Together we are...

Monday, December 31, 2012

Coretan 2012.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Aku rasa semalam ada update satu entri bertajuk 'Semua Tentang Kita'. Tapi bila check, takda. Musykil aku. Takpe lah. Abaikan je. So, here we are. Hari ni hari terakhir untuk 2012. Takut bila umur semakin bertambah? Aku hanya mampu tersenyum. Sebenarnya lebih takut tak mampu tunaikan komitmen dan tanggungjawab bila semakin dewasa. Yang paling berat AMANAH kan? Umur hanyalah angka. Di sebalik angka itu yang penting.

Amanah...
Pada Allah dan rasulNya khususnya.
Pada ma dan abah.
Pada family.
Pada kawan/sahabat/teman/rakan/member.
Pada bakal zauj dan keluarga sendiri kelak.
Pada saudara seagama sefikrah.
dan untuk semua amanah yang diberikan padaku.

Apakah aku mampu jaga dan tunaikan?

Pada Allah jua ku serah segalanya. Pada Allah jua ku pinta semuanya. Hanya DIA satu-satunya tempat bergantung harap. Tidak ada dua kecuali DIA sahaja.

* * * * * * * * * * * * * *


Do we all really need "azam" each early year?

Aku : Not really. But for me,its just a date to begin something and make me to remember it soon. That 'azam' can renew everytime :)


Yup. I really mean it. Awal Muharram, niat diperbaharui. Lepas raya Aidilfitri, maaf dipinta, pun sama semoga punya kehidupan baru, sewaktu hari wukuf di Arafah, kita berdoa agar diampunkan dosa-dosa dan buka buku baru.. Dan masih ada hari-hari Islam yang lain. Sungguh, bagi aku, kita sebagai umat islam punya waktu yang banyak untuk berubah, untuk menjadi lebih baik daripada semalam. Niat kita perlu diperbaharui setiap masa.

Dan tarikh menjadi pilihan? Seperti aku? *senyum*

Aku bermain dengan angka. Meletakkan tarikh sebagai ingatan aku. Hanya itu. Sebetulnya, hari demi hari, aku harap diri aku berubah jadi lebih baik. Lebih baik daripada semalam. Lebih baik dari saat ini. You can have your own opinion and stands :)


my facebook status

Thinking back about all the things I've been thru in 2012, I could say its a pretty awesome year and nothing ever happens without a reason!

Aku setuju dengan ayat someone di twitter ini. Alhamdulillah. Untuk segala yang berlaku selama ini, semuanya mengajar aku sesuatu. Hari yang aku tunggu, muncul jua. Bukan membenci, bukan berdendam, sekadar merasakan, 'what you got now is what you gave'. Ya Allah, maafkan aku untuk rasa seperti ini.

"bila kita dapat tunjuk kita gembira tanpa dia that time, kita dapat balas segala yang dia dah buat dan kita boleh kecapi kegembiraan kita sendiri.. hati kita rasa sakit kan sebab kita masih fikir apa yang dia buat kat kita.. pejam mata dan slowly push it away dan masukkan kegembiraan dalam hati kita tu. Allah beri kita akal untuk mengawal hati dan perasaan kita.. ikut hati mati.. biar kita yang kawal hati kita, jangan biarkan hati tu kawal kita. hati kita penuh dengan perasaan dan nafsu.. perasaan cinta gembira sedih gembira semua dari hati.. akal cuma mentafsir je. that's why Allah tidak meletakkan nafsu pada akal fikiran kita. akal diberikan untuk kawal semua itu..."

Kita kenal since 2010, kita rapat pada 2011 dan semoga 2012 beri kenangan yang manis buat kita.

Terima kasih Allah untuk 2012 yang berlalu pergi. Banyak kenangan bersama sahabat seperjuangan, banyak pengalaman tercipta sepanjang tahun ini. Terima kasih kerana mengurniakan sahabat yang baik dan insan-insan yang datang pergi. Untuk setiap satu daripada mereka, ada ibrah yang Kau mahu aku pelajari.

Terima kasih untuk sebuah keluarga yang besar dan bahagia, yang tetap bersamaku setiap waktu. Terima kasih untuk nikmat islam dan iman yang Kau anugerahkan pada kami semua.

Sungguh, dengan mengingatiMu, hati menjadi tenang.. Kau takkan pernah tinggalkan hamba-hambaMu di saat mereka memerlukanMu..

* * * * * * * * * * * * * *

Ku Tak Pantas Di Syurga - Dadali

Pintu Taubat - Zivilia

Aku Yang Berdosa - Shahir

Semuanya telah berubah, tapi aku yakin ia berubah ke arah kebaikan. Aku, dia dan mereka semakin ingin mendekatiMu, meraih redhaMu. Ya Allah, bimbinglah kami, langkah-langkah kami ke arah jalas lurusMu... Ya Rabbi, satukanlah hati-hati kami dalam redhaMu agar kami semua bersama di JannahMu kelak.. Aamiin.

* * * * * * * * * * * * * *
"Semakin dewasa semakin banyak perkara perlu dilakukan. Semakin lama kita semakin berubah. Tapi selagi kita merancang bulatan tindakan, kita tenang melaksanakan." -NIS

"Semakin dewasa semakin banyak tanggungjawab. Apa yang penting kita utamakan." -TMFHTI

Wallahu'alam...

Thursday, December 27, 2012

Travelog ke Bandaraya Bersejarah.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Ha! Tahu katne ni? Ok, next picture.

This is Bandar Hilir Melaka. Kat bangunan merah tu.

River Cruise menyusuri Sungai Melaka.

Julai 2012. Aku tak pasti ini kali ke berapa aku jejak kaki ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Dan sebab itulah, aku rasa confident untuk jadi tour guide kepada kawan-kawan sebilik aku, Dila, Hajjar dan Efa. Walhal aci main redah je. Tawakal. Time ni kami tengah bersemester pendek yang wajib bagi budak tahun 1 dan 2 Bachelor of Information Technology UTHM. Walaubagaimanapun, masa kami buat plan hari ni dan esoknya pergi, Aina tiada sebab dia ke United Kingdom, kakak dia graduate as a doctor. Dengan menaiki satu-satunya bas ke Melaka Sentral iaitu Orkid Malaysia Expres, kami gerak jam 10.15am dari Terminal Bas Batu Pahat.

Melaka Sentral.

Sampai je kat sini, terus cari tiket balik Batu Pahat. Mau masing2 nangis kalau tiket habis. Hehe~ Then kami ambil bas ke Mahkota. Haaaa..time ni tak payah cakaplah. Beratur panjang manusia nak ke sana. Masing-masing dah cuak. Takkan nak redah je lelaki-lelaki kat situ? Kami berempat memencilkan diri untuk seketika dan tunggu bas lain sampai. Alhamdulillah, dapat juga akhirnya. First thing yang kelakar masa perjalanan kami ni, semua dah turun kat depan Mahkota Parade. Kami terkial-kial nak turun kat mana. Sebab dalam perancangan nak turun kat Bandar Hilir, means kat tempat kapal samudera tu. Rupanya bas tak lalu situ sebab ada program apa entah malam nanti. Pakcik bas dah musykil tengok kami. Aku pun hilang idea terus. Selama ni ikut langkah kawan-kawan je. Kali ni, kena decide betul-betul. Masuk ke Mahkota Parade tu, decide untuk cari hotel dulu. Takkan nak berjalan dengan beg bagai kan? Time ni memang menguji keimanan. Hotel budget di sekitar kawasan tu semua dah penuh. Second thing yang kelakarnya, masa Efa dan Hajjar tanya salah satu hotel. Ingatkan tuan punya hotel, rupanya lelaki tu pun customer. Ops!

Akhirnya, dapat hotel. Not actually a hotel. Tapi, Le Village Malacca Guest House. Itupun pakcik kat hotel depan yang tolong. Thanks pakcik-tak-tahu-nama. Pasal kemudahan, kalau nak comparekan dengan Hotel Dynasty kat Jalan Ipoh KL tu, memang jauhlah. Mahu tak, RM30 je sewa bilik. Bilik yang kami sewa lah. Lepas tu sumbat empat-empat dalam tu. Haha~ Bilik air kat luar, dalam bilik katin queen, no blanket dan ada kipas dinding je. Kalau nak ikutkan keselesaan tu, kat asrama lagi better kot. Nama macam gah, tapi errrrr. Hehe~ Ok, sebab kami memang travel dalam low cost, maka memang itulah yang kami nak. Syukur.

Dah check in, solat dan keluar cari lunch.
Dan bermulanya sebuah pengembaraan...


Muzium Samudera. 
tapi tak boleh naik sebab tengah setting untuk program malam nanti.

ambil feeling tepi Sungai Melaka.

tengok gambar ni rasa macam kat Cina. \(^.^)/

salah satu tarikan yang ada di Melaka.

candid. tak masuk pun.

Aldy Hotel. boleh tinggal di sini untuk percutian mewah.
betul-betul strategik lokasi dia.

terus cari tempat duduk sebab letih berjalan.

explore the A-Famosa.

turun daripada A-Famosa

selepas berjalan dalam Muzium Kesultanan Melaka.
dan lelaki itu memang tak kenal siapa.
pelakon tambahan. hehe.

kat Taman....? -.-'

lokomotif

atas Dataran Pahlawan berlatarbelakang kan Mahkota Parade

arah seterusnya

 
dalam Mahkota Parade. solat dan window shopping.
dah lama juga aku tak jejak kaki kat sini.

cari makanan kat Jonker Walk dan
berkelah kat Dataran Pahlawan sambil tengok perarakan.

hari kedua tersesat ke sini.

dah macam pergi lawat tapak.
selama ni depan lappy je; projek + assignments

Tak pernah terfikir alami situasi ni. Kesian kat pakcik teksi tu sangkut sekali dengan kami. Kihkih. Dan paling mengejutkan aku, dia kenal orang kampung aku. Aku hanya mampu tersenyum. Oh ya. Ni kat area Pantai Klebang. Plan awal nak ke pantai, tapi.... ok, next picture!

tunggu pintu masuk ke kapal selam dibuka.

this!

itu pakcik yang sama-sama masuk ke sini. 
dia tengah pening tengok kami hilang arah. hehe.

sebenarnya tempat tu tak siap pun lagi.
alang-alang kami dah sampai, terjah saja.
berbaloi la juga dapat tengok kapal selam live. hiks.

Reka bentuk yang akan dibangunkan di Pantai Klebang. Kata pakcik teksi, nanti ada restoran dalam bas. sama-sama kita tunggu. Al-kisahnya, masa awal sampai kat tepi pantai tu, view kat situ tak seperti dalam gambaran. Aku sendiri tak sangka, this is Pantai Klebang? Then, pakcik teksi tu kata pantai dah kena tambak dan tengah dalam proses menaik-taraf kawasan tu. Sekarang ni ramai pergi ke Pantai Puteri (kalau tak silap nama pantai tu) Macam tu lah ceritanya yang boleh lepas tengok kapal selam ni. Itupun sebab pakcik ni bermurah hati bawa kami bersiar. Dalam kepala ni dah mula kira duit teksi. Haha. Bila dia tahu kami masih student, dan dalam 'lawatan sambil belajar dan dari jauh', hehehe~ Ok la harga tambang dari Bandar Hilir ke Pantai Klebang sampai dia hantar kami ke destinasi seterusnya. Tiba-tiba ada tour guide bertauliah pula kan. By the way, pakcik tu sendiri first time masuk tengok kapal selam ni. Bukan kami je. :)

next. cuba teka kat mana ni?

dulu family ada bergambar kat sini.
aku mengimbau memori. lalala~

ready to walk. jom!

Zoo Melaka. Siapa yang pernah pergi mungkin cam kot tempat ni. Masa ni lepas kami ke Pantai Klebang yang tengah dalam renovation tu. Time ni double penat la. Kena usung beg berjalan satu zoo. Pernah buat? hehe. Sorry girls, tak dapat bergambar kat tepi pantai. insyaAllah next time ya ;)

Primate Island.

Taman Kura-Kura. 

ke restoran terapung. jalan separuh, then patah balik.

one of the place that I like so much. rasa tenang dan damai.
belakang tu padang golf.

Kalau rasa tak larat nak jalan kaki dalam zoo ni, boleh naik tak-tahu-apa-nama ni. Tapi setiap kali aku datang sini, tak pernah pula rasa nak naik. Mungkin lagi best bila berjalan dalam kawasan zoo. Baru seronok tengok haiwan depan mata!

selamat tinggal Zoo Melaka.

dalam Tesco sebelum berangkat pulang.
kelihatan yang belakang sedang menolak troli.
shopping?

salah! kihkih~ sebab dah tak larat, maka troli tu jadi mangsa letak beg masa berjalan dalam Tesco sementara tunggu waktu naik bas kat Melaka Central.

tapi tak lah kejam sangat. ada la juga beli barang satu dua.

view Lebuh AMJ daripada atas jambatan. ke apa orang panggil yang laluan daripada Melaka Central ke Tesco tu? and this is the end of our journey. 
happy enough even feel so tired.

*******************************************
Yang paling best, malam lepas balik daripada Dataran Pahlawan tu, dengar bunga api dari bilik. Mungkin selepas perarakan tu ada majlis perasmian/penutup di Bandar Hilir. Aku tak pasti program apa. Apa lagi, terus lah rakam. Mujur juga bilik menghadap jalan dan memang nampak bunga api tu tanpa perlu pergi ke tempat berkenaan. For sure, aku memang suka la bila dapat tengok bunga api. Hehehe~

Enjoy watching this video!

video

**abaikan suara yang kedengaran di penghujung video. masa tengah rakam tu, kawan nak masuk bilik. aku dan sorang lagi teman taknak mengalah pergi buka pintu sebab tengah syok tengok bunga api dan merakamnya. kihkih. dan bunyi-bunyi tambahan tu, biasa lah. memang betul tepi jalan biliknya. tak boleh nak tapis lah bunyi tu.

*******************************************

Boleh dikatakan, ini percubaan awal untuk aku ber-backpacking. Sebenarnya untuk orang perempuan, agak sukar juga. Seriously. Macam-macam kena dititikberatkan dan diambil kira. Aurat, pemakaian, pergaulan, tempat tinggal, keselamatan diri dan lain-lain. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami, Allah menjaga kami dari mula hingga akhirnya sehingga boleh terjumpa dengan pakcik teksi yang baik hati.

Bagi diri aku secara peribadi, travelog mengajar aku sesuatu. 
Mencari erti hidup.

Akan ada lagi travelog seterusnya. Nantikan!

Wednesday, December 26, 2012

Reunion selepas 2 tahun.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

"Umur kita dah berapa. Takkan nak couple, lepas tu putus macam budak-budak. Then cari lain. Aku nak serius. Tak payah nak couple lama-lama. Terus kahwin je."
"Cikgu-cikgu dulu bohong je kata kat U jumpa lelaki yang boleh buat pakwe. Semuanya dah ada awek. Aku nak jumpa lelaki punya lah payah. Budak kelas aku pun berapa orang je lelaki. Lepas ni aku nak pesan kat anak murid aku. Kalau dah ada pakwe masa sekolah, kahwin je lepas tu."
"Yang handsome semua dah ada awek."
"Nanti kau carikan aku lah sorang Aina. Kawan-kawan tunang kau ke. Polis lagi tu."
"Kau rilek je Nani aku tengok. Tak risau ke? Ke kau dah ada dalam diam ni tak bagitahu kami."

Reaksi aku waktu tu? 
_________________________________________________

Hari pertama.

Bas dari Batu Pahat gerak jam 3 petang. Kebetulan masa tu ada sorang budak Uni aku nak ke KL juga, nama dia Su, budak mekanikal. Kenal masa tu juga kat bustand depan Taman U. Mujurlah ada dia. So, takda lah aku nak cuak sangat masa nak turun kat Hentian Serdang. Selama ni ke KL, abang-abang aku yang ambil. Well, KL tu memang bukan tempat aku. Campak aku kat Johor ni, aku boleh survive. Kat KL tu, memang aku lost. Haha. Ok, tipu je. Boleh je sorang-sorang survive. Experience mengajar segalanya kan. Cuma sebab dah lama tak ke KL, tu yang takut sikit. Hehe. Dah sampai Hentian Serdang, aku nampak ada orang jemput Su. Huuuuu. Jeles sedikit di hati. (Kononlah) Dalam beberapa minit tunggu, akhirnya Hana sampai. Selepas 2 tahun tak berjumpa, dia kata aku tak berubah. Apa yang tak berubah pun aku tak tahu lah. Tapi, most of my friends kata aku tak berubah banyak. Haruslah. Muka ni memang sama je sejak kecil. Tak caya? Nanti datang jumpa aku tengok gambar-gambar lama ek. Hehehe. Soalan cepumas Hana, "Kau dah bertunang ke Nani?" Aku tersenyum je. Dah faham sangat bila orang tengok jari manis kanan aku ni. Hihihi... Di stesen LRT Sungai Besi, aku dan Hana tunggu Aina dari Perak dan Su dari Penang. Masa ni tak payah cakaplah. Memang penat kot. Menunggu Aina dan Su tiba dengan sabar  sebab nak balik UPM sebelum jam 12 malam.
     Dah sampai UPM, haruslah tak terus tidur. Borak punya borak, sambil makan. Dah jam 1 pagi masa tu. Tapi layan je lah. Nasib baik aku makan bihun tom yam je, diorang makan nasi goreng ayam. Tu pun dah terasa bersalah pada badan sebab dah lewat sangat makan. Kuikui. Dah makan, borak lagi. Share masing-masing punya experience kat Uni. Cuma Aina je yang dah kerja. Nurse la katakan. Best dengar cerita dia masa kerja kat wad. Hehe. Satu topik yang tak boleh lari adalah percintaan dan perkahwinan. Zzzzzzzzz.... Entah jam berapa aku terlelap, dan diorang semua pun aku tak pasti pukul berapa tidur.
 
Hari Kedua.

Sarapan dengan nasi lemak yang dibeli oleh Hana kat cafe UPM tu. Pedas ok! Tapi sebab lidah aku ni boleh je terima, tu yang jadi best. Hihi. Pagi tu bersenang-lenang dulu di bilik Hana. Lepas solat Zohor baru mula perjalanan. Dari UPM naik teksi ke Hentian Sungai Besi. Dan terus ambil LRT ke.... errrrr. Tak ingat. Tapi yang sure-nya turun kat Sogo. Haha. KL tu bukan tempat aku lagi nak ingat sekian-sekian nama. Hehe.

Sogo KL dan Jalan TAR.
Well, since study kat Batu Pahat, shopping dah jadi rutin aku. Bukan shopping pun, aku temankan kawan-kawan. Aku temankan Su cari baju dan jeans, Aina dengan Hana entah menghilang ke mana. Dalam SOGO tu lah macam-macam jenis manusia aku jumpa. Dan tetiba aku ingat kat someone. Eh? Pusing punya pusing kat SOGO tu, yang beli Su je. Aina aku tak sure lak. Tapi aku dan Hana memang tak beli pun. Cuci mata je. Walaupun hati dah goyah bila tengok kasut dan handbag. Haha. Then, rest solat asar kat situ, duduk makan sushi dan popia basah kat luar bangunan tu, main suap-suap, hihi. After that, berjalan ke Jalan TAR. Masa ni lah aku alami satu insiden di mana wedges aku putus tali masa lintas jalan kat situ. Bak kata Su, wedges merajuk tengok kasut lain dan bunuh diri tengah jalan. Haha. Tak pasal-pasal beli yang baru. Hekhek. Jalan kat situ. Su juga yang borong sakan. Aku dalam tak nak shopping tu, nampak shawl corak bintang terus beli tanpa fikir panjang. Hihi. Then, tambah satu lagi pashmina shawl. Beli saja-saja. Balik rumah bagi adik. Aku bukan pakai shawl sangat pun. Boleh bilang dengan jari tengok aku pakai shawl. Sekurang-kurangnya kat Jalan TAR tu aku beli baju baby untuk anak buah aku. Orang lain shopping lain, mata aku berkenan kat baju baby. Kuat betul naluri keibuan. Okeh, jangan cakap apa-apa.  Hehe. Then, solat maghrib kat SOGO sekali lagi, lepas tu ambil komuter ke Shah Alam. Wani is waiting there. Dalam komuter ni masing-masing macam dah nak tidur. Penat dan lapar. Tapi masih boleh candid-candia picture kannnn... Komuter baru kan. Orang lain pun tengok semacam je. Esok lusa belum tentu jumpa semula. Kisah apa. Hehe.

Shah Alam.
Dari stesen komuter, naik teksi ke rumah sewa Wani. Sampai sahaja rumah Wani, rasa lega seketika boleh lepaskan lelah dan kepenatan. Rupanya Wani tengah sediakan makan malam untuk kami. Apalagi, bagai pucuk dicita ulam mendatang, langkah kanan lah kami semua pada malam tu. Memang berselera habis makan ramai-ramai setelah lama tidak bertemu. Solat Isyak dan kemudian ke I-City. Tu sebab boleh terlepas sampai ke Shah Alam ni. Hehe~ Memandangkan rumah sewa Wani dekat je dengan I-City tu, kami hanya ke sana dengan berjalan kaki. Save budget yang penting walaupun kaki dah tak larat nak jalan sebenarnya. Kehkeh~


I-City.
Malam yang bermandikan cahaya. Menikmati malam kat sini sambil bercerita itu ini dan mengimbas memori lama. Tambahan, ada Wani. Jadi riuh terus suasana. Hehe~ Orang kata tak sah kalau tak tangkap gambar kalau datang sini. So, apa lagi. Kenangan diabadikan dalam gambar-gambar. Cuma sayangnya, Fika dan Gee tak dapat join time ni.

Hari ketiga.

Ke Jusco Bukit Raja. Shopping lah kan. Hehe~ Nak tak nak, terbeli juga aku wedges Crocodile kat sini sebab tak sanggup nak pakai high heel pink tu. Haha~ Dek kerana dah tengok kat Sogo lah wedges Crocodile tu, wedges asal aku putus tali. High heel pink tu lah pengganti. Time tu ok lagi sebab pakai baju pink. Tapi on that day, pakai baju biru, macam apa je kat kaki warna pink. Kihkih~ Sebab tu aku lebih suka beli satu warna je tapi boleh pakai dengan semua. Pakej jimat sebagai seorang student. Habis jalan-jalan dalam Jusco, dah sampai masanya untuk berpisah. Wani terus balik rumah sewanya. Kami naik teksi ke stesen LRT...siyes aku tak ingat nama stesen tu. Harhar~
         Aku, Hana, Aina dan Su balik UPM dulu untuk solat dan kemas barang-barang. Then, mereka bertiga hantar aku ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Dan kerana nak kejar bas Aina ke Perak, mereka tinggalkan aku di situ dan terus ke Pudu. Mujur juga di TBS tu ramai polis, takda lah aku nak rasa takut sebab sendirian di situ. Btw, TBS sangat awesome berbanding terminal bas lain. Dan masa aku menunggu untuk menaiki bas, dapat tahu dia  ada di KL dan baru sampai rumah selepas seminggu praktikal di Kuantan. Mungkin kalau dia cepat sikit atau tiket aku balik Johor lambat, dah bersua kami buat kali pertama pada waktu tu. Namun, semuanya Allah yang aturkan bukan? Bila renung tiket bas, aku tersenyum. Kenangan lagi.

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa,
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa,
Berdoalah kita agar aman dan sentosa,
Semoga kita berjumpa lagi lain masa.

picture collage je ya. hihi.

_________________________________________________

Tentang cincin tu, aku pakai selepas habis matrik hinggalah sekarang. Cincin emas yang comel. Mahu tak orang selalu tanya cincin tunang ke tidak. Hehe~ Dan sebenarnya, cincin tu dibeli menggunakan duit gaji aku masa berkerja di Hospital Serdang selepas habis matrikulasi. Bagi ma sikit, spend beli barang dapur sikit dan ma kata beli sesuatu yang boleh nampak duit gaji tu ke mana, so duit baki gaji tu aku pun pilih cincin ni sebagai tanda peringatan untuk aku sendiri. Takda maksud lain. Oh ya! Dan kebetulan time tu dah nak birthday aku dan aku tidak mahu didekati oleh lelaki bila aku pakai cincin di jari manis kanan. Pasal jodoh tu, jika kita percaya jodoh tu Allah dah tetapkan, buat apa kita nak risau kan? ^__^

Tuesday, December 25, 2012

Chicken Rice Shop BP Mall.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Dengan Seyra.

Dengan Dila, Hajjar dan Efa.

Dengan Fiza dan Ira.

Setiap satu ada kisah tersendiri.
Setiap satu punya cerita masing-masing.
Jadikan ia kenangan dalam diri kita.
Kerna masa yang berlalu takkan berulang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...