Together we are...

Saturday, December 22, 2012

Stanza Cinta.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Dalam tak sedar, tahun 2012 bakal menemui penghujungnya tak lama lagi. Bagi aku, itu adalah hakikat yang kita tak boleh persoalkan. Masa yang berlalu takkan berpatah kembali. Dan kita memang akan jalan ke depan. Bukan ke belakang.

Mungkin ayat aku sama seperti sebelum ini. Apa yang berlaku sepanjang tempoh ini, banyak bagi pengajaran dan pengalaman kepada aku. Itu proses kehidupan yang aku alami. Dan kerana itu, hari demi hari aku cuba berfikir secara rasional dan matang dalam tindakan.


Memaafkan, kerana itu lebih baik daripada membenci.

2 tahun sudah rupanya kisah itu berlalu. Tersedar daripada lamunan ketika berbual dengan seorang kakak yang tidak punya ikatan darah tapi saling bersahabat kerana Allah. Sepantas masa berlalu, banyak juga yang telah berubah. Allah tulis takdir kami dengan indah sekali. Terima kasih Allah! *crying*

Masa merawat segalanya. Masa membalas semuanya. Masa membuat kita menerima takdirNYA.

Allah Maha Adil. Tidak diciptakan kekecewaan di hati tanpa ada yang datang untuk mengubatinya.

Allah Maha Kuasa. Betapa sakitnya hati kita pada seseorang, akan ada yang mengetuk pintu hati memberi ketenangan pada jiwa.

Allah Maha Penyayang. Kerana kasihnya pada kita, kita juga punya rasa untuk mereka yang menyayangi kita seikhlas hati.


Berderai mata hatiku, mendera semua harapan. Selaksa cintaku padanya, ikatan suci romantika naungan-Mu. Meski sejuta cinta menyapa, masih cenderung ku padanya. Tuhan, satukan hati kami, di bawah cinta alirkan bahagia di Redho-Mu. Ku tidurkan mimpi indah ini, pada-Mu yang menggenggam takdir. Ku sandarkan harapanku ini, padamu Ya Ilahi. Kan ku simpan dalam rongga hati. Stanza Cinta.

Teman kepercayaan,
terima kasih sepanjang persahabatan selama ini. 
InsyaAllah, akan ku jaga kepercayaan ini hingga hari terakhir takdirNya.
Moga 2013 bawa kehidupan baru untuk kita semua. Aamiin.
May Allah bless.
Wallahu’alam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...