Together we are...

Tuesday, March 12, 2013

Kem Sinergi II : Bahagian 3

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

27 Januari 2013 | Ahad
4.00am   Irkam Ma'ana
8.30am   Outdoor Games
2.30pm   Majlis Penutup Kem Sinergi II













Hari ketiga. Hari terakhir.

Sepantas masa berlalu. Hari ni bakal melabuhkan tirai bagi Kem Sinergi II. Tahu, lepas ni tugas menanti sebaik sahaja kaki melangkah keluar daripada kem ini. Hilang sudah title musafir. Sudah kembali meneruskan kehidupan seperti biasa dengan berbekalkan sedikit lagi ilmu dan pengalaman. Sungguh, tentu saja akan merindui kem ini.

Seawal jam 4, pintu-pintu bilik diketuk. Healer di luar kedengaran. "Bangun! Bangun!" Hanya sempat pejamkan mata untuk beberapa minit dek kerana program sebelumnya dan berkemas beg pakaian. Mengantuk sudah tentu terasa, namun digagahkan kaki juga untuk turun ke surau. Rugi rasanya jika tidak berimamkan Hilal Asyraf sewaktu qiamullail. Peluang tidak datang banyak kali. Irkam Ma'ana.

Seusai solat Subuh, tazkirah dan sarapan, ke dewan. Sedikit taklimat dan senaman. Ini lah kali pertama buat senaman macam ni. Senam Ruhul Jadid. Lagi bagus daripada chicken dance! *check it out dalam epilog*

Then, outdoor activity. Macam tak percaya, datang jauh ke tempat orang berpeluang merasa latihan ala-ala tentera ni. Hehe. Lebih kurang macam PLKN lah. Cuma ada beberapa aktiviti yang tak sempat nak buat kerana kekangan waktu. Kena bersedia untuk majlis penutup.

Kem Sinergi II dengan rasminya berakhir selepas ucapan daripada Naib Cancelor Kolej Universiti Islam Melaka. Sesi fotografi dan majlis bersurai.

Bersambung...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...