Together we are...

Wednesday, April 17, 2013

Hati berbicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Tidak Allah jadikan sesuatu itu tanpa sebab dan ibrah.

Rasa terlalu lama tidak menulis. Entah. Jari-jemari seakan kaku bila singgah di sini. Entri yang lepas pun masih tiada sambungan. Maaf pada yang menanti.

Hidup.

Mati adalah permulaan sebuah kehidupan. Bersediakah kita untuk itu?

Buku nota biru dibelek. Ayat-ayat yang dikutip sepanjang mengikuti majlis ilmu dibaca. Ya Allah, kuatkan hati aku.

Kawan.

Teman.

Sahabat.

Mempunyai definisi yang berbeza, orang kata lah. Walauapapun, persahabatan yang tidak diuji, mana mungkin boleh kekal hingga ke JannahNYA. Itu pemahaman aku. Bersama-sama ke Jannah dan berbahagia di dalamnya. Sahabat fillah. Bersahabat kerana Allah.



Sakit.

Tak semua kesakitan itu pedih. Makin rasa itu datang menyentuh tangkai hati, Allah sentiasa ada ubat untuk merawatnya. Ayat-ayat cintaNya menyapa sanubari memberi damai di kalbu. Sekalipun hati seakan luka ditoreh untuk kesekian kalinya tapi air mata seakan beku untuk mengalir. Biarpun ada yang seakan tidak mengerti situasi diri sekarang, aku mahu senyap, membisu dan menyepi. Kadang, aku sendiri mencari-cari erti semua ini. Namun, biarkan. Biarkan sahaja suatu masa nanti segala persoalan terjawab.

Suka, duka, tawa, gembira, nangis, sedih, ceria. Biar kerana Allah.

Hidup dan mati hanya untuk Allah.
“Dan janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang beriman.” (Ali-Imran, 139)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...