or pinggan kecil. Sobs. Bila je aku pecahkan, daaaaa. Macam ni ke rupanya? Ke tak cukup masa lagi? Aku dah musykil. Lepas tu, lagi sebiji tu aku biarkan lagi dalam mug sampai betul-betul masak. Sebab takut aku takleh nak telan telur yang cair tu. Haha. Tapi yang sebiji tu, dicampurkan dengan kicap Faiza, maka telah selamat juga dihirup oleh aku sampai habis. Alhamdulillah. Tapi… skyjucie memang diteguk oleh aku sebanyak mungkin la. Untuk hilangkan rasa telur di tekak. Kihkih. Nak campur dengan madu, risau aku tak tertelan. So, madu aku minum dulu. Then baru makan telur. Sihat ke tak ni makan campur-campur macam ni? Errrrr..anyone?

Bukan tak boleh masak terus dalam heater, tapi tak nice la kan. Heater tu dah la kawan punya. Mana lah tahu tiba-tiba telur tu pecah dalam heater tu, naya je. Lagipun, takut juga kalau telur tu tak jadi separuh masak. Pun haru juga. Sebab tu, buat cara manual. Hehe. Kalau ada dapur, boleh kawal api. Kan?

Apapun, kesian kat kawan sebilik aku sebab pagi-pagi lagi aku dah buat bising itu ini. Keluar masuk bilik. Hikhik. Maaflah ye wahai warga kamar A123 sekalian. Kot ya mereka sedar bunyi bising. Kuikui.

Last but not least, happy bless Sunday. Untuk kawan-kawan yang ada test di pagi Ahad yang damai ini, semoga berjaya diucapkan. Moga apa yang diusahakan menjadi hasil yang berguna.

Dan untuk aku, sila sambung semula siapkan kerja-kerja yang ada sebelum balik cuti mid semester Rabu nanti. All praise to HIM, pagi ni dah rasa ok. Walaupun masih ada rasa simptom-simptom untuk demam. Takpe, positif dan optimis.

^_^

Wallahu’alam. 

google image.

Thursday, October 18, 2012

Mahar Cinta.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..



Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..

Sunday, October 14, 2012

You are sweet dear.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Dia tahu aku suka warna biru walaupun hijau lebih kelihatan menyerlah di kamar sampai dia musykil aku suka biru atau hijau. Dan dia tak pasti tentang butterfly, tapi bila hari tu dia tahu aku cari brooch butterfly, bukan bentuk lain, maka dia buat kesimpulan, aku suka buttterfly. 

Girl, you are sweet! Indeed. We just being friend for only few weeks and you just made my day. Thanks for this new mug. Maybe it's look simple for others, but it can make me keep smiling. And yes, I'm smiling whenever I see this mug. Hope our friendship stay strong, till Jannah. InsyaAllah. 

mug baru selepas mug biru aku yang dia pinjam pecah di tengah malam.

Friday, October 12, 2012

Orang kata kalau kita rindu, tengok langit.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Orang kata kalau kita rindu, tengok langit. Sebab langit kita sama jadi kita tak pernah jauh tapi

macam mana kalau langit panas terik tapi tempat awak hujan?
macam mana kalau langit hujan lebat tapi tempat awak panas terik?

langit kita tak sama kan? jadi,

kalau rindu, saya sebut nama awak dalam Doa. Sebab Allah Maha Mendengar. Dan mudah-mudahan DIA pantulkan doa itu ke dalam hati awak.

:')

~ kerana kata-kata dan janji akan lenyap bersama angin, tapi perasaan yang kita simpan dalam hati dan dalam doa akan kekal selamanya.


##copy paste dari facebook Aku Islam

Tuesday, October 09, 2012

jangan ucap selamat tinggal.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Erti melepaskan bukan bermakna membenci,
mendiamkan diri bukan juga bermakna menjauhi.

Saat hati tidak lagi mampu memahami,
jalan terbaik adalah menyepikan diri.

Monday, October 08, 2012

Bukan cincin tunang.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..



Sunday, October 07, 2012

Kawan baik berubah tiap masa ke?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Kawan baik berubah setiap masa ke? Let me think it first! Bestfriend...?

5..4..3..2..1…0!

Tak. Kalau berubah setiap masa tu maknanya dia bukan kawan baik kita lah. Tak ke?
Sebab bagi aku, kawan baik adalah mereka yang bersama kita sekalipun kita di selatan, mereka di utara. Masa dan jarak bukan penghalang. Kan?

Memanglah tiap hari, tak mustahil kita akan jumpa kawan yang baru. Dan ada sesetengah kawan yang baru itu, akan jadi kawan yang rapat dengan kita. Tak percaya? Cuba tengok siapa di sisi kita sekarang.  Hmmmmm. Tapi kadang-kadang mereka yang rapat dengan kita suatu ketika dulu tak lagi ada di sisi hanya kerana tidak bersama sentiasa. *nodding*

Kawan yang baik takkan berubah dan berganti. Tapi setiap kali kita ke tempat baru, kita akan menemukan kawan baik yang baru. Kawan baik yang lama tetap kekal di situ sebagai kawan baik kita. Sebab itu mereka dinamakan kawan baik. Tak ke?

So, mana yang kawan datang-pergi tu, mungkin mereka antara kawan-kawan kita yang bukan boleh berkongsi segalanya tapi sekadar kawan dalam kehidupan ini. Benar, tak semua mampu berkongsi cerita dengan kita. Kita pun macam tu. Bohonglah kalau tak kan. Kita juga bukan kawan baik bagi setiap kawan-kawan kita. Itu kehidupan.

Kawan baik dah tentu kawan-kawan kita. Tapi kawan-kawan kita belum tentu kawan baik kita. Dan kawan, rakan, teman dan sahabat juga memberi definisi yang berbeza? Its up to you then how to give the meaning. As long as, persahabatan itu kerana Allah Taala. Dan Allah akan permudahkan segalanya.

Dan timbul persoalan tiba-tiba.
Apa beza kawan baik dan kawan yang baik?
Haha~ Ok, itu aku bagi kalian yang jawab.

Untuk kawan-kawan baik aku semua,
[tak kisah la apa namanya persahabatan kita]
Terima kasih kerana ada di sisi aku selama ini.
Walaupun ada hal-hal yang tak semua boleh berkongsi,
Tapi kita tetap ada untuk satu sama lain.
Menghormati bahawa masing-masing ada kisah yang hanya menjadi rahsia diri sendiri dan tak semua boleh tahu.
Dan juga menghormati kita masih punya kawan baik yang lain.

Ukhuwah fillah abadan abada.
Moga di syurga kelak kita tetap bersama!

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)



Saturday, October 06, 2012

Saya menangis tapi terima kasih awak.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Ketekanan akibat kerja yang banyak memang menghimpit jiwa dan perasaan sampai rasa nak menangis. Apatah lagi, bila emosi datang menyapa diri menuntut kewarasan akal untuk memberikan reaksi positif. Ya, tak mudah sebenarnya. Memang perlukan masa untuk stabilkan dua hal yang saling bertingkah, berperang sesama sendiri dalam diri yang tidak tahu apa yang perlu dikasihani, bukan kerana simpati mahupun empati.

Wahai Nani, apa yang kau merepek di sini?
Haha~
Sila kembali pada kerja yang sedang menanti!

By the way, terima kasih awak untuk gambar ini. Dan juga masa yang seketika itu.
Tapi, yup. Masih musykil dengan ayat awak sebenarnya. Dan juga sikap awak kebelakangan ni. Harap saya dapat explanation daripada awak nanti. And its ok! I try to be positive. 
Sebab saya pasti, Allah ada bersama kita. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kan?
^_^


Oh ya! Rasa sedih dan kecewa tu memang ada la untuk beberapa sebab. Tapi dah rasa malas nak meluahkan perasaan itu. Simpan dan hadam sorang-sorang. Cukuplah dengan kewujudan mereka tanpa dicari yang menceriakan hari serta bergelak ketawa, dapat mengurangkan rasa beban di hati. Terima kasih korang semua! xoxo~

**dah tak reti nak menangis. selagi boleh bertahan, akan cuba bertahan setakat yang mampu. mungkin apa yang berlaku selama ini bagi aku kekuatan dalam menghadapi mehnah Allah. tapi mungkin aku dah tak nak menangis depan orang, biar aku menangis hanya untuk DIA dan bila dengan DIA. itu lagi bererti!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...