Together we are...

Wednesday, June 05, 2013

Dandelion.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Dulu pernah kawan bertanya aku suka tak bunga rumput. Dan aku macam terkujat sekejap. Bunga rumput? Then, ohhh.


Tak tahu namanya apa. Tapi yang pasti dulu memang suka ambil bunga tu bila terjumpa dan tiup ke udara. Dan kadang-kadang bila ada kuntum kecil bunga tu yang berterbangan tiba-tiba, hanya satu di depan mata, kami kata, ‘nenek kebayan datang rumah’ Haha. Zaman budak-budak.


Nak kata suka tu, tak lah kot. Cuma bila tiup bunga tu, ia sesuatu yang membahagiakan. Trust me.


Dandelion. Nama famous. Kekeke. Rasa nak cari bunga ni sekarang dan tiup ke udara. Umpama mahu menerbangkan segala beban di pundak. Dan rasa damai bila melihat ia berterbangan. 

Macam tu juga bila main belon sabun. Damainya jiwa 'menjadi kanak-kanak' semula.

^_^

p/s:google imej.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...