Together we are...

Tuesday, December 11, 2012

Mampu ke tak? I love you.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

“Hari ni tak melukis ke?” tegur seorang junior. Aku tersengih. Tweet dibalas. Kemudian BlackBerry disimpan.

“Tak. Busy sikit sekarang.” Balas aku seramah mungkin. Memang jarang aku jumpa dia. Sekadar bertemu di jalanan atau terserempak di fakulti. Kadang-kadang hanya bersalaman je bila berjumpa, masing-masing ada urusan sendiri.

“Selalunya orang yang pandai melukis ni pendiam. Tapi dia juga romantik.” Ujar dia lagi bila tengok aku senyap je.  Aku ketawa kecil. Romantik? Soalan yang ku tanyakan pada diri sendiri. Tapi aku bukan pandai pun melukis walaupun orang kata jari macam aku ni pandai melukis. Entah. Aku tak jumpa sebab untuk aku mahirkan bakat itu. Memang aku suka melukis, tapi aku tak nak melukis. Sekadar menconteng di buku nota dan kertas-kertas kosong ada lah. Aku membuang pandang ke arah tasik di depan mataku sebelum beralih semula pada dia di sisi.

“Baru habis kelas ke atau jumpa pensyarah?” soalku.

“Baru habis kelas. Tak nak balik ke? Jom lah.” Ajak dia bila tengok aku masih duduk di bangku. Aku menggeleng. Entah. Malas aku nak pulang tergesa-gesa. Minda aku tak boleh berfikir secara normal. Mampu ke tak? Soalan tu masih terngiang-ngiang di telinga. Air mata ditahan daripada turun ke pipi. Allah, kuatkan aku. Ku lihat dia bangun meninggalkan bangku di sebelahku.

“Balik dulu.” Dia pamit pergi. Aku mengangguk.

“I love you.”

“Eh?” Aku terkejut.

“Tak sengaja.” Balasnya sambil tersenyum manis dan berlalu pergi.

Aku ketawa sambil menggeleng kepala. Lucu. Girl, you make me laugh when I think cannot smile right now.
*******************************************************
gambar edit daripada projek stop-motion multimedia.
ngeh ngeh ngeh.

Melukis. Aku akui dengan lukisan dapat menterjemahkan apa yang hati tak mampu luahkan. Dengan lukisan ada makna tertentu. Dengan lukisan ada maksud tersirat, bukan sekadar sebuah lukisan yang tersurat. Aku harap akan sampai masanya aku boleh melukis dengan baik sekali. Supaya aku boleh melukis rumah idaman aku, sunset di tepi pantai, suasana di ladang tulip dengan kehadiran anak-anak kecil, wajah-wajah insan yang aku sayang dan segalanya yang bermain di minda. Bukan tak boleh menulis semua itu, tapi kadang-kadang tulisan dan kata-kata tidak dapat mencernakan apa yang minda mahu terjemahkan. Bagi aku, lukisan atau gambar punya nilai sentimental yang tersendiri.
*******************************************************

Mampu ke tak? Mampu ke tak?
Ya Khabir,
hanya Kau Maha Mengetahui.
Ya Basir,
hanya Kau Maha Melihat.
Ya Hakam,
hanya Kau Maha Mengadili.
Ya Karim,
hanya Kau Maha Pemurah.
Ya Rahman,
hanya Kau Maha Pengasih.
Ya Rahim,
hanya Kau Maha Penyayang.
Ya Waliy,
hanya Kau Maha Melindungi.
Ya Muqtadir,
hanya Kau Maha Berkuasa.
Ya Hadi,
Yang Memimpin dan Memberi Petunjuk.
Ya Badi',
Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandinganNya.
Bantu aku. Tolong aku. 
Hanya Kau tempat aku bergantung harap.
L

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...