Together we are...

Wednesday, February 27, 2013

Kem Sinergi II : Bahagian 2

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

26 Januari 2013 | Sabtu
8.00am     MODUL 3 - Usrah
10.30am   MODUL 4 - Muhasabah Cinta / Imam Muda Asyraf
2.00pm     Jungle Survival
9.00pm     MODUL 6 - LDK Muhasabah Cinta





















Hari kedua.

Dah terasa letih sedikit sebab tak cukup tidur. Program malam tadi habis lewat juga. Namun itu bukan alasan untuk tidak bangun ke surau jam 5 pagi. Seusai solat Subuh dan tazkirah, kami bersarapan dan berkumpul di dewan semula. Usrah dijalankan sementara menanti ketibaan Imam Muda Asyraf untuk slot seterusnya. Sesi bersama Imam Muda Asyraf tersangatlah best. Serius. Santai gitu...

Sebelah petangnya selepas makan tengahari dan solat Zuhur berjemaah, kami ada Jungle Survival. Berpeluang merasa air daripada rotan dan beberapa pengalaman lain lagi sepanjang berada dalam hutan itu. Di perkampungan ikhtiar hidup, berlaku satu insiden yang rasanya sangat memberi pengajaran buat kami semua. Apapun, sepetang berada dalam hutan sangatlah menyeronokkan. Bila baju pun kotor sebab jatuh tergelincir waktu turun bukit. Kihkihkih...

Solat Asar, makan malam dan bersiap-siap. Takda masa untuk rehat lama-lama.

Sebelah malamnya pula, selepas solat Maghrib, tazkirah dan solat Isyak, kami ada usrah sekali lagi. Lepas tu ada lah beberapa aktiviti menarik yang dibuat memandangkan itu malam terakhir. 3 hari 2 malam mungkin terasa lama tapi kerana dimanfaatkan sepenuhnya masa berlalu bagaikan angin yang menampar pipi. Badan terasa letih, namun semangat masih membara. Malam tu, air mata menemani kami semua. Pengalaman sahabat-sahabat kehilangan orang tersayang menjadi penutup sesi malam itu. Time ni, memang teringat family di rumah. Moga Allah menjaga mereka semua. Aamiin.

Jam sudah melebihi 2 pagi. Kaki diatur ke bilik. Langit Ilahi direnung. Bintang dan bulan menerangi pekat malam. Ya Allah, redhai perjalanan dan pengalaman aku di sini. Aku menemukan erti hidup di kem ini.

Bersambung...

Kem Sinergi II : Bahagian 1

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Dari Pahang menuju ke Shah Alam dan meneruskan perjalanan ke Melaka. Sebuah perjalanan mencari erti hidup. Kaki penat melangkah namun dibayar dengan ilmu dan pengalaman yang tidak ternilai harganya sepanjang berada di Kem Sinergi II di Kem Saujana Asahan, Jasin, Melaka. Alhamdulillah, it's great enough! :)

Nama kem, tapi tempat tinggal best dan sangat selesa! 

25 Januari 2013|Jumaat
2.00pm   Pendaftaran Peserta
7.00pm   Solat Maghrib
9.00pm   MODUL 2 - Sinergi : Iman Paksi Kehidupan / Hilal Asyraf

Untuk pengetahuan semua, kem ini adalah sebuah program berkonsepkan Kem Kepimpinan dan Tarbiah anjuran Kolej Universiti Islam Melaka dengan kerjasama Langit Ilahi Consultancy.







Hari pertama. Lepas daftar, makan malam, solat Maghrib berjemaah dan tazkirah Maghrib, masuk ke dewan. Kat sini lah totally program berjalan. Ceramah, usrah, LDK dan lain-lain lagi.

Sebelum mikrofon diberikan kepada Hilal Asyraf, kami semua ada sesi ice-breaking bersama team Langit Ilahi di mana Abang Luqman Hakim (Pengurus Langit Ilahi Consultancy) menjadi pengacara majlis dan fasilitator-fasilitator, Kak Long - Kak Long dan Abang Long - Abang Long yang merupakan student KUIM. Sungguh, dengan gabungan 32 IPTA/IPTS, memang rasa bonding ukhuwah itu kuat sekalipun ada yang pertama kali baru bersua-muka. Bagi aku secara peribadi, itulah namanya bersahabat kerana Allah, dengan iman dan takwa menjadi asas kepada sebuah persahabatan. Kami datang dengan satu tujuan, fillah dan lillah.

Sesi bersama Hilal Asyraf merupakan satu sesi yang sangat-sangat menyentap jiwa. Selama ni go through the words with his books and facebook status, tapi bila dah dengar depan-depan buat pertama kali, nah! Memang rasa diri ni sekerdil-kerdil manusia. Bukan setakat nak bandingkan diri dengan Sultan Muhammad Al-Fateh je yang berjaya menawan Constantinopole pada umur 21 tahun, nak berdiri sama hebat macam Hilal Asyraf pun rasa tak mampu. *maksudnya di sini 'siapa aku' pada umur aku sekarang. kalau diambil contoh jantina, aku belum tentu ada secebis Sumaiyah. sobs.

Wednesday, February 20, 2013

Kem Sinergi II : Prolog

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..




Monday, February 18, 2013

Ayat, soalan dan gurauan itu peringatan untuk diri sebenarnya.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Kata orang, kalau kita tak dapat apa yang kita suka, kita kena suka apa yang kita dapat. 

Allah always has something for us. A key for every problem,a light for every shadow,a relief for every sorrow and a plan for every tomorrow. 

Teringat soalan kakak-kakak di rumah.

"Umur mu berapa tahun ni?"
"23."
"Dah tua la mu ni."

Lepas tu masing-masing ketawa. Haha~

23??

Ikut tahun, ye lah. Ikut bulan, masih 22. Kihkih~

Kakak dan abang ipar dah tanya bila aku habis belajar. Bukan untuk kahwin, tapi untuk buka kedai di Bandar Bera. Belajar IT, turun bidang bisnes? Suruh aku jadi manager lagi tu. -.-

Adik yang memang dalam kos bisnes dah nak ambil lesen perniagaan. Dah mula rancang masa depan. Kedai abah yang kosong di kampung dijadikan harapan. Aku? Aci tak kalau aku fikir travel je sekarang ni? Mihmihmih...

Even tak habis lagi belajar, aku dah nampak bayang-bayang komitmen dan tanggungjawab tu. Apatah lagi, si adik lelaki bernada seloroh mengatakan aku ni dah patut bagi dia duit. Tawa bergabung, tapi lepas tu memang ayat dia lekat taknak keluar-keluar dari otak. Dia pun lepas ni nak sambung belajar, sekarang ni tengah tunggu keputusan SPM. Dua orang adik yang lain pun masih bersekolah lagi, tingkatan 4 dan darjah 5. Fikir masa depan, boleh sesak juga minda ni. Tak nak fikir, kalau terlambat, salah siapa? Haru-haru. Takkan nak bergantung harap pada ma abah lagi? Hoho~

Impian sendiri, planning dengan kawan-kawan, harapan family...

Moga diberikan kekuatan iman untuk menghadapinya.
Aku yakin DIA ada perancangan yang lebih baik untukku.

Sunset; view from Masjid UTHM.

New semester.

Nothing to say. Allah knows what I want, what I planned and what I do.
May Allah ease my day as your life too.
May Allah bless.

Sunday, February 10, 2013

Cuti Semester.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Maaf sebab dah lama tak update. Cuti sebulan, tapi... Hmmmm.

Off to Shah Alam
Kem Sinergi di Melaka
'Housewife'
Mem'busy'kan diri dengan something yang dipanggil 'kehidupan'
Masa dengan family
Rumah tengah renovate
Babysitter
Maraton baca buku
what else?

Apapun, kat twitter or facebook still aktif.
Sebab online kat BlackBerry bukan laptop.
(alasan kan?tp memang berblogging thru my laptop je.tak best even guna pc rumah or laptop lain)

Jemputan demi jemputan diterima. 
Khabar berita gembira kerap singgah di telinga.
Majlis tunang dan majlis perkahwinan.
Memang soalan akan ditanya;
KAU BILA LAGI?
Dalam hati, "esok!" Haha...
Allah knows.

So, nothing to do today. Online sekejap sebab hari ni off duty at home coz nak ke majlis tunang kawan. Dan kebetulan kerajinan nak on laptop. Cuma untuk entri-entri tertentu, akan di-update bila masa mengizinkan. Ini sekadar post untuk tatapan mereka yang merindui daku. (perasan!)

Have a great day, biiznillah.
May Allah bless.

"Terkadang hidup perlu menoleh ke belakang agar langkah kita ke depan tidak melakukan kesalahan kali kedua."

Aku yang masih dalam mencari erti hidup. 

Capai tanganku agar langkah kita bersama-sama menuju ke JannahNYA. Untuk kamu bakal pendamping hidup, kelak kau menjadi syurgaku. Aku mahu menjadi bidadarimu, bukan sahaja di dunia bahkan tetap bersama di akhirat nanti.




Ok, stop now. Mahu bersiap ke majlis tunang kawan. 
Moga bertemu di lain entri.
Assalamualaikum.
^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...