Together we are...

Tuesday, December 31, 2013

Keep shining.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..



Cause you're amazing.
Just the way you are!

Monday, December 30, 2013

Dengarlah bintang hatiku, cinta satukan kita..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Dia sepi di sini.. Tak seperti yang lain.. Walau sudah takdirnya, namun dia tetap tersenyum.. Bahagialah bila kau masih punya mimpi.. Hidup hanya sekali, berikanlah yang terbaik.. Merindukan purnama.. Bertahan walau di dalam duka.. Bersyukurlah kita masih banyak yang sayangi kita.. Merindukan purnama.. Meraih cinta.. Cinta yang menyatukan kita..


Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu..
Dalam hidup dan matiku hanya kau lah yang ku tuju..
Dan teringat janjiku padamu, suatu hari pasti akan ku tepati..
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku..
Walau ku tahu ragamu tak utuh..
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh..
Karena bagiku engkaulah nyawaku..
- you?


Sunday, December 29, 2013

Relakan jiwa.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Our anatomy.
kalau lah satu hari nanti aku ditakdirkan menghidap penyakit kronik, bersedia dah ke aku nak hadapi situasi tu? #wondering

Itu status twitter bff matrikulasi aku beberapa hari lepas. Deep.

Dr. Mato's status few minutes ago (29/12/2013)
This?

Relakan jiwa bak kata Hazama..

"Ku sangka hidupku selamanya kelam terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta. Memaksa diriku, menapaki jalan arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku. Kini Kau pun hadir memberi cahaya membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri, menuntun hatiku ke palung asmara..seakan ku hidup kembali dari matiku. Engkaulah cinta yang selama ini aku cari. Ku relakan jiwa kerna Engkaulah nadi yang menghidupkan aku, yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku. Engkaulah cinta yang selama ini aku cari. Seandainya waktu tak pernah pertemukan aku dengan diriMu, akan ku biarkan mati hatiku selamanya hingga Kau datang membangunkan aku."

Allah ada.

The reality slap.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Saturday, December 28, 2013

Tetap menantimu..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..






HAHA.
Lain yang aku cari, lain yang aku jumpa.
Lain yang nak post, lain yang di-post.
By the way.
Gambar last bermakna.
Save the date June 26, 2014.
Tata~

Friday, December 27, 2013

Mencipta ikatan.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Jika RINDUKAN SESEORANG, 
PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH : 
Ya Allah! Aku rindukannya keranaMu Ya Allah, jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia. Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi. Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya.. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai. 



mode : star-berri (baca strawberri)

Rasa macam dah pernah post ayat ni. -.-
Tapi entah kenapa rasa nak post lagi.
Pun malas nak geledah entri-entri sebelum..

Berbalik kepada ayat di atas.
Macam ada motif je kan.. Erk!
Tadi tengok jam laptop jam 12.02am.
Saat ayat ni ditulis dah jam 3.43am.
Allah, Allah, Allah.
Pantas sungguh masa berlalu.
Sikit lagi sedar-sedar dah Subuh.
Kawan kat sebelah juga masih berjaga.
Tinggal berdua.
Sambil-sambil tu, berbual pasal study kahwin. Kakaka.
Kahwin. Tentang kawan-kawan di segenap penjuru,
tentang gambar-gambar kahwin di facebook.
Aku? Kawan?
Save the date yang-entah-bila.
Bila aku kahwin, soalan pertama dia akan tanya.
"Kat mana jumpa suami?"
Mengekek ketawa masing-masing.

Lepas tu aku pun terfikir soalan tu.
KAT MANA JUMPA SUAMI?
hati cakap, "dalam doa." =)

Yang nyata, dari tadi macam-macam topik dibualkan.
Dari kahwin masuk part sambung belajar, ke oversea,
double degree, future planning, family planning,
poligami, mentua, duit, rumah, aset, kereta, masakan, etc.
Part kahwin, kawan yang mula tanya aku,
apa pendapat kalau isteri tengah pregnant,
tapi suami berdoa untuk dapat jodoh lain?
a BIG question there.
Kemudian dia tanya lagi.
Nak cari orang mana? Jauh ke dekat?
Errr. Tertawa. Speechless.
Dan yang nyata juga, memang asyik ketawa je walau dah pagi.
I can say it as create the chemistry.
Mencipta ikatan persahabatan.
Ukhuwah dalam persaudaraan.
Sebab selalunya aku dan dia larut dalam kerja masing-masing.
Dah lama mulut aku terkunci tanpa bicara.
Tapi pagi ini cipta sejarah boleh berbual panjang sambil buat kerja.

Nak gembira bukan susah.
Bila yakin Allah itu ada, ada lah kebahagiaan tu.

2014 bakal tiba.
Realiti yang tak boleh nak dipisahkan,
mahupun melarikan diri adalah..
KAHWIN.

Paling lewat kahwin bila umur..
Jawapannya ada pada bakal suami.
Yang penting, Allah knows.
Tata~

Thursday, December 19, 2013

Letih, bukan malas.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Sepatutnya hari ni,
hari yang bermakna buat aku.

Tapi.
HAHAHA.

Buka facebook, first yang nampak status PA.
Lepas tu tergelak lagi.
Terus close je facebook dan campak BlackBerry ke tepi.

Gelak tapi menangis.
Menangis dan ketawa.

Pergi kedai makan kat bangunan sebelah je..
Nak order tomyam tapi tak boleh makan pedas.
Nasi putih dan sup je lah jadi pilihan.
Tengah ralit fikir apa entah, tetiba...
Dush!
Lutut berlaga dengan meja makan.
Cover ayu walhal dua orang lelaki kat belakang dah potpetpotpet.
Malu kot! Sakit for sure..
Dapat makanan, nak pergi bayar..
Nasi putih + sup campur + teh ais = RM6.50
Tapi kenapa adik tu pulangkan duit aku RM13?
Malas nak bertekak. Adik tu dah lesap laju-laju ke dapur.
Takpe dik. Akak bagi upah for-nothing.

Sampai bilik..makanlah..
Sup yang terlebih ajinomoto!
Tapi takpe lah..telan je sebab makanan tu untuk diri.
Tak elok nak marah depan rezeki sebab tak elok untuk hati.

Kalau nak ikutkan perasaan amarah tu.
Banyak benda nak luahkan.
Ramai orang bakal kena marah.
Tapi Allah suruh sabar dan sabar.
Dan ya.
Selagi aku boleh sabar, memang aku akan sabar.

Kesabaran tu takkan hilang. Senyum.

bukan tangan saya

So.
Untuk sesiapa yang hantar sms, gtalk, dll..
tanya macam mana, bagaimana dan kenapa..
Satu je aku boleh jawab.

MAAF. Aku tak boleh nak jawab soalan kalian.
Letih, letih, letih, letih dan letih.
Bukan malas, tapi letih. Faham tak? Letih!

Fahamilah. Tak semua perkara perlu dijelaskan.

Nak teruskan dengan andaian dan persepsi kalian,
ketahuilah kelak anda akan dipertanggungjawabkan atas kata-kata anda.

Saya, memaafkan kamu semua...

lepas kahwin, aku jawab persoalan kalian. tapi tak janji. kbye!

Sunday, December 15, 2013

Mengumpat.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Ada non-muslim inbox. Tanya saya pandangan dan cara nak hentikan kawannya yang beragama Islam, tetapi suka MENGUMPAT. Tidak kiralah di realiti atau di laman sosial.

Saya cadangkan hantar saja mesej ke fb kawannya,

"Manusia dan mengumpat berpisah tiada.
Tetapi Islam dan mengumpat tidak pernah bersatu."

Haih.

Orang Islam ni kalau sesama Islam yang nasihat bukannya nak dengar. Cepat terasa adalah. Bermasam muka la apa la.

Tapi, bila non-muslim tegur, terus sentap. Terus termalu sendiri sebab orang bukan Islam yang bersuara tegur kesilapan. Misalnya, bila orang bukan Islam yang kenakan hijab, baru nampak hijab tu indah.

Jadi, saya syorkan kepada non-Muslim yang baca status ni, awak semua tolonglah sentapkan kawan-kawan Islam yang TERLAMPAU SELESA dengan status ISLAM di IC mereka.

Biar padan muka sikit. Biar sadar diri sikit. Biar kami org Islam ni reti 'kalau kepala kena buah durian, berlobang2 jugak kepala tu.'

Terima kasih.

sumber : Muhammad Rusydi

p/s: bukan malas nak menulis dan copy jer. tapi sebenarnya banyak benda boleh kutip dari status ni. sama-sama kita mencari hikmahnya. terutamanya ayat yang dihitamkan tu. damai. =)

Saturday, December 14, 2013

Itu kamu?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

"Orang yang tak suka kita, kau buat apa je pun..dia takkan pernah suka. So, aku nasihatkan bila kau jumpa orang macam ni..kau pergi jejauh. Bila kau dekat dengan pakwe dia, dia kata kau nak rampas pakwe dia. Sadis kot hidup dia. Bila dia dah clash, kau masih berkawan dengan pakwe dia. Eh silap. EX dia, dia kata kau penyebab hubungan mereka terputus. Pity enough. Kawan pun bukan yang huha-huha, kenal gitu-gitu je. Kita takda pun nak ambil tahu hidup dia. Dia je yang insecure dengan kita. Tak pasal-pasal kita yang dibencinya. Orang macam ni, kau dah kahwin pun, dia tetap menuding jari kat kau selagi mana kau kenal orang yang wujud dalam hidup dia."

Dan aku.. erk! Dua tiga kali nak hadam ayat tu.

Rasional. Fikir ke depan. Cuba letak diri dalam situasi dia.

Dan..

Hmmm.

Aku pending. So blurpy. Hahaha. Seriously.

Hmmm.

Psiko?

update :
Bak kata Ustaz Emran, 
orang yang suka cari gaduh ini sebenarnya sunyi.

And his words make sense.

Sunday, December 08, 2013

Ehem Ehem.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

introduction. mushroom soup with garlic bread.

Asam Boi Fizz. it's not good for brain. erk!

sharing is caring.

tea time, late lunch and early dinner for two.

knife and fork. so omputih.

full of cheese.

delicious and so yummy!

something funny here. -.-

this! supper time.

Panettone for the day after.

well. to be happy, you must create the happiness.
as long as Allah is beside, nothing will make you worry.
chill out. be humble. stay modest.

and..

You must still alive to have a life!

Friday, December 06, 2013

I feel you.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

I feel you, in every stone
In every leaf of every tree
That you ever might have grown

I feel you, in every thing
In every river that might flow
In every seed you might have sown

I feel you, anyway
In every tear that I might shed
In every word I've never said

I feel you, in every vein
In every beatin' of my heart
In every breath I'll ever take

I feel you, anyway
In every tear that I might shed
In every word I've never said

I feel you

Thursday, December 05, 2013

Allah ada.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Allah ada.

Wednesday, December 04, 2013

Letih.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Letih.
Mungkin dengan dunia.
Mungkin dengan diri sendiri.

Berikan ruang.
Berikan masa.
Untuk kembali seperti biasa.

Maaf andai menjauhkan diri.
Maaf andai mendiamkan diri.
Terpaksa.

Bukan membisu.
Tidak melarikan diri.
Sekadar menjaga emosi dan fikiran.

Hanya perlu Dia dalam setiap hela nafas.
Hanya perlu Dia dalam ingatan.
Hanya perlu Dia dalam langkah.

Kerna hanya Dia tahu apa penghujungnya.
Dia. Yang Maha Mengetahui.
Dia. Allah Yang Esa.

i feel much better when smiling.
i wanna laugh see this. but behave lady!
just behave. behave.
you are not allowed to do this.
ha-ha.

Thursday, November 21, 2013

In Jannah, we'll rest.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Yang membantu, yang sudi mendengar, yang memberi semangat, yang mendoakan, dan semuanya. Terima kasih. Moga Allah membalas semua kebaikan kalian. Moga Allah memberi kalian ganjaran yang tidak ternilai di dunia dan akhirat, insyaAllah. Moga Allah redha.

*****

Melalui hari-hari yang sukar.
Meniti takdir Ilahi.

Just like a bad dream. And I’m not dreaming.
What a real life. Smile.



*****

Rasa macam.. yeker aku melalui semua ini?
Hmmm. Smile and smile.
Allah knows much better. Let Him do the rest.


Apapun.
Orang beriman percaya pada Qada’ dan Qadar.
Berpegang teguh dengan kalimah syahadah.
Beriman dengan rukun Islam dan rukun Iman.
Beriman dan beramal dengan ayat-ayat chentaNya dalam 114 surah.

Keluarga penyumbang semangat dan kekuatan yang jitu.
Hoyeah!


*****

Syukur.
Memandang semuanya dengan positif.
Dulu tak banyak hafal doa, sekarang segala macam doa nak hafal. Ha-ha.
Memang manusia ni bila susah baru nak ingat Allah. Memang.

Letih memang letih. Penat memang penat.
Nak memahamkan diri dengan apa yang terjadi.
Mencari jawapan kepada tiap persoalan.

Tapi. Dengan ujian itu,

Allah mendidik kita.
Alah sedang mengajar tentang ikhlas.
Diberi ujian untuk menyedarkan khilaf kita.
Tarbiyah secara langsung untuk kita.


*****

"Kau ok je aku tengok. Happy semacam je."

Ha-ha.

Untuk semua yang aku lalui, untuk semua nasihat diberikan oleh aku, untuk setiap semangat yang aku bagi pada kawan-kawan..dan untuk setiap entri (yang aku tahu ada kawan perlukannya di sini).. semua tu aku perlu lakukan untuk diri aku dulu. 

Setiap ayat yang ditulis, mata sendiri terlebih dahulu membacanya. 
Setiap kata-kata yang bibir ucapkan, lebih dekat dengan telinga sendiri.

Bicara dari hati, insyaAllah akan sampai ke hati juga.

Kalau kalian perasan, ada entri aku yang aku rasa down, ada entri yang aku tengah tak sihat, ada entri yang aku blablabla..
Look. I'm human too. Ada hati dan perasaan.


DAN. Aku rasa blog ni macam blog orang sakit.
Takda langsung benda menggembirakan.
Tak termasuk entri ni. Ha-ha.
Its ok. Sekurangnya aku boleh menaikkan semangat kalian yang jatuh.
Dan, moga ada yang ingat aku sebagai pengingat kematian. Heee.

"Allah takkan membebankan hambaNya dengan sesuatu yang dia tak mampu."
- Tuan Tabib, Puan Pensyarah, Ustaz, Cik-Cik Teman, sahabat, kawan, kenalan

"Betapa banyak tulisan menipu perasaan seseorang." - H

"I'm okay." Dan masa tu dia menangis.
"Hahaha." Saat tu air matanya tak henti-henti mengalir.

WHO KNOW?
Allah knows.


Tahu tak sakitnya rasa bila kau nak menangis tapi tak boleh menangis, tak boleh sedih? Sakit. Memang sakit. Lagi-lagi, sebelah kau ada kawan-kawan yang menjalani kehidupan mereka. Kau tak sampai hati nak biarkan mereka larut dalam masalah kau. Dia ada tugas yang banyak, dia kena kejar dateline projek, dia ada assignment, dia pun ada masalah dia sendiri. Sebab tu. Kebanyakan mereka lebih suka untuk tetap tersenyum. Trust me, they are. Tapi untuk beberapa keadaan, dia takkan mampu menyorokkan keadaannya. Apatah lagi yang terlantar di katil hospital. Kan?


Aku? Kan aku pernah kata, bohong kalau aku tak sedih dan menangis. Aku tengok muka orang kat depan aku je, mata terus berkaca. Dalam kereta, buat confession dengan roommate..aku menangis, dia terkedu. Depan coursemate..tengah nak makan..mata bergenang je sambil telan Subway. Ha-ha. Tak terluah apa yang hati rasa. Lepas tu dia bawa aku ke tepi laut. Ikutkan hati, memanglah boleh bikin sedih lagi dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Kekeke. Kepala memang sarat dengan macam-macam. Tapi takkan nak rosakkan suasana dengan keadaan aku. So, fake a smile and move on. Dengan kawan-kawan lain, takkan nak tunjuk sedih.. Gembira je lah.
Allah kan ada.


Aku selalu cakap kat kawan-kawan.

Manusia kuat bila hati ada Allah di dalamnya.

Fair enough. Aku dulu bukanlah aku yang sekarang.

Kalau orang kata aku ok je, sihat je..

Ya, alhamdulillah untuk itu. :)

Tapi.
Fizikal luaran ok. Dalaman..mental diganggu, emosi terusik. Tak boleh stress.
Ada orang kata aku perlukan pakar psikiatri. Ha-ha.
hasbunallah wa ni'mal wakil ni'mal maula wani'mannashir..

The Consequent Event is depending on Your Belief (Cognitive Therapy)

Aku manusia biasa. Aku bernafas dalam jiwa hamba.
Sama seperti kalian semua.


Kita ada Allah untuk meluahkan. Tapi kita juga perlu seseorang untuk melepaskan rasa yang bersarang di hati. Yang akhirnya semua tu akan kembali pada diri sendiri juga. Untuk segala perasaan, hati kita yang mengawalnya. Untuk segala masalah, kita sendiri yang perlu kuat. Ada teman yang banyak kali pesan pada aku, hati tu kena kuat..kuatkan hati tu. Dan daripada nak luah kat dia lepas tu, akhirnya kita sendiri tersenyum sendiri. Hati kena kuat, sabar dan insyaAllah ada hikmah. Kau boleh tu. Ingat Allah. Serius, daripada dengar ayat yang sama lagi dan membuatkan aku menangis (ha-ha!)..baik aku ambil inisiatif sendiri dengan didik hati untuk tetap tabah, sabar dan senyum. Allah dah kata, kita akan diuji dengan apa yang dikatakan oleh mulut kita. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Setiap kesulitan ada jalan keluar. Setiap kesakitan ada ubatnya. And yes. That's why, aku tak show kesedihan in public secara izhar halqi yang terang, nyata dan jelas even you actually can read between the lines. Just one sure thing. Life goes on and I know how to move forward! Some thing must really be clear enough eh. Nanti ada orang mengadu kat pihak atasan!


Pada sesiapa yang diuji/merasa sedih/kehilangan dll..
"Ujian untuk kita hanyalah kecil berbanding penderitaan orang lain. Allah tarik nikmat hanya seketika untuk kita pulang kepada Dia, untuk kita berharap dan bertawakal hanya padaNya sahaja. Tika orang lain tak faham apa yang kita lalui, masa itulah Allah mengajak kita menghampiriNya. Dia mahu kita bercinta denganNya, berdua denganNya. Bersyukur dengan ujian dunia yang menjadi tiket masuk syurga, biiznillah. Aamiin."

Dulu, pernah terbaca. Dalam badan kita ni ada satu sel yang boleh membunuh. Satu sel yang boleh mengakibatkan kita sakit. Dan setiap daripada kita ni, berpotensi untuk sakit. Nah!


Ingat yang sihat tu sentiasa sihat ke?
Ingat kematian tu untuk orang sakit je ke?
5 perkara sebelum 5 perkara...

In 5 minutes from now, you're not sure what will happened to you, to your family, to your beloved one, to your friends and to whoever in your life. Yet, you're still alive because Allah want you do something.

Dan apakah itu?

Kembali kepada fitrah. 
Kembali kepada islam. 
Kembali kepada Al-Quran.

Ingat kapur barus tu guna untuk orang mati je ke? 
Tak. Orang hidup pun ada guna. Scary en. Ho-ho.
Betul-betul macam mayat hidup namanya. Hah.
teringat adik bagitahu 7 orang kawan bilik dia dan semua terkejut. 
Tak cukup lagi Allah memberi peringatan bahawa mati itu bila-bila masa sahaja?
Allahu..

Lagu Fatamorgana (Hijjaz) yang dinyanyikan sewaktu melayakkan kumpulan untuk jadi wakil nasyid sekolah hingga terpilih ke peringkat negeri, betul-betul bermakna buat diri sampai sekarang. 



Ada kawan cakap.

"Risau pula aku kat kau ni. Elok-elok sikit. Banyak-banyak lah doa. Aku nak tolong doa, aku ni sembahyang pun kadang-kadang. Pesan je lah yang aku bolehnya."

Tersenyum.

Tahu apa yang aku rasa waktu aku baca ayat dia?

Allah mendidik kita dalam pelbagai cara dan bentuk.
Semoga dia dikurniakan hidayah dan petunjuk Allah. Aamiin.

After all..
Ada benda yang perlu kita lepaskan.
Ada perkara yang perlu kita utamakan.
Keadaan memaksa kita mengubah fikiran.
Untuk semuanya, Allah kan ada menjadi teman.

^__________________^

*konon-konon je senyum cenggini*



*****

“Do you think that you will enter Paradise without undergoing such trials as were experienced by the believers before you? They met with adversity and affliction and were so shaken by trials that the Prophet of the time and his followers cried out, when will Allah’s help come? (Then only they were comforted with the good tidings:) “Yes, Allah’s help is near!” (2 : 214)

“Do you think that you will enter Paradise without undergoing any trial, whereas Allah has not yet tried you to see who among you are ready to lay down their lives in His way and who will show fortitude for His sake.” (3 : 142)

Allah will not let the believers stay in the state they are: He will set the wicked apart from the good. Allah is not going to disclose to you what is hidden in the realm beyond the reach of perception, but He chooses from among His Messengers whom He wills (to intimate such knowledge). Believe, then, in Allah and in His Messengers; and if you believe and be come God-fearing, yours will be a great reward. 
(3 : 179)

Do you imagine that you will be spared without being subjected to any test? Know well that Allah has not yet determined who strove hard (in His cause), and has not taken any others instead of His Messenger and the believers as his trusted allies? Allah is well aware of all that you do. (9 : 16)

Do people think that they will be let go merely by saying: “We believe.” and that they will not be tested, for We indeed tested those who went before them? Allah will most certainly ascertain those who spoke the truth and those who lied. (29 : 2-3)

We shall certainly test you until We know those of you who truly strive and remain steadfast, and will ascertain about you. (47 : 31)

*****

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Rahmat Ujian by Mestica


*****

Di kolej beberapa minggu lepas...

Lepas selesai solat Maghrib pada satu malam. Duduk berteleku di tikar sejadah sementara tunggu Isyak tiba. Buka tafsir, baca surah An-Nisa. Dari ayat pertama sehingga…

Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini). (4:79)

Enough said. We are the sinner. Indeed. 
How can we ask Him when He has the right to give a trial to us?

“Awak, jadi imam.” Suara sahabat menyapa dari sebelah. Aku terpana tapi tidak menolak ajakannya. Sejadah miliknya disusun di sebelah. Al-Quran biru kecil diletakkan atas almari buku. 

Hayya alas salah, hayya alal falah..

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55:16)

*****

Positive and be optimistic.
No matter what happens, life goes on.
We feel so tired and want to give up but we have no choice.
We need to fight for a better life.
This is our battle.
In Jannah, we'll rest.

with love and iman,
NaNIS.
21:00 18/11/2013
rumah manis rumah. Darul Makmur.

Sunday, November 03, 2013

Hi.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

[picture credit to Google]


me,
NaNIS.
10:10pm, 3/11/2013
home sweet home.
Darul Makmur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...