Together we are...

Wednesday, February 27, 2013

Kem Sinergi II : Bahagian 2

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

26 Januari 2013 | Sabtu
8.00am     MODUL 3 - Usrah
10.30am   MODUL 4 - Muhasabah Cinta / Imam Muda Asyraf
2.00pm     Jungle Survival
9.00pm     MODUL 6 - LDK Muhasabah Cinta





















Hari kedua.

Dah terasa letih sedikit sebab tak cukup tidur. Program malam tadi habis lewat juga. Namun itu bukan alasan untuk tidak bangun ke surau jam 5 pagi. Seusai solat Subuh dan tazkirah, kami bersarapan dan berkumpul di dewan semula. Usrah dijalankan sementara menanti ketibaan Imam Muda Asyraf untuk slot seterusnya. Sesi bersama Imam Muda Asyraf tersangatlah best. Serius. Santai gitu...

Sebelah petangnya selepas makan tengahari dan solat Zuhur berjemaah, kami ada Jungle Survival. Berpeluang merasa air daripada rotan dan beberapa pengalaman lain lagi sepanjang berada dalam hutan itu. Di perkampungan ikhtiar hidup, berlaku satu insiden yang rasanya sangat memberi pengajaran buat kami semua. Apapun, sepetang berada dalam hutan sangatlah menyeronokkan. Bila baju pun kotor sebab jatuh tergelincir waktu turun bukit. Kihkihkih...

Solat Asar, makan malam dan bersiap-siap. Takda masa untuk rehat lama-lama.

Sebelah malamnya pula, selepas solat Maghrib, tazkirah dan solat Isyak, kami ada usrah sekali lagi. Lepas tu ada lah beberapa aktiviti menarik yang dibuat memandangkan itu malam terakhir. 3 hari 2 malam mungkin terasa lama tapi kerana dimanfaatkan sepenuhnya masa berlalu bagaikan angin yang menampar pipi. Badan terasa letih, namun semangat masih membara. Malam tu, air mata menemani kami semua. Pengalaman sahabat-sahabat kehilangan orang tersayang menjadi penutup sesi malam itu. Time ni, memang teringat family di rumah. Moga Allah menjaga mereka semua. Aamiin.

Jam sudah melebihi 2 pagi. Kaki diatur ke bilik. Langit Ilahi direnung. Bintang dan bulan menerangi pekat malam. Ya Allah, redhai perjalanan dan pengalaman aku di sini. Aku menemukan erti hidup di kem ini.

Bersambung...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...