Together we are...

Sunday, October 07, 2012

Kawan baik berubah tiap masa ke?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Kawan baik berubah setiap masa ke? Let me think it first! Bestfriend...?

5..4..3..2..1…0!

Tak. Kalau berubah setiap masa tu maknanya dia bukan kawan baik kita lah. Tak ke?
Sebab bagi aku, kawan baik adalah mereka yang bersama kita sekalipun kita di selatan, mereka di utara. Masa dan jarak bukan penghalang. Kan?

Memanglah tiap hari, tak mustahil kita akan jumpa kawan yang baru. Dan ada sesetengah kawan yang baru itu, akan jadi kawan yang rapat dengan kita. Tak percaya? Cuba tengok siapa di sisi kita sekarang.  Hmmmmm. Tapi kadang-kadang mereka yang rapat dengan kita suatu ketika dulu tak lagi ada di sisi hanya kerana tidak bersama sentiasa. *nodding*

Kawan yang baik takkan berubah dan berganti. Tapi setiap kali kita ke tempat baru, kita akan menemukan kawan baik yang baru. Kawan baik yang lama tetap kekal di situ sebagai kawan baik kita. Sebab itu mereka dinamakan kawan baik. Tak ke?

So, mana yang kawan datang-pergi tu, mungkin mereka antara kawan-kawan kita yang bukan boleh berkongsi segalanya tapi sekadar kawan dalam kehidupan ini. Benar, tak semua mampu berkongsi cerita dengan kita. Kita pun macam tu. Bohonglah kalau tak kan. Kita juga bukan kawan baik bagi setiap kawan-kawan kita. Itu kehidupan.

Kawan baik dah tentu kawan-kawan kita. Tapi kawan-kawan kita belum tentu kawan baik kita. Dan kawan, rakan, teman dan sahabat juga memberi definisi yang berbeza? Its up to you then how to give the meaning. As long as, persahabatan itu kerana Allah Taala. Dan Allah akan permudahkan segalanya.

Dan timbul persoalan tiba-tiba.
Apa beza kawan baik dan kawan yang baik?
Haha~ Ok, itu aku bagi kalian yang jawab.

Untuk kawan-kawan baik aku semua,
[tak kisah la apa namanya persahabatan kita]
Terima kasih kerana ada di sisi aku selama ini.
Walaupun ada hal-hal yang tak semua boleh berkongsi,
Tapi kita tetap ada untuk satu sama lain.
Menghormati bahawa masing-masing ada kisah yang hanya menjadi rahsia diri sendiri dan tak semua boleh tahu.
Dan juga menghormati kita masih punya kawan baik yang lain.

Ukhuwah fillah abadan abada.
Moga di syurga kelak kita tetap bersama!

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...