Together we are...

Wednesday, June 05, 2013

Dandelion.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Dulu pernah kawan bertanya aku suka tak bunga rumput. Dan aku macam terkujat sekejap. Bunga rumput? Then, ohhh.


Tak tahu namanya apa. Tapi yang pasti dulu memang suka ambil bunga tu bila terjumpa dan tiup ke udara. Dan kadang-kadang bila ada kuntum kecil bunga tu yang berterbangan tiba-tiba, hanya satu di depan mata, kami kata, ‘nenek kebayan datang rumah’ Haha. Zaman budak-budak.


Nak kata suka tu, tak lah kot. Cuma bila tiup bunga tu, ia sesuatu yang membahagiakan. Trust me.


Dandelion. Nama famous. Kekeke. Rasa nak cari bunga ni sekarang dan tiup ke udara. Umpama mahu menerbangkan segala beban di pundak. Dan rasa damai bila melihat ia berterbangan. 

Macam tu juga bila main belon sabun. Damainya jiwa 'menjadi kanak-kanak' semula.

^_^

p/s:google imej.

Tuesday, June 04, 2013

Patah Hati.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Kau tidak seperti dulu yang ku kenali dulu,
rupa hilang seri manakah manisnya..
Kau tidak seperti dulu yang ku kenali dulu,
madah tak berlagu manakah girangnya..

Patah hati,
jangan terdampar sepi jangan tersungkur mati..
Patah hati,
jangan leburkan mimpi jangan memakan diri..
********************************
Namanya manusia.
Mana mungkin lari daripada masalah.
Namanya manusia.
Mana mungkin tidak ada ujian dan dugaan daripada Penciptanya.

Perempuan yang banyak ketawa sebenarnya tidak begitu pada hakikatnya.

Mungkin dulu, aku seperti.. ek eleh.. macam poyo je ayat macam ni. Namanya manusia. Itu normal. Biasa. Tapi, ya.. benar.. Sebagai seorang perempuan, memang itu yang aku rasakan. Kadang, aku merasakan ketawa itu mampu membuat diri lebih tenang daripada menangis dan bersedih. Gelak tawa itu lebih baik demi melihat orang sekeliling kita tetap tersenyum dan gembira. Walhal..diri sendiri merintih. Hati menangis. Hakikat kehidupan yang kadang tak mampu diterima akal, tapi nak tak nak harus terima ketentuan Ilahi. Hakikat kehidupan yang kadang diri tak mampu bertahan, tapi nak tak nak kena juga tempuh demi orang-orang tersayang.

Manusia kuat bila ada Allah di dalam hati.

Sebab adanya Allah di hati, tetap juga bertahan. Bohong kalau tak sedih dan menangis bila ada nada-nada sumbang pertikaikan kita. Kalau aku boleh terima semua ini, kenapa tidak kamu memberikan aku semangat?

Nangis.

********************************
Bukankah Tuhan ciptakan malam untuk beradu menanti siang,
Bukankah Tuhan titiskan hujan menanti limpah kemarau panjang.

Patah Hati - Saujana. replay again and again.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...