Together we are...

Monday, December 24, 2012

Aku dan Aunty.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

"Amoi..tak panas ke pakai ini macam?"

Aku menoleh ke arah suara yang menegur. Senyuman diukir.

"Pakai macam mana aunty?"

Aku melirik pada pakaian di tubuh. Biasa je, bisik hati aku.

"Hujan la aunty. Mana panas."

Jawapan jujur. Tapi sebenarnya memang panas pun kadang-kadang kalau pakai coat ni pada hari biasa.

"Haiya.. kalau hari-hari lain?"

"Dah biasa la aunty. Panas kat sini tak seberapa. Kat neraka lagi panas."

Tu dia jawapan aku. Tapi dia faham ke apa aku cakap? Dan nak ke dia faham apa aku cakap? Tapi...jangan tiba-tiba dia buat drama sudah. Jangan dia sembur aku dengan bahasa dia sudah.

"Itu neraka memang manyak panas wooo. Tapi kenapa olang Melayu ramai je pakai itu macam?"

Aku menoleh ke arah orang Melayu yang dikata oleh perempuan cina itu. Terkedu dan terdiam. Nak senyum pun, jelas terpaksa. Macam mana nak bagi jawapan yang aunty tu boleh faham?

Takkan nak cakap,
dia saja je pakai macam tu. Eh, boleh ke macam tu?
Nak cakap yang agama mereka tak ajar? Eh agama mereka, agama aku juga.
Aku tersengih kelat.
Rasa terpukul sendiri, rasa malu sendiri.
Allahu.

"Amoi..sekalang ini nak cari olang baik manyak susah woo."

Itu ayat terakhir sempat singgah ke telinga aku. Dan tak sempat aku nak balas, aunty tu pergi meninggalkan aku. Pakcik di gerai berdekatan tersengih memandang aku.

"Anak ni pelajar sekolah agama ke?"

"Tak lah pakcik."

Pakcik itu mengangguk. Aku tidak tahu apa yang bermain di mindanya.
Dan aku pun meminta izin untuk pergi memandangkan hujan telah reda.
Dalam hati terbayang semula perbualan dengan Aunty itu.
Kalau orang bukan islam mengerti, kita yang islam sejak lahir ni?
Tepuk dada tanya iman masing-masing.
Wallahua'lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...