Together we are...

Sunday, October 21, 2012

Telur separuh masak.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Akhirnya, hajat nak buat sendiri telur separuh masak untuk sarapan tercapai juga. Maka malam tadi, dalam keadaan yang tak berapa nak sihat, gagahkan diri juga ke kedai Pakcik Armart cari telur. Pagi ni dengan rajinnya, masak air guna heater dan masak telur dalam mug je. Dah memang budak hostel kan. Mana ada dapur bagai ni. Hehe.

Nak dijadikan cerita, aku ni tak ingat macam mana rupanya telur separuh masak yang selalu orang makan tu. Heeee. Kalau kat rumah pun, masakkan untuk adik, tapi tak pernah tengok rupanya bagaimana. Ok, memang ini kali pertama aku makan telur separuh masak sebab sebelum ni aku memang takkan makan. Better yang goreng. Memang pelik sebab aku nak makan benda-benda macam ni sekarang. I don’t know why, but maybe I know why. Eh eh. Apa la yang aku merepek ni.

2 biji telur dalam mug. Tak pasti berapa lama nak jadi separuh masak tu. Tapi macam dah sure jadi kan, so aku pun pecahkan lah dalam mini Tupperware.. sadis kan takda piring or pinggan kecil. Sobs. Bila je aku pecahkan, daaaaa. Macam ni ke rupanya? Ke tak cukup masa lagi? Aku dah musykil. Lepas tu, lagi sebiji tu aku biarkan lagi dalam mug sampai betul-betul masak. Sebab takut aku takleh nak telan telur yang cair tu. Haha. Tapi yang sebiji tu, dicampurkan dengan kicap Faiza, maka telah selamat juga dihirup oleh aku sampai habis. Alhamdulillah. Tapi… skyjucie memang diteguk oleh aku sebanyak mungkin la. Untuk hilangkan rasa telur di tekak. Kihkih. Nak campur dengan madu, risau aku tak tertelan. So, madu aku minum dulu. Then baru makan telur. Sihat ke tak ni makan campur-campur macam ni? Errrrr..anyone?

Bukan tak boleh masak terus dalam heater, tapi tak nice la kan. Heater tu dah la kawan punya. Mana lah tahu tiba-tiba telur tu pecah dalam heater tu, naya je. Lagipun, takut juga kalau telur tu tak jadi separuh masak. Pun haru juga. Sebab tu, buat cara manual. Hehe. Kalau ada dapur, boleh kawal api. Kan?

Apapun, kesian kat kawan sebilik aku sebab pagi-pagi lagi aku dah buat bising itu ini. Keluar masuk bilik. Hikhik. Maaflah ye wahai warga kamar A123 sekalian. Kot ya mereka sedar bunyi bising. Kuikui.

Last but not least, happy bless Sunday. Untuk kawan-kawan yang ada test di pagi Ahad yang damai ini, semoga berjaya diucapkan. Moga apa yang diusahakan menjadi hasil yang berguna.

Dan untuk aku, sila sambung semula siapkan kerja-kerja yang ada sebelum balik cuti mid semester Rabu nanti. All praise to HIM, pagi ni dah rasa ok. Walaupun masih ada rasa simptom-simptom untuk demam. Takpe, positif dan optimis.

^_^

Wallahu’alam. 

google image.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...