Together we are...

Saturday, October 06, 2012

Saya menangis tapi terima kasih awak.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Ketekanan akibat kerja yang banyak memang menghimpit jiwa dan perasaan sampai rasa nak menangis. Apatah lagi, bila emosi datang menyapa diri menuntut kewarasan akal untuk memberikan reaksi positif. Ya, tak mudah sebenarnya. Memang perlukan masa untuk stabilkan dua hal yang saling bertingkah, berperang sesama sendiri dalam diri yang tidak tahu apa yang perlu dikasihani, bukan kerana simpati mahupun empati.

Wahai Nani, apa yang kau merepek di sini?
Haha~
Sila kembali pada kerja yang sedang menanti!

By the way, terima kasih awak untuk gambar ini. Dan juga masa yang seketika itu.
Tapi, yup. Masih musykil dengan ayat awak sebenarnya. Dan juga sikap awak kebelakangan ni. Harap saya dapat explanation daripada awak nanti. And its ok! I try to be positive. 
Sebab saya pasti, Allah ada bersama kita. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kan?
^_^


Oh ya! Rasa sedih dan kecewa tu memang ada la untuk beberapa sebab. Tapi dah rasa malas nak meluahkan perasaan itu. Simpan dan hadam sorang-sorang. Cukuplah dengan kewujudan mereka tanpa dicari yang menceriakan hari serta bergelak ketawa, dapat mengurangkan rasa beban di hati. Terima kasih korang semua! xoxo~

**dah tak reti nak menangis. selagi boleh bertahan, akan cuba bertahan setakat yang mampu. mungkin apa yang berlaku selama ini bagi aku kekuatan dalam menghadapi mehnah Allah. tapi mungkin aku dah tak nak menangis depan orang, biar aku menangis hanya untuk DIA dan bila dengan DIA. itu lagi bererti!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...