Together we are...

Wednesday, February 27, 2013

Kem Sinergi II : Bahagian 1

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Dari Pahang menuju ke Shah Alam dan meneruskan perjalanan ke Melaka. Sebuah perjalanan mencari erti hidup. Kaki penat melangkah namun dibayar dengan ilmu dan pengalaman yang tidak ternilai harganya sepanjang berada di Kem Sinergi II di Kem Saujana Asahan, Jasin, Melaka. Alhamdulillah, it's great enough! :)

Nama kem, tapi tempat tinggal best dan sangat selesa! 

25 Januari 2013|Jumaat
2.00pm   Pendaftaran Peserta
7.00pm   Solat Maghrib
9.00pm   MODUL 2 - Sinergi : Iman Paksi Kehidupan / Hilal Asyraf

Untuk pengetahuan semua, kem ini adalah sebuah program berkonsepkan Kem Kepimpinan dan Tarbiah anjuran Kolej Universiti Islam Melaka dengan kerjasama Langit Ilahi Consultancy.







Hari pertama. Lepas daftar, makan malam, solat Maghrib berjemaah dan tazkirah Maghrib, masuk ke dewan. Kat sini lah totally program berjalan. Ceramah, usrah, LDK dan lain-lain lagi.

Sebelum mikrofon diberikan kepada Hilal Asyraf, kami semua ada sesi ice-breaking bersama team Langit Ilahi di mana Abang Luqman Hakim (Pengurus Langit Ilahi Consultancy) menjadi pengacara majlis dan fasilitator-fasilitator, Kak Long - Kak Long dan Abang Long - Abang Long yang merupakan student KUIM. Sungguh, dengan gabungan 32 IPTA/IPTS, memang rasa bonding ukhuwah itu kuat sekalipun ada yang pertama kali baru bersua-muka. Bagi aku secara peribadi, itulah namanya bersahabat kerana Allah, dengan iman dan takwa menjadi asas kepada sebuah persahabatan. Kami datang dengan satu tujuan, fillah dan lillah.

Sesi bersama Hilal Asyraf merupakan satu sesi yang sangat-sangat menyentap jiwa. Selama ni go through the words with his books and facebook status, tapi bila dah dengar depan-depan buat pertama kali, nah! Memang rasa diri ni sekerdil-kerdil manusia. Bukan setakat nak bandingkan diri dengan Sultan Muhammad Al-Fateh je yang berjaya menawan Constantinopole pada umur 21 tahun, nak berdiri sama hebat macam Hilal Asyraf pun rasa tak mampu. *maksudnya di sini 'siapa aku' pada umur aku sekarang. kalau diambil contoh jantina, aku belum tentu ada secebis Sumaiyah. sobs.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...