Together we are...

Sunday, November 25, 2012

Hijrah Satu Kemestian, Bukan Satu Pilihan.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

“Dan barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh, pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” 
[An-Nisa’:100]

Hijrah satu kemestian, bukan satu pilihan.

Satu tajuk forum yang bagi aku sangat kena pada diri sendiri. Mencari erti hidup.

Pada awalnya, nak pergi kerana SMAP online, untuk pengumpulan aktiviti dalam sistem bagi memudahkan dapat asrama semester depan, tapi rupanya Allah telah merancang sesuatu yang indah untuk aku. Mudah-mudahan. Daripada nak pergi sekejap dek kerana kerja yang bertimbunan minta disiapkan, akhirnya sampai ke penghujung juga aku di situ.

Alhamdulillah. Niat diperbaharui dan diperbetulkan. Pergi kerana ilmu Allah. Duduk di situ mencari reda dan cari pahala. InsyaAllah.

Panel forum, Ustaz Abu Hanifa, pensyarah UTHM dan juga Diana Amir. Aku rasa semua maklum siapa Diana Amir. Kalau tak tahu tu, google please. Hehe. Dan boleh layari website Ustaz di http://www.islamclick.com. Moga bermanfaat untuk semua, insyaAllah.

Aku terkesan dengan kisah Diana Amir malam ni.

Waktu dia nak makan mee bandung di sebuah kedai di Parit Botak, Batu Pahat untuk berbuka puasa, kat televisyen ada tayang satu cerita yang dia berlakon dahulu. Aku tak ingat tajuk apa, sebab memang tak pernah tengok rasanya. Lepas tu, dia rasa malu sangat bila tengok dia tak bertudung dan berlakon dalam cerita tu. Mee bandung pun dah hilang rasanya.

Aku termenung sendiri dan faham apa yang dia rasakan itu.


Penyesalan kisah silam… perit…

Itu ayat kawan kepercayaan aku yang terus muncul di minda dan aku akui hakikat itu. Bagi yang mengerti, aku yakin kalian pernah rasa dan lalui bayangan masa lalu.

Tapi Maha Suci Allah, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

 (rujuk ayat An-Nisa di atas)

Seperti kata Ustaz Abu Hanifa, Allah sangat suka bila orang yang berbuat salah dan kembali bertaubat. Sebab manusia tidak ada yang sempurna. Setiap hari melakukan dosa. Dan kerana itu kita diminta untuk beristighfar setiap hari dan minta keampunan daripada Allah.

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia selain untuk beribadat kepadaKu.”

Maka, renung semula tujuan kita dihidupkan. Buat sesuatu dengan baik dan tahu mana hala tuju kita.

lirik dia sangat3 bermakna.
believe me.

Dari pandangan aku sendiri, secara ringkasnya, memang pun kita perlu hijrah. Hijrah daripada yang tak baik kepada yang lebih baik. Bukan sekadar dalam pemakaian tapi juga tingkah laku dan lain-lain. Kita nak masuk syurga beramai-ramai kan? Tentang hidayah Allah, Ustaz Abu Hanifa cakap, jauhi sifat zalim dalam diri, insyaAllah mudah Allah nak bagi hidayah. Sungguh, kadang-kala hidayah itu perlu dicari, bukan dinanti. Nak cari macam mana, aku rasa kalian cukup matang dalam memahami maksud aku.

Tambahan. Kalau benar niat kita nak berubah, calon suami pun Allah bagi yang baik-baik yang boleh support kita nanti. See... Allah tu Maha Adil dan Maha Mengetahui. Yang penting, jom solehahkan diri kita terlebih dahulu. InsyaAllah, Allah akan kirimkan jodoh yang baik untuk kita ^_^

May Allah bless.

Wallahua’lam.

Monday, November 19, 2012

Melepaskan di genggaman, menyerahkan segalanya pada Allah.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Seindah Tulip : Bahagian 4
Melepaskan di genggaman, menyerahkan segalanya pada Allah.

Alia : Kau kenapa nampak blur sangat ni?

Qistina : Patutke aku buat announcement kat tv cakap yang aku single? Yang aku takda siapa-siapa yang nak declare as boyfriend aku.

Alia ketawa kecil walaupun muka Qistina tengah serius masa itu.

Alia : Sabar itu indah Qis! Buat tak tahu je lah. Lama-lama senyaplah dia tu.

Qistina : Manusia. Entah bila nak senyap. Hari ni macam ni. Esok lusa buka cerita lain. Still same. Nothing change!

Alia : Kau pun manusia kan? Sarkastik.

Qistina : Baiklah Puan Alia. Memahami soalan Alia. Dia beristighfar dalam hati.

Alia : Ek ena. Apa puan puan?

Qistina buat muka comel sambil mengukir senyuman. Buku Di Mana DIA Di Hatiku karangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi dicapai. Allah itu amat hampir, tapi kenapa aku masih meminggir? Akalku alpa berfikir, hatiku lupa berzikir. Qistina menarik nafas perlahan, menyembunyikan rasa di hati.

Alia : Ingat comel sangat la macam tu?

Qistina : Tak ke? Tergelak.

Alia : Tolonglah.. Tapi kan Qis, aku rasa better kau tanggal cincin kat jari kanan kau tu.

Qistina : Sebab?

Alia : Ye lah, takda lah orang musykil dengan status kau ni.

Qistina : Perlu ke?

Alia : Yang kau tiba-tiba macam orang hilang semangat ni kenapa? Bintang kau lesap lagi?

Qistina menggeleng perlahan. What bintang? Dia ketawa sendiri. Buku di tangan dibelek.

Alia : Qis, aku tanya kau ni. Geleng lepas tu ketawa. Ada ke patut.

Qistina : Cik Alia Batrisya sayang… Air, langit dan gunung kekadang lebih daripada sekadar pemandangan. Yang tersurat keindahan, yang tersirat pengajaran. Air, langit dan gunung kekadang cubitan pada satu kealpaan. Pada limpah selaut indah, mana titis sejemput sembah?

Alia : Maksud kau?

Qistina : Ada kaitan ke dengan soalan kau sebelum ni? Aku baca apa yang aku nampak dalam buku ni. Dia meneruskan pembacaan.

Alia : Macam aku tak kenal kau. Dah, cepat cakap.

Qistina : Which one? Cincin atau bintang? Buku ditutup semula. Memberi perhatian pada sahabatnya itu.

Alia : Both!

Qistina ketawa. Apa yang dia lalui dan temui sejak beberapa bulan yang lalu kembali bermain di minda.

Qistina : Sebelum aku jawab soalan kau, aku minta maaf pasal cuti hari tu.

Alia : Cuti semester? Yang kau nak bersendirian sampai lost contact dengan aku dan Risa. Tanya mama, dia pun tak nak bagitahu kami. So, what’s going on? Kau pergi mana?

Qistina : Aku travel ke tempat yang aku rasa nak pergi dan memerhati masyarakat. Bila aku penat, aku stay kat mana-mana. Almost two weeks.

Alia : Mama tak bising?

Qistina : Nope. She’s really understand me. Papa pun. Mereka tahu apa yang aku cari. Mencari erti hidup.

Alia : Yup. A mom. Senyuman terukir di bibir. Then?

Qistina : I already change my mind. No more bintang dalam hidup aku. I mean, I let it go because Allah. Memang betul bintang ajar aku tentang harapan, tapi sebenarnya aku lupa yang bintang itu milik Allah. Dan bintang tu juga ada jalan hidup dia sendiri.

Alia : Aku tak faham. Bukan bagi kau, bintang tu harapan? Yang sentiasa ada walau di mana sahaja kau berada. Bintang yang ajar kau tentang kehidupan ini dan sebuah kepercayaan.

Nah! Ayat yang sama dipulangkan semula pada Qistina. Qistina menyusun kata.

Qistina : Dengar dulu apa aku nak cakap. Melepaskan bukan bermakna menjauhi. Aku tetap suka pada bintang sebagaimana aku takkan membenci tulip.

Alia : And?

Qistina : Aku nak perbaharui iman aku, pegangan hidup aku. Biar segalanya kini hanya kerana Allah.

Alia : Which part that I missing Qis?

Qistina : Nothing. You know every single thing about me.

Alia : Kau berubah. Betullah kata Kak Mina dan Kak Mas minggu lepas. Tapi aku tak pasti kau berubah macam mana. Sungguh aku tak tahu apa yang ada dalam hati kau sekarang.

Qistina : Aku tetap sama macam dulu. Macam kau kenal dulu, itu juga aku sekarang. Pasal bintang, kita selesai. Yang cincin ni, seperti yang aku kata dulu. It will stay here until someday.

Alia ingin terus bertanya, tapi bila mama Qistina telefon anak tunggalnya itu, dia jadi terbantut. BBM dihantar pada Marissa.

Do you know what’s happened to Qis on last holiday?

I’m not sure at all. Why?

Just curious. Sepertinya, makin perahsia dia sekarang.

Kau jangan paksa dia cerita sesuatu yang dia taknak cerita. Macam dia kata, kisah hidup dia hanya untuk Encik Tulip. Kita kena hormat.

Ya. Aku tahu tu. Tapi pasal bintang tu, aku pelik. Ada dia cerita pada kau?

Ada kisah di sebalik kisah. Dia ada cakap, bintang tak lagi bersinar. Sebab sinar yang pasti milik Allah. Allah pemilik bintang dan semuanya terjadi kerana Allah.

Maksudnya?

Hanya dia yang ada jawapan itu. Alia, she is totally new Raisya Qistina. But I’m glad for new her. Did you?

Yup. Me too. I just need an explanation for things happened. That’s all.

Jangan paksa sesuatu berlaku jika belum masanya. One fine day, kita akan tahu juga. Sabar itu indah. Kan? 

Blackberry di tangan direnung. BBM Marissa tidak dibalas. Qis, kau memang suka hadam dan telan segalanya seorang diri. Aku harap kau sentiasa bahagia sebagaimana kau sering menggembirakan orang di keliling kau. Kau terlalu baik untuk dikecewakan. Bisik hati Alia. Dia melihat Qistina terus ambil wuduk sebaik sahaja azan Asar kedengaran. Risa, she’s really new one. Much better. Alia tersentak daripada lamunan bila Qistina mengajaknya solat berjemaah. Dia mengukir senyuman pada Qistina dan cepat-cepat mengambil wuduk. 

Bahagian 3 | Bahagian 4 | Bahagian 5

Wednesday, November 14, 2012

Contengan Perjalanan Mencari Tuhan.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Assalamualaikum.
Maaf beribu-ribu maaf. Entri asal dalam tajuk ini terpaksa di-remove atas sebab-sebab tertentu. Maaf sekali lagi. Terima kasih kerana sudi baca dan menilai dengan mata hati. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Tapi saya selitkan juga last part of that entry,
buat mereka yang baru baca entri ini.
Moga Allah redha.
Senyum.

***************************************************


Aku teringat satu ayat yang selalu naik di dinding muka buku.

Biarlah kita tak pandai berfesyen, yang penting kita tak pakai pakaian akhir zaman.

Lantas ku baca coretan di buku quotes milikku.

Aku tidaklah semulia KHADIJAH,
Tidaklah setaqwa AISYAH,
Pun tidaklah setabah FATIMAH…
Aku cuma seorang wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi Solehah…


Ku belek tafsir al-Quran.

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya (daripada perkara haram), dan memelihara kehormatan (keaiban) mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (zahir) daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka..."  

(An Nur, 31)

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

(Al-Ahzab, ayat 59)

"Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup aurat (keaiban) kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa ialah pakaian yang terbaik".

(Al A'raf, ayat 26).

Sepotong hadis menjengah ke dalam fikiran.

"Sesungguhnya termasuk ahli neraka, iaitu perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain berbuat maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan mencium baunya."

(Hadis Riwayat Muslim)

Dan aku teringat ayat yang ku ambil dalam kisah di iluvislam.com.

“Semuanya bergantung pada kita. Kalau rasa tak kuat untuk berubah, carilah kekuatan itu. Timba ilmu, banyakkan solat, rujuk orang yang alim. Bukan sekadar berkata:

"Aku belum dapat hidayah lagi. Hati aku belum ikhlas lagi untuk lakukan perubahan ni. Aku tak nak jadi hipokrit !".

Stop drama itu. Allah yang cipta kita, pasti Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya, Allah sangat menyayangi wanita.

Berfesyenlah ikut acuan Allah, sang bidadari.
pasti selamat duniawi ukhrawi :)

Untukmu bidadari, kecantikan bukan untuk dikongsi semua lelaki,
tapi hanya untuk lelaki bergelar suami :)”

Sambil menaip entri ini, diselit dengan menyiapkan assignment yang perlu dihantar, aku mainkan beberapa lagu kegemaranku di BlackBerry pemberian abangku.

Always Be There – Maher Zain
InsyaAllah – Maher Zain
Alhamdulillah – Maher Zain
Maha Melihat – Opick ft Amanda
Satu Cinta – Star 5
Tiada Duka Yang Abadi – Opick
Cahaya Hati – Opick
Wanita – De Hearty
Permata Yang Dicari – De Hearty
PadaMu Ku Bersujud – Afgan
Aku Yang Berdosa – Shahir
Pintu Taubat – Zivilia
Tak Pantas Di Surga – Dadali

Penyesalan kisah silam, perit.
Tapi Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Selamat menemui jalan-jalan ke syurga.
Semoga tetap istiqamah dalam melakukan suruhanNya.
Semoga kita sama-sama capai solehah, gapai mardhatillah dan husnul khatimah.


***************************************************

Wallahua'lam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...