Together we are...

Sunday, November 25, 2012

Hijrah Satu Kemestian, Bukan Satu Pilihan.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

“Dan barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh, pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” 
[An-Nisa’:100]

Hijrah satu kemestian, bukan satu pilihan.

Satu tajuk forum yang bagi aku sangat kena pada diri sendiri. Mencari erti hidup.

Pada awalnya, nak pergi kerana SMAP online, untuk pengumpulan aktiviti dalam sistem bagi memudahkan dapat asrama semester depan, tapi rupanya Allah telah merancang sesuatu yang indah untuk aku. Mudah-mudahan. Daripada nak pergi sekejap dek kerana kerja yang bertimbunan minta disiapkan, akhirnya sampai ke penghujung juga aku di situ.

Alhamdulillah. Niat diperbaharui dan diperbetulkan. Pergi kerana ilmu Allah. Duduk di situ mencari reda dan cari pahala. InsyaAllah.

Panel forum, Ustaz Abu Hanifa, pensyarah UTHM dan juga Diana Amir. Aku rasa semua maklum siapa Diana Amir. Kalau tak tahu tu, google please. Hehe. Dan boleh layari website Ustaz di http://www.islamclick.com. Moga bermanfaat untuk semua, insyaAllah.

Aku terkesan dengan kisah Diana Amir malam ni.

Waktu dia nak makan mee bandung di sebuah kedai di Parit Botak, Batu Pahat untuk berbuka puasa, kat televisyen ada tayang satu cerita yang dia berlakon dahulu. Aku tak ingat tajuk apa, sebab memang tak pernah tengok rasanya. Lepas tu, dia rasa malu sangat bila tengok dia tak bertudung dan berlakon dalam cerita tu. Mee bandung pun dah hilang rasanya.

Aku termenung sendiri dan faham apa yang dia rasakan itu.


Penyesalan kisah silam… perit…

Itu ayat kawan kepercayaan aku yang terus muncul di minda dan aku akui hakikat itu. Bagi yang mengerti, aku yakin kalian pernah rasa dan lalui bayangan masa lalu.

Tapi Maha Suci Allah, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

 (rujuk ayat An-Nisa di atas)

Seperti kata Ustaz Abu Hanifa, Allah sangat suka bila orang yang berbuat salah dan kembali bertaubat. Sebab manusia tidak ada yang sempurna. Setiap hari melakukan dosa. Dan kerana itu kita diminta untuk beristighfar setiap hari dan minta keampunan daripada Allah.

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia selain untuk beribadat kepadaKu.”

Maka, renung semula tujuan kita dihidupkan. Buat sesuatu dengan baik dan tahu mana hala tuju kita.

lirik dia sangat3 bermakna.
believe me.

Dari pandangan aku sendiri, secara ringkasnya, memang pun kita perlu hijrah. Hijrah daripada yang tak baik kepada yang lebih baik. Bukan sekadar dalam pemakaian tapi juga tingkah laku dan lain-lain. Kita nak masuk syurga beramai-ramai kan? Tentang hidayah Allah, Ustaz Abu Hanifa cakap, jauhi sifat zalim dalam diri, insyaAllah mudah Allah nak bagi hidayah. Sungguh, kadang-kala hidayah itu perlu dicari, bukan dinanti. Nak cari macam mana, aku rasa kalian cukup matang dalam memahami maksud aku.

Tambahan. Kalau benar niat kita nak berubah, calon suami pun Allah bagi yang baik-baik yang boleh support kita nanti. See... Allah tu Maha Adil dan Maha Mengetahui. Yang penting, jom solehahkan diri kita terlebih dahulu. InsyaAllah, Allah akan kirimkan jodoh yang baik untuk kita ^_^

May Allah bless.

Wallahua’lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...