Together we are...

Monday, May 20, 2013

Bila terpaksa melepaskan ‘sesuatu’.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

“Aku nak jadi kuat macam kau.”

Aku tersenyum di sini. Suara teman di sana menyapa di hujung talian.

==============

It was 5.30pm in the evening. I got one call from someone. She is laughing at first before she keep silent in few minutes and start crying. I’m speechless. And I know why…

==============

Benar, kadang jika diri sendiri tidak mengalami.. mana mungkin kekuatan itu diperoleh. Umpama bayi yang tetap mencuba bangun untuk berjalan, akhirnya menjadi kita pada hari ini. Subhanallah. Itu kuasa Allah. 

Tidak diberikan ujian pada hambaNya melainkan ada hikmah di sebaliknya.

Aku…kuat?

Seringkali aku memujuk diri.

Manusia kuat bila ada Allah di dalamnya. Indeed.

Hingga detik ini, aku masih juga mencari kekuatan itu. Sebab, ujian Allah itu sentiasa ada. Bohong kalau aku tak menangis. Bohong. *aku memang mudah menangis. tettt.

Tapi, sebenarnya dah lama.. aku dah tak reti nak menangis macam dulu, macam zaman yang rasa loser sangat, macam aku rasa dunia ni sangat tak adil buat aku. 

Sebab apa?

Aku tahu di atas sana, aku ada Pendengar Yang Baik. Sekalipun dunia meninggalkan aku, tapi DIA tidak. Aku tak menangis pun, DIA tahu apa di hati aku. DIA kan Maha Mengetahui.

Bila terpaksa melepaskan ‘sesuatu’.

Sesuatu. Barangkali boleh jadi manusiawi, material atau impian.

Sukar, tapi kena juga. Sakit, tapi harus terima.

Allah kan dah janji. Syurga untuk orang beriman. Jadi, mana mungkin jalan nak ke syurga itu senang.

Dan janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman. [Ali Imran : 139]

Biarpun hati terluka, Allah kan doktor terhebat yang mampu menghilangkan rasa sakit itu sekelip mata. Ambil wuduk dan cari ketenangan semula. Ambil Al-Quran, baca, hayati maknanya dan menari dengan kenikmatan kasih-sayangNya. Ayat-ayat cintaNya mampu membuang rasa sedih itu pergi.

Tapi, ya.. aku tahu. Untuk permulaan memang sukar. Aku mengerti. Aku pernah lalui. Untuk jadi ‘kuat’, bukan boleh dibina dalam masa seminit dua. Kadang, berminggu, berbulan bahkan bertahun. Dan aku tidak ada jaminan untuk tidak ada ‘pisau’ yang akan menghiris hati kelak. Hidup ini memang satu ujian, satu dugaan, satu perjalanan yang penuh ranjau untuk mencari jalan pulang. Untuk kekal abadi di syurga Jannatul Firdausi.

Bila kita rasa kuat, tapi at one moment kita rasa jatuh semula.. tak lain tak bukan. Allah mahu terus memberi kekuatan buatmu. DIA mahu terus bercinta denganmu. DIA taknak kamu lupaNya bila bahagia sudah kamu ketemu. 

Benar, manusia mana yang tidak ada perasaan. Nak menangis, menangislah. Perasaan itu kan fitrah. Tapi, fitrah itu juga perlu diurus. Diciptakan kita nafsu, diciptakan juga kita akal untuk berfikir mana yang baik dan buruk.

Manusia kuat bila hati ada Allah di dalamnya. 
Tanya balik diri, di mana DIA di hati?

Wallahu’alam.

google imej

p/s: Entri ini khas untuk dia terutamanya dan juga buat kalian yang merasakan diri tidak kuat. Moga sedikit sebanyak membantu kalian menemukan kekuatan menghadapi jalan juang yang penuh mehnah ini. Oh ya, aku juga insan biasa. If you know what I mean. :)

mehnah - ujian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...