Together we are...

Monday, February 18, 2013

Ayat, soalan dan gurauan itu peringatan untuk diri sebenarnya.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Kata orang, kalau kita tak dapat apa yang kita suka, kita kena suka apa yang kita dapat. 

Allah always has something for us. A key for every problem,a light for every shadow,a relief for every sorrow and a plan for every tomorrow. 

Teringat soalan kakak-kakak di rumah.

"Umur mu berapa tahun ni?"
"23."
"Dah tua la mu ni."

Lepas tu masing-masing ketawa. Haha~

23??

Ikut tahun, ye lah. Ikut bulan, masih 22. Kihkih~

Kakak dan abang ipar dah tanya bila aku habis belajar. Bukan untuk kahwin, tapi untuk buka kedai di Bandar Bera. Belajar IT, turun bidang bisnes? Suruh aku jadi manager lagi tu. -.-

Adik yang memang dalam kos bisnes dah nak ambil lesen perniagaan. Dah mula rancang masa depan. Kedai abah yang kosong di kampung dijadikan harapan. Aku? Aci tak kalau aku fikir travel je sekarang ni? Mihmihmih...

Even tak habis lagi belajar, aku dah nampak bayang-bayang komitmen dan tanggungjawab tu. Apatah lagi, si adik lelaki bernada seloroh mengatakan aku ni dah patut bagi dia duit. Tawa bergabung, tapi lepas tu memang ayat dia lekat taknak keluar-keluar dari otak. Dia pun lepas ni nak sambung belajar, sekarang ni tengah tunggu keputusan SPM. Dua orang adik yang lain pun masih bersekolah lagi, tingkatan 4 dan darjah 5. Fikir masa depan, boleh sesak juga minda ni. Tak nak fikir, kalau terlambat, salah siapa? Haru-haru. Takkan nak bergantung harap pada ma abah lagi? Hoho~

Impian sendiri, planning dengan kawan-kawan, harapan family...

Moga diberikan kekuatan iman untuk menghadapinya.
Aku yakin DIA ada perancangan yang lebih baik untukku.

Sunset; view from Masjid UTHM.

New semester.

Nothing to say. Allah knows what I want, what I planned and what I do.
May Allah ease my day as your life too.
May Allah bless.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...