Together we are...

Monday, December 24, 2012

Ayah dan Anak.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

-----kisah dalam Ramadan-----

"Papa, nak anggur."

Aku menoleh ke arah suara kanak-kanak itu. Seorang kanak-kanak perempuan berpimpin tangan dengan ayahnya. Lantas si ayah membelikan anggur untuk anaknya itu. Aku tersenyum sendiri. Teringat Durani dan Afiq di rumah. Kemudian kaki dituju ke gerai lain. Sekali lagi telingaku menangkap suara kanak-kanak.

"Ayah, nak yang ni."

Si ayah tak memberi respons dan terus berjalan. Si anak terkedek-kedek mengikut ayahnya. Bibir aku masih mengukir senyuman. Dan terdetak di hati,

Bagaimana agaknya nanti anak-anak aku dan ayahnya? Apakah mereka bakal punya seorang ayah yang penyayang dan suka melayan anak-anak? Dan bagaimana agaknya bakal suami aku kelak?

Aku masih tersenyum sendiri. Cuba melindungkan satu perasaan yang bermain di jiwa. Kawan-kawan lain dah berjalan keluar daripada bazar. Aku menuruti mereka. Keluar je daripada bazar, terus situasi tadi hilang daripada pandangan mata. Di depan aku, ada hakikat yang harus dijalani.

Durani dan Afiq.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...