Together we are...

Wednesday, September 25, 2013

10 Muwasafat Tarbiyyah.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Apakah itu Muwasafat Tarbiyah?

Muwasafat Tarbiyah adalah kriteria yang perlu ditanamkan dalam diri untuk menjana keperibadian Muslim yang syumul.

1) Aqidah Yang Sejahtera (Salimul Aqidah)
  • Tidak menjampi kecuali dengan Al-Quran yang ma’thur
  • Tidak berhubung dengan jin
  • Tidak meminta bantuan dari orang yang meminta bantuan jin
  • Tidak menenung nasib
  • Tidak mendekati tukang tilik
  • Tidak mengusap kubur
  • Tidak meminta bantuan dari simati
  • Tidak bersumpah dengan selain Allah SWT
  • Tidak mempercayai adanya sial
  • Mengikhlaskan amal kerana Allah SWT
  • Mengimani rukun-rukun Iman
  • Mensyukuri Allah SWT ketika menerima nikmat
  • Sentiasa sedar syaitan adalah musuh
  • Menerima sepenuhnya dari Allah SWT dan menolak sesuatu yang diturunkan selain Allah SWT


2) Ibadah Yang Benar (Shahihul 'Ibadah)
  • Tidak menolak untuk melaungkan azan
  • Bersuci dengan sempurna
  • Sangat menghargai solat berjemaah
  • Sangat suka berjemaah di masjid
  • Memperbaiki mutu solat
  • Qiamullail seminggu sekali
  • Menunaikan zakat
  • Berpuasa wajib
  • Berpuasa sunat sehari setiap bulan
  • Ada niat untuk menunaikan haji
  • Beriltizam dengan adab-adab tilawah
  • Khusyuk ketka membaca Al-Quran
  • Menghafaz 1 juzuk dari Al-Quran
  • Berdoa pada waktu-waktu yang diutamakan
  • Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
  • Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
  • Menjauhi dosa-dosa besar
  • Sentiasa membaca zikir pagi
  • Sentiasa membaca zikir petang
  • Mengingati Allah SWT pada setiap situasi
  • Menunaikan nazar
  • Menyebarkan salam
  • Menahan anggota dari perkara haram
  • Beri'tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
  • Menggunakan sugi/siwak
  • Sentiasa bersuci (berwuduk) sedaya mungkin


3) Akhlak Yang Mantap (Matinul Khuluq)
  • Tidak takabbur
  • Mempunyai pendirian
  • Tidak menipu
  • Tidak mencaci
  • Tidak mengadu domba
  • Tidak mengumpat
  • Tidak berdusta
  • Tidak mengejek
  • Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
  • Tidak berkawan dengan orang yang berkelakuan buruk
  • Mengasihi orang yang lebih muda
  • Menghormati orang yang lebih tua
  • Menunaikan janji
  • Menundukkan pandangan
  • Menjaga rahsia
  • Menutup dosa orang lain
  • Cemburu terhadap isteri
  • Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya


4) Mampu Berdikari (Qadirun 'Alal Kasbi)
  • Menjauhi pekerjaaan yang haram
  • Menjauhi riba
  • Menjauhi judi
  • Menjauhi penipuan
  • Menunaikan zakat
  • Membuat simpanan walaupun sedikit
  • Tidak menangguh-nangguhkan tugasan yang diamanahkan
  • Memelihara harta awam
  • Memelihara harta peribadi


5) Luas Pengetahuan (Mutsaqqaful Fikri)
  • Mampu membaca dan menulis dengan baik
  • Membaca tafsir 1 juzuk dari Al-Quran
  • Memelihara hukum-hukum tilawah
  • Menghafaz setengah dari hadith 40
  • Menghafaz 20 hadith dari Riyadhusshalihin
  • Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yang penting
  • Mengenali sepuluh orang yang dijanjikan Syurga
  • Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci
  • Mengetahui hukum-hukum solat
  • Mengetahui hukum-hukum puasa
  • Membaca sesuatu di luar bidangnya. 4 jam seminggu
  • Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
  • Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam
  • Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yang menyeleweng
  • Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga
  • Mendengar dengan baik
  • Mampu memberikan pandangan
  • Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
  • Tidak menerima syubahat yang dilemparkan ke atas kita


6) Sihat Tubuh Badan (Qawwiyul Jism)
  • Bersih tubuh badan
  • Bersih pakaian
  • Tempat tinggal yang bersih
  • Beriltizam dengan sunnah (adab) makan dan minum
  • Tidak berjaga malam berlebihan
  • Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu
  • Bangun sebelum terbit fajar/subuh
  • Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
  • Meninggalkan tabiat merokok
  • Menjauhi tempat-tempat kotor
  • Menjauhi tempat-tempat berpenyakit


7) Melawan Hawa Nafsu (Mujahadatul Li Nafsi)
  • Menjauhi perkara-perkara haram
  • Menjauhi tempat-tempat lalai yang diharamkan
  • Meninggalkan tempat-tempat maksiat


8) Tersusun Dalam Urusan (Munazhzhamun Fi Syu'unihi)
  • Penampilan yang elok
  • Tidak mempunyai hubungan dengan pihak yang menentang Islam


9) Sangat Menghargai Masa (Harishun 'Ala Waqtihi)
  • Bangun awal
  • Menggunakan masa tertentu untuk belajar


10) Bermanfaat Kepada Orang Lain (Nafi'un Li Ghairihi)
  • Menunaikan hak ibu bapa
  • Menyertai majlis-majlis kegembiraan
  • Membantu orang-orang yang memerlukan
  • Membimbing orang yang sesat
  • Berkahwin dengan pasangan yang sesuai

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...