Together we are...

Monday, May 20, 2013

Bila terpaksa melepaskan ‘sesuatu’.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

“Aku nak jadi kuat macam kau.”

Aku tersenyum di sini. Suara teman di sana menyapa di hujung talian.

==============

It was 5.30pm in the evening. I got one call from someone. She is laughing at first before she keep silent in few minutes and start crying. I’m speechless. And I know why…

==============

Benar, kadang jika diri sendiri tidak mengalami.. mana mungkin kekuatan itu diperoleh. Umpama bayi yang tetap mencuba bangun untuk berjalan, akhirnya menjadi kita pada hari ini. Subhanallah. Itu kuasa Allah. 

Tidak diberikan ujian pada hambaNya melainkan ada hikmah di sebaliknya.

Aku…kuat?

Seringkali aku memujuk diri.

Manusia kuat bila ada Allah di dalamnya. Indeed.

Hingga detik ini, aku masih juga mencari kekuatan itu. Sebab, ujian Allah itu sentiasa ada. Bohong kalau aku tak menangis. Bohong. *aku memang mudah menangis. tettt.

Tapi, sebenarnya dah lama.. aku dah tak reti nak menangis macam dulu, macam zaman yang rasa loser sangat, macam aku rasa dunia ni sangat tak adil buat aku. 

Sebab apa?

Aku tahu di atas sana, aku ada Pendengar Yang Baik. Sekalipun dunia meninggalkan aku, tapi DIA tidak. Aku tak menangis pun, DIA tahu apa di hati aku. DIA kan Maha Mengetahui.

Bila terpaksa melepaskan ‘sesuatu’.

Sesuatu. Barangkali boleh jadi manusiawi, material atau impian.

Sukar, tapi kena juga. Sakit, tapi harus terima.

Allah kan dah janji. Syurga untuk orang beriman. Jadi, mana mungkin jalan nak ke syurga itu senang.

Dan janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman. [Ali Imran : 139]

Biarpun hati terluka, Allah kan doktor terhebat yang mampu menghilangkan rasa sakit itu sekelip mata. Ambil wuduk dan cari ketenangan semula. Ambil Al-Quran, baca, hayati maknanya dan menari dengan kenikmatan kasih-sayangNya. Ayat-ayat cintaNya mampu membuang rasa sedih itu pergi.

Tapi, ya.. aku tahu. Untuk permulaan memang sukar. Aku mengerti. Aku pernah lalui. Untuk jadi ‘kuat’, bukan boleh dibina dalam masa seminit dua. Kadang, berminggu, berbulan bahkan bertahun. Dan aku tidak ada jaminan untuk tidak ada ‘pisau’ yang akan menghiris hati kelak. Hidup ini memang satu ujian, satu dugaan, satu perjalanan yang penuh ranjau untuk mencari jalan pulang. Untuk kekal abadi di syurga Jannatul Firdausi.

Bila kita rasa kuat, tapi at one moment kita rasa jatuh semula.. tak lain tak bukan. Allah mahu terus memberi kekuatan buatmu. DIA mahu terus bercinta denganmu. DIA taknak kamu lupaNya bila bahagia sudah kamu ketemu. 

Benar, manusia mana yang tidak ada perasaan. Nak menangis, menangislah. Perasaan itu kan fitrah. Tapi, fitrah itu juga perlu diurus. Diciptakan kita nafsu, diciptakan juga kita akal untuk berfikir mana yang baik dan buruk.

Manusia kuat bila hati ada Allah di dalamnya. 
Tanya balik diri, di mana DIA di hati?

Wallahu’alam.

google imej

p/s: Entri ini khas untuk dia terutamanya dan juga buat kalian yang merasakan diri tidak kuat. Moga sedikit sebanyak membantu kalian menemukan kekuatan menghadapi jalan juang yang penuh mehnah ini. Oh ya, aku juga insan biasa. If you know what I mean. :)

mehnah - ujian

Sunday, May 12, 2013

MENGINTAI CINTA KHALIFAH.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Laila,

Jangan sesekali kau memetik bintang cinta dari langit kegelapan, lalu kau sematkan ia di dalam hatimu yang majhul hakikat. Kerana ia akan membawamu ke lubang zulmat. Jangan sesekali kau menyeru kata rindu tanpa kefahaman dan melagukan mantera kasih tanpa tujuan, kerana ia akan menjadi taufan yang meruntuhkan tugu keperibadian yang sedia berdiri di atas tapak pekertimu. Cinta itu seperti titisan jernih air hujan yang perlu ditadah dalam bekas suci, ditatap atas piring agama hingga memahamkan dirimu hakikat tuhan. Ia perlu difahami dan diselami dengan satu erti seertinya.

Laila,

Cinta itu…satu misteri yang hanya mampu dibiaskan oleh nur ilahi. Hanya yang mengerti amanah khalifatullah akan mampu mengutip nur ilahi dan menyelamatkan manusia dari kebutaan cinta nafsu. Dan seharusnya setiap lelaki, menanai pekerti Al-Khalifah dan menatang cinta yang terkelarai dalam wadah kebenaran. Barulah nur ilahi akan menerangi setiap cebisan rindu, setiap keluhan resah, setiap sekelumit kasih yang mengguyur dalam jiwa manusia. Mudah-mudahan segala sengsara duniawi yang terhasil dari mimpi-mimpi manusiawi akan mampu diusir jauh dari realiti.

Laila,

Jika engkau benar-benar mahu bahagia, intailah cinta yang tersembunyi di dalam kamar Al-Khalifah. Jika bisa kau rebut ia dengan kekuatanmu, capailah semahunya. Mudah-mudahan resah yang kau tanggung, pilu yang kau usung, pedih yang menghurung, akan sirna dari lubuk kalbumu. Lalu kau perolehi damai abadi.

MENGINTAI CINTA KHALIFAH
A. Ubaidillah bin Alias

Friday, May 10, 2013

Pengalaman mematangkan.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

“Kau kenapa kejam sangat?”
“Eh?”
“You know what I mean.”
“What?”
“Are you hurt?”
“Hah?”
==============
Break the line, break the gaps. I feel like I don’t belong here. Why so complicated to make people understand? Open Anthem. Just one thing happened. *crying*
==============
Looks back what happened before.

Kecewa, terluka, sedih. Itu semestinya. Perlu ke nak buka semula kisah yang telah lama berlalu? It was. Bukan kisah kita, tapi kisah aku dan dia.

Perlahan-lahan ayat itu meresap masuk ke minda. 
Dan sepantas kilat ayat itu terbang.

Apa aku merepek ni? Erghhh. Takda mood nak siapkan coding.
===============
Kalian tahu macam mana rasa dikhianati, dikecewakan dan dipermainkan?

Ya, kawan yang buat semua itu. Perasaan itu tersangatlah tidak seronok. Serius.

So, hargailah mereka yang benar-benar ikhlas menerima siapa anda. Berkawan kerana kita saling memerlukan. Berteman kerana kau dan aku punya sesuatu untuk dikongsi. *pesanan di tengah malam.

“Kau bodoh bagi kawan tikam belakang.”

Wah! Seenak maggie tomyam yang dah bertahun aku tak makan.

Kau tahu. Kadang, bukan kerana kita bodoh. Tapi sebab kita terlalu pandai. Haha. Just kidding. Ok abaikan. Dalam persahabatan apa yang kita mahukan? Sebuah penipuan sudah tentu bukan. Kan?

Ada orang yang dah tahu orang nak bunuh dia, dia serah diri? “bunuhlah saya!”  Ini bukan kisah mati kerana cinta-yang-konon-sejati dalam drama dan filem. Tettt. Sila berfikir dengan waras menggunakan akal kurniaan Ilahi.

In form 3, 4 or 5, couldn’t remember it. Bukan nak ungkit. Tapi just untuk pengajaran bersama. Ada seorang kawan ni menduakan persahabatan kami depan cikgu. Ada lah kisahnya di sini. Aku tak tahu tentang itu, sehingga satu hari masa aku masuk pertandingan wakil sekolah, cikgu membuka kisah itu. Sebab masa cikgu cakap, dalam ayat yang tak berapa aku nak faham. Tapi, Allah bagi aku kurniaan deria hati yang kuat. wujud ke istilah deria hati ni? Masa tu juga, hati aku bagai diblender macam bawang, halia dan segala macam spesis yang lain diblender. Aduhhh, lapar! Nak siakap 3 rasa. Ok sambung. Tapi, habis kat situ je lah. Lepas pertandingan itu..ke beberapa minggu lepas tu. Dia minta maaf. Aku maafkan. Then, kami berkawan macam biasa. Kami bergelak tawa, dan ya. Kerana kejadian itu, kami tak putus hubungan. Satu pengajaran bagi aku. Persahabatan mana yang tidak diuji? Aku dengan one of my besties, yang kenal sejak darjah 1, berapa banyak kali gaduh-merajuk-gaduh-merajuk. Kalau recite semula sejak umur 7 tahun, boleh menangis siapa yang baca kisah kami. Haha. Boy? Eh, of course and pretty sure SHE! Namun Alhamdulillah, kekal hingga sekarang. Dah besar ni, mana ada dah nak merajuk bagai ni. Dah matang kan. Eheh.

Sebenarnya aku nak cakap…

Manusia sering akan mengecewakan kita sebagaimana kita dalam tak sedar ada mengecewakan orang lain. Ayat pujuk diri sendiri. Kadang, kita tak mahukan semua itu. tapi ia terjadi di luar kawalan. Tahu-tahu je, dia berubah. Tahu-tahu je, kita berubah. Seringkali terjadi bukan?

Ok, aku tetiba hilang kata. Allahurabbi...

Bukan, aku tak terluka. Aku tak kecewa. Tapi, keadaan. Keadaan membuatkan aku lebih protect my heart, my lung, my liver, my kidney. Eh?

Ayat aku tak kejam, bukan untuk melukakan perasaan orang lain. Tapi kan, aku pernah kata dulu. Aku bukan gadis ayu yang kalian kata gadis-melayu-terakhir. Memang tak lah. Adik bongsu pun perempuan. Kekeke.

Seriously, I don’t know how to explain. Mesti kalian menyesal baca sampai sini kan?
===============
Aku pernah kecewa dengan kawan baik, ya. Aku akui.
Aku pernah kecewa dengan lelaki, ya. Aku akui.

Terluka? Semestinya. Ambil masa nak pulih? Sudah tentu.

Tapi,

Kisah lelaki itu tidak penting. Just drop the subject. I still keep my promise to someone. Kepercayaan dia masih ku pegang.

Kawan baik. Sayang kot nak putus kawan! Aku lebih rela letak ego jauh-jauh, tegur semula dan make it as usual. Sebab, apa yang pernah aku lalui dulu ajar aku sesuatu. Benda yang paling bernilai dalam hidup ni selepas keluarga adalah kawan. Tak kisahlah nak define apa pun. Kawan ke, teman ke,sahabat ke. Once I said we are friend, a best friend. Then we are friend till Jannah. *menangis lagi*  Siapa lagi yang nak tegur kau bila kau buat silap dengan keluarga? Siapa lagi yang nak tolong kau kalau kau susah? Siapa lagi yang nak salurkan kekuatan buat kau saat kau rebah? Itu kawan yang berada di sisi kau selama ini. Kawan.

Semudah itu untuk lupakan? Dan tak ingat bila menulis ni?

Camne ekk nak cakap. Macam ayat kawan kepada kawan aku.

“Ingat kisah lama bukan sebab dendam ke apa, tapi benda tu buat kita ketawa semula bila ingat.”

Haaa, kalian faham? Bagi aku, apa yang berlaku itu hanya satu pengajaran untuk kita. Kalau ianya tak berlaku, kita takkan dapat rasa dan faham apa makna kehidupan ini.

Aku teringat ayat dalam Anthem.

“The past matters. But only as a reference point untuk tengok sejauh mana kita  dah berubah. The past is nothing but a force to drive you forward. Do not let your past dictates you.”

Tolong hadam ayat kat atas ni. Tolong.
===============
Once broken considered sold.

 It’s totally not exist in my life. Bab cinta tolak tepi ha. Amaran keras ni! Sungguh, nak men-describe-kan diri sendiri itu, aku failed. Nanti orang kata syok sendiri, indah khabar dari rupa. But I can admit.. the way you make our friendship precious, the more I make it than you make it. Wahaha. Nak speaking tapi hancur. Dush!

Valid untuk  best friend or all friends?

Haha. You can answer the question by yourself. 

Ada orang yang kita berkawan tapi tak boleh mesra. Ada yang kita berkawan tapi kita takkan bercerita tentang life kita pada dia. Ada insan yang rapat dengan kita, tapi kadang dia juga tidak tahu tentang kita. Ada yang jauh dengan kita, tapi tahu tentang kita. Ada yang dekat dengan kita, tahu tentang kita, bonding kuat walau jauh, ya. Itu kawan baik kita. Dan definisi kawan baik itu depends on you, not me. This is me, I am.

Jauh mana pun terpisah, perbualan tetap wujud walaupun berbicara melalui tulisan, ia akan kekal. Kadang, terpisah dek kerana mengejar impian dan hidup masing-masing, tapi lepas tu masih berhubung dan kembali mesra, itu kawan sepanjang zaman. Yang dikatakan kawan-dulu, bila semuanya berubah.. dan kembali bertemu, hai-hai-dan-blah. Sangat sadis.

Twice broken considered sold.

Percayalah, banyak kali broken pun. Kalau hati masih sayang, masih nak pertahankan persahabatan itu, broken lah banyak kali pun, tetap juga akan bersama. Trust me. 

Allah tak pernah jemu menerima taubat kita. Siapa kita taknak maafkan orang lain? Hidup ini terlalu pendek untuk bergaduh, saling membenci dan bermasam muka.
===============
And the conclusion is?

Serius seronok kalau orang kata aku sombong dengan lelaki! Ayat-ayat macam taknak cari gaduh je. Haha. Seronok beb! If you know what I mean. =)

But hey…

Lain orang lain cara dia kan? Mungkin betul kerana apa yang berlaku dalam hidup aku selama ini mengubah persepsi dan pemikiran aku. Kadang, aku suruh orang lain sabar tapi kadang aku yang hilang kesabaran. Kadang aku suruh orang lain kuat, tapi aku juga tak kuat kadang-kadang. Apa boleh buat. Ini kehidupan. Ada masa kita jatuh, ada masa kita bangkit. Benar, istiqamah itu sukar.
===============
Aku sedar yang kebelakangan ini, kesabaran aku makin menipis. Salah intro, siap lah kalian. Ha-ha-ha. Teruk betul aku ni. Haih. Entah, kadang nak memuaskan manusia ni bukan mudah. Aku buat ayat melawak, orang fikir aku meroyan. Heh. Memang kena lah. Nak kena bagitahu ke, ini lawak semata-mata. Oh well, aku cuma boleh kata. Sebab aku tak famous, maka ayat aku semuanya harus serius. Konon nak famous amor. Dan aku terfikir, if aku boleh pejam mata dengan ayat-nak-muntah si kamu dan kamu itu, kenapa tidak kamu take it easy?

Nak mencari yang persis malaikat, itu bukan aku. 
Aku cuma gadis biasa yang tahu baik buruk, dosa pahala.
===============
“Tak rasa ke ayat mereka itu untuk kebaikan kau juga? Supaya kau tahu jaga ayat dan percakapan?”

Errrr. Ya, aku faham. Tapi bukan selalu. Bukan… Fine. Salah aku.

Non-stop playing Dare You to Move by Switchfoot.

Sukarnya untuk hidup memuaskan hati orang lain. Lesson learned. Tata.

T.T

Monday, May 06, 2013

Welcome to tulip time.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

First and foremost, credit to the owner for these awesome pictures!
And thanks Google for it. =)


Bila cakap/nampak/dengar tentang TULIP, hati berbunga riang hingga mahu memaksakan diri naik flight dan terbang ke Amsterdam untuk berlari-lari gembira di ladang tulip di Keukenhof dan sekitarnya. over kau eh mek..


Bila orang tanya kenapa suka tulip, kadang-kadang aku hanya tersenyum. Macam orang kata, sometimes cinta ni tak perlu diluahkan. Reaksi dan tindakan boleh menggambarkan betapa cintanya kita pada sesuatu. Begitulah CINTA aku pada tulip. Ececeh. Masuk bab cinta, mata masing-masing segar-bugar je... Btw, kalau tanya sejauh mana aku suka tulip ni, suka tahap maksimum tapi takda lah fanatik sampai takda iman. Pahe dop? 

P/S : In certain situations love should be said, trust me! If not, you will lost that things or person.


Dulu pernah ada teman tanya aku minat tulip apa. Bila aku cakap putih, dia balas, putih melambangkan kasih suci macam nama aku Qaseh. Haha~ Tapi tu nama facebook aku je kot. Tapi dia the only one still panggil aku Qaseh even tahu nama betul aku. Heeee... Okeh. Aku suka tulip putih bukan apa, cuma aku rasa warna putih ni memang cun selepas biru. Tapi as long as TULIP aku tetap suka tak kisah lah warna apa. Biru kedamaian, pink menawan, ungu romantik, merah jelita, kuning memikat, oren berseri dan lain-lain lah. Kihkih~


Living Cabin. Most of the shopping complex ada kot kedai cenderahati ni. Kalau kaki melangkah masuk kedai ni, tangan mesti tak reti duduk diam. Sure ada barang yang dicapai. Dan kalau boleh semua barang dalam kedai tu nak beli. Haha~ Tapi kat sini lah senang aku nak cari 'tulip things'. Tak percaya? Try la masuk. Kalau takda, maknanya bukan rezeki hampa. Sebab selalunya bila aku masuk, mata aku nampak je 'tulip things'. Hehe~


Antara contoh 'tulip things' yang sure aku beli jika nampak. Kawan yang tahu minat aku ni, confirm dia perli bila aku beli barang-barang macam ni. Yang bestnya, gelak-gelak pun, diorang yang jadi tukang suggest warna apa yang lawa. Kira support aku lah kan? Hehe~ Aku sikit pun tak terasa hati sebab aku sendiri tahu yang aku ni pelik. Nampak tulip boleh diibaratkan peminat jumpa artis kesayangan mereka. Tapi aku still behave dan menjaga keayuan diri. Haha~ And she said, "suami Nani nanti kena tahu lah Nani suka tulip dan belikan.. Karang dia bagi bunga tahi ayam." Aku ketawa.


Stick pin brooch. So far setakat ni tak jumpa lagi yang tulip. And mostly dalam koleksi adalah butterfly.


Dapat kad ada tulip pun sure hati suka meh. Pergi POPULAR, nampak kad 'untuk ISTERI tercinta', corak tulip kat situ memang lawa lah. Tapi takkan nak beli lak kan. Meroyan namanya tu. Heh.


Tulip phone case. Selalu juga mencari, tapi tak jumpa.


Setakat ni, aku baru belajar buat origami tulip. Nak buat crosstich, buat crochet dan mengait, aku belum belajar lagi. Tapi memang dah berniat dan akan melakukannya nanti, insyaAllah. Ma dengan kakak memang pandai dalam bab ni, so harap dapat belajar daripada mereka nanti sambil belajar online. Hihi~


Baju kurung. Yang ni memang dah ada dalam koleksi. 

Tapi kan. Even aku suka tulip gila-gila pun, tapi aku takkan beli yang kaki aku pijak. Contohnya, macam kasut atau carpet. Pelik kan. Sebab ada satu ayat tu buat kan aku rasa macam betullah tu. Errrrrrr. Tak boleh nak bagitahu ayat tu demi menjaga hati pembaca-pembaca sekalian. Karang, dikejar kontroversi pula. 
*konon famous amor* 



Mesti aku teruja dapat naik air-ballon macam ni. Setahun mungkin aku masih tersenyum. Ok, tipu je.


Dan yang ni? Pinjam gambar anak mat saleh. Yang penting belakang tu..ladang tulip! Bestnya bila dapat ke sini bawa Rayyan Qaiser, Raisya Qistina dan lain-lain. ^_^


Aku rasa kalau suggest macam ni kat wedding planner di rumah belum tentu dapat persetujuan. Haha~


Wedding tulip centerpieces.
Impian menjadi kenyataan tak kalau nak buat perkahwinan bertemakan tulip?


Hantaran, pelamin, meja makan semuanya tulip.


Untuk flower girls.


Flower bouquets tulip untuk pengantin.


Kek pun corak tulip.


Doorgift untuk tetamu pun 'tulip things'.


DAN paling penting, cincin platinum bertatahkan berlian corak tulip untuk nikah nanti. Bila ada kawan yang dengar, sure diorang ketawa. Memang tulip tu tak dapat dipisahkan. Tambahan, platinum kot. Hasil pencarian aku di website tanpa bertanya di kedai cincin, paling murah cincin platinum RM1800+. Haha~ Tak pasti harga sebenar berapa. Anyone? *kemain kan nak platinum, belum kira berlian lagi. agak-agak capai RM24 juta tak?haha*

Rupanya Google punya Google, ada cincin + tulip rupanya. Aku ingatkan aku je yang berangan lebih. Hehe~


Muahaha~ Tutuplah kisah pasal dreaming wedding. Ada yang pernah cakap, ma...hal kot tulip-tulip tu. Well, kalau dah namanya berangan, harus lah yang BESAR gitu. Saudara Amin Idris, motivator terkenal pernah berkata, selagi orang lain tak kata kita gila, maknanya tak cukup besar lagi impian kita tu. *so i already dreaming big enough*


Masuk part rumah idaman. Segala macam dalam rumah mesti nak berasaskan tulip. Salah satunya macam lampu di ruang tamu ni.


Kat dapur pun kena ada. Tulip kan membahagiakan hati? Lalala~


 Lepas tu set pinggan mangkuk. Menari-nari gembira kalau dapat beli. Punyalah minat tulip! Actually dah lama rasa nak beli je setiap kali window shopping. Lagi-lagi yang nampak kat Parkson tu. Fuhhh. Tapi sebab rumah pun takda lagi, dan nak beli letak rumah ma pun macam useless je. Ma belum tentu suka corak tulip. Lagipun, dah banyak pinggan mangkuk kat dapur rumah... Ngeh ngeh ngeh. Tunggu rumah sendiri la ya nanti.


Ini dinamakan kebahagiaan. Tidur di atas hamparan tulip macam sekarang ni. Memang bila mata nampak je apa-apa bercorak tulip, tangan terus capai. Sometimes, bahaya tahu penyakit ni. Namun alhamdulillah. Masih boleh kawal antara keinginan dan kehendak. Kalau yang setakat perhiasan yang kecil-kecil tu, memang beli bila hati dah berkenan. Tapi kalau yang barang-barang macam ni, kalau takda dan nak sangat-sangat baru beli. *esok lusa cakap lain tulip punya pasal*


Last but not least, bayangkan barang-barang tulip ni menghiasi sekitar rumah. Kalau dapat penghuni yang ok macam aku, ok lah. Kalau tak suka, boleh muntah kot. Haha~

'Lucky star' yang puluh-puluh kat dalam bilik kat rumah pun ma dah tanya nak buat apa. Sampai cakap tak payah pasang lampu, biar bintang tu yang menerangi. Hehe~ Tak tahu apa ma akan kata kalau nampak koleksi 'tulip things' yang ada dengan aku sekarang. Kihkihkih~


Lastly, aku rindu satu-satunya wajah yang pernah wujud di belakang gambar ni. Hmmm~ Dan dia mungkin-terpaksa-terima 'kegilaan' aku pada tulip ni dan sama-sama jadi 'gila' bila tengok gambar tu. *aku harap kau tersenyum masa baca ni dan ingat aku. 


Amsterdam, Netherlands. Tempat idaman teratas sekali selepas Mekah yang memang wajib untuk umat Islam. Sekalipun, ladang tulip masih ada di negara lain dan tulip ada je kat mana-mana pun termasuk la Malaysia, tapi entah. Hati dah terpaut dengan Amsterdam dan Keukenhof. Bila sebut je tulip, terus Amsterdam terbayang di mata teringat di fikiran terluah di bibir dan terpahat kukuh di hati.


Mungkin gambar-gambar di atas ini boleh sampaikan apa yang hati aku tak mampu ungkapkan.


Tengok sunset at tulip fields dalam gambar yang di-Google pun rasa nak menangis melihat keindahan ciptaan Allah. Agaknya tengok depan mata sendiri macam mana lah agaknya... *aku memang suka tengok sunset* *bayangkan tulip dan sunset dalam satu masa, Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!*


Sehingga itu, selamat bertemu di lain entri. Kalau korang punya minat dan ada link-link yang boleh menemukan aku dengan tulip, dialukan untuk drop di ruang komen di bawah. Sharing is caring kan? :)


p/s :-
kepada yang berkenaan,
sila terima diri ini peminat tulip bukan mawar merah!

minat dan impian bukan bermakna harus mengetepikan iman dan syariat. walauapapun, islam is the way of life. pembaziran amalan syaitan. dan aku bukan kawan mereka! ini serius. sekadar memujuk hati dengan keindahan alam ciptaanNya supaya segala rasa dipulangkan kepadaNya semula. baca dengan hati yang tenang dan positif. maaf andai membawa kalian ke daerah angan-angan tak sudah. tapi satu perkara yang pasti. tak dapat bintang di langit, sekurangnya dapat gapai langit. fikirkan dan renungkan. moga Allah redha. senyum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...