Together we are...

Wednesday, October 30, 2013

Ku Serah Cinta

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Ku serah segala ketentuan, biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu dan aku telah jemu
Aku tidak mahu berpaling pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri, hadirnya mengundang penat
Akan ku serah cinta ini, bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan dan kepuraan
Aku semakin tidak peduli apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku mahu bebas dari masalah
Ku serahkan cinta ini hanya padaMu, oh Tuhan
Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini

Munsyid : In-Team
Lirik : Pahrol Md. Juoi (Genta Rasa Publishing)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Tuesday, October 29, 2013

#2 Ayat Chenta.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Tingkat syukur lebih tinggi berbanding sabar.
Syukur untuk semua yang telah diperoleh selama ini. 
Sabar untuk sedikit yang diambil semula olehNya.

Kadang kita manusia ni, bila diuji sedikit terus gelabah. 
Lupa dah taraf kita sebagai hamba layak diuji?

Memang kita sebagai manusia ni, bohonglah tak rasa sedih. 
Sedih itu fitrah. Dan fitrah itu perlu diurus.

Renung semula sejauh mana iman kita. 
Redha dengan takdir Allah, atau rebah cium bumi.
Rebah bukan sujud syukur, 
tapi rebah yang terus taknak bangun-bangun. 
Umpama mayat hidup.

Bukan ke, dengan kesakitan itu dapat menambahkan iman kita pada Allah? Sekurangnya, masa sakit tu fikir nak mati, tambah amal, upgrade iman. Kan? Untung tau kalau sakit ni sebab bukan semua Allah pilih. Orang kata, orang sakit ni free je topup pahala dan Allah akan angkat darjatnya. Tapi as long as dia tu sedar hakikat bahawa semua itu kuasa dan ketetapan Allah. Kalau sakit tapi asyik marah-marah, mengeluh dan merintih dengan nasib diri, tak ke mana juga. Elok sakit memang ada tu, tambah lagi hati yang berpenyakit. Kan parah namanya tu.

************************************************
Ya Allah.
Perkenankanlah doa kami supaya mati dalam husnul khatimah.

Thursday, October 10, 2013

Warkah Cinta Berbau Syurga

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

 Assalamualaikum

Wardah...

Cairo kurasakan sepi tanpa surat-suratmu. Bunyi sahrawi yang mengepuk debu kering itu bagai membawa mersik suaramu. Tetapi, aku tetap sedar bahawa kau tidak pernah berada di sisi. Semenjak dahulu, kini dan selamanya. Hanya aku bermain ilusi sendiri. Justeru, aku datang dengan wajah seorang kawan. Tidak minta dikasihi dan tidak minta dibenci. Hadirku untuk membantu melerai kekusutan. Aku yang memulakan salam pertemuan, selayaknya aku jua yang melafazkan salam perpisahan.

Ingatkah sewaktu dirimu meletakkan harapan yang tinggi pada hubungan ini. Waktu itu betapa kita yakin bahawa hubungan ini akan utuh dan kukuh. Kita yakin susah senang mampu diharung dengan sabar. Masa itu kita masih muda bukan, kita penuh dengan semangat serta azam. Kita kadang-kadang lupa dengan tribulasi, melihat cabaran dengan mata yang kurang terbuka. Biar jauh atau dekat, biar senang atau susah, kita tetap mahu pastikan agar hubungan ini berjaya.

Dulu pernah kuungkap "Jangan terbang tinggi, kalau jatuh kan parah". Lalu Wardah jawab "kalau kita tak cuba terbang tinggi, sampai bila pun kita takut untuk mencuba. Lagipun kita tetap mendapat nikmat berusaha dan mencuba". Kalam itu banyak memberi kesan kepada diriku.

Aku terasing jauh dari bumi sendiri, terbang melintasi benua dan akhirnya terdampar di tepi pesisir mediteranean. Apabila diimbau sejarah kita, terasa seolah suatu kisah yang kita karang bersama adunan rasa jujur dan tulus. Walaupun hubungan kita tidak disuburkan dengan pertemuan, kesefahaman dan kepercayaan telah menyiram benih-benih kemesraan. Kita jadi pasangan yang toleransi dan saling cuba memahami. Ah, seolah sebuah kisah mitos yang tidak wujud, namun ia telah berlaku dalam hidup kita.

Hari ini, terbukti tiada jodoh antara kita dan mungkin sudah sampai masanya kita mencari haluan masing-masing. Ke mana sahaja kita terbang, semampunya kita tuju dengan sepenuh kekuatan dan kematangan. Selagi kita fahami realiti dan tidak terikat dengan emosi. Pasti konklusinya mampu kita capai dengan baik. Antara kita, mungkin ada peristiwa yang menjadi kenangan abadi. Namun tidak bermaksud kita mengagungkannya. Jadikan ia sekadar memori untuk diri sendiri. Sekadar nostalgia untuk diimbau. Biarlah ia menjadi khazanah yang berharga, atau mungkin sahaja hilang dipupus masa. Tuhan yang menentukan, bukan kita.

Benarlah, cinta tidak mampu memenangkan segala. Cinta tidak membawa segala kesempurnaan hadir ke sisi. Tetapi, ia mengajar kita menerima sesuatu seadanya. Cinta juga bukan semestinya bersama. Cinta itu untuk memastikan orang yang dicintai bahagia. Terima kasih kerana pernah menerima diri ini sebagai insan istimewa. Terima kasih…

Sekian.

Amir,
Cairo, Republic Of Egypt.

Warkah Cinta Berbau Syurga
Oleh A. Ubaidillah Alias

Wednesday, October 09, 2013

#1 Ayat Chenta.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Tuhan tidak menganiaya hamba-hambaNya yang sentiasa mendambakanNya.
Tuhan pasti memberikan belas dan rahmat kepada hamba-hambaNya yang menderita kerana beribadah kepadaNya.

Sungguh. 
Tiada ubat yang lebih mujarab daripada sabar.
Sungguh. 
Tuhan sedang menguji kita dengan melewatkan apa yang sepatutnya terjadi pada hari ini. 

Itu sahaja.


Diambil dari kisah Aminah - Cinta Puteri Quraisy
(Srikandi-Srikandi Yang Benar oleh Zahiruddin Zabidi)

Sunday, October 06, 2013

SEKOLAH RENDAH.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Entah kenapa. Rasa rindu menggunung pada zaman sekolah rendah. Kalau Eja baca entri ni, mesti dia kata ada makna semua ni. Haha. Ok abaikan. -.-

Dah lebih 10 tahun.

Fatamorgana (Hijjaz) dan Doa Taubat-Iktiraf (Raihan). Dua lagu yang menyebabkan tertubuhnya kumpulan nasyid yang mewakili sekolah di bawah ketua, Yati Kamil. Lepas tu jadi wakil sekolah 3 tahun berturut-turut rasanya hingga terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri. Kumpulan nasyid sekolah di bawah sifu Ustazah Noraini. Just miss all of them.

Rindu budak-budak Persatuan Doktor Muda juga. Only three years, nama ada title Dr. kat depan. Kadang kat sekolah sarung baju doktor tu setiap hari Rabu sebab taknak pakai baju Pandu Puteri. Baju pengawas + baju doktor + name tag. Memang awesome! Pergi hospital, lawatan sambil belajar. Tapi masa tu rumah mayat staf tu tak bawa masuk. Teringat ayat Cikgu Zulaida mengatakan aku ada gaya doktor. Gaya je lah. Hakikatnya, takdir ini indah! =)

Kat Taman Sains sekolah. Rasanya kat situ paling best sekali. Bawah pokok kelapa, tepi kolam. Rombongan sekolah ke KL, masuk Petrosains dan lain-lain. Tidur rumah Cikgu Zulaida sambil belajar Sains. Bilik Cikgu Anuar jadi tempat wajib singgah bila cikgu-cikgu mesyuarat or ada cikgu tak masuk kelas. Belajar Matematik sambil bermain dengan anak-anak cikgu lepas mereka balik sekolah agama. Cikgu Mazatul Hanim paling best masa darjah 2. Cikgu Siti Rohayu yang mengajar muzik. Cikgu Julia, Cikgu Zaibedah dan Cikgu Roslan masih di situ sampai sekarang. Cikgu veteran yang selalu aku jumpa. Pun kadang berbalas kunjungan di rumah. Cikgu Zaibedah dan Cikgu Roslan, cikgu yang mengajar kami adik-beradik dari zaman kakak abang sulung hingga adik bongsu darjah 5 sekarang. Jasamu dikenang cikgu! *love*

Nak sangat jumpa Nur Farahin binti Abdul Hamid yang memang dah lost contact sampai sekarang. Maklumlah, dulu berbalas surat je walaupun sekelas. Kehkeh. Dia pun berpindah randah ikut ayahnya yang jadi Guru Besar. Surat terakhir dia yang hanya ada sebagai kenangan. Farahin, rindu kamu sangat-sangat! Ain Aisyah pun jarang jumpa sejak habis darjah 6. Latest, dapat tahu dia dah berkahwin tahun ni. Barakallah. Tak dapat hadir sebab dalam minggu exam. Isk.

Kenangan lama menggamit memori.

Firdaus sebagai Tokoh Murid. Yati sebagai Tokoh Ko-Kurikulum.
Dan NaNIS sebagai Tokoh Kurikulum.

Saturday, October 05, 2013

untitled.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

In two weeks. 
And three years after that,
or more.

We don't know what will happened to us.
For now, though, we are doing well.  We are busy.
We are still on our way to wherever life takes us next.

Maybe. 
This is last note for you.
Just maybe.
Smile.

If you are traveling, be safe.
If you are got married, then congratulation in advanced.
If you happy, you should know I'm always happy for you.

On every your born day, happy birthday in advanced.
For any day we don't and cannot spend together, I'm sorry.
Soon, too.
I'm sorry, from a deep heart.

And.
I hope.
You seek Allah for your calmness and life, 
here and hereafter.
Don't forget whatever I told you before.
All the reminders and words, both of us hold.

But.
If one day you couldn't find me.
One sure thing.
Recite Al-Fatihah and du'a, sincerely.
That's how you say to God that you miss me a lot.

Because.
Life is full of untold story.
Only HE knows our path and way,
and final destination.

Pray. Pray. Pray.
And pray.

************************************************************
me,
NaNIS.
1:00am. 5/10/2013
Batu Pahat, Johor.

Friday, October 04, 2013

Buat yang terbaik.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Redha dan ikhlas. Hehe.
Tapi entahlah.
Aku macam malas nak fikir.
 Hope semuanya baik-baik je.
 Fikir, memang la rasa nak nangis.
Tapi kuatkan semangat la walau apapun.

Iye.
Hmm.
Ajal maut ni Allah tentukan.
Itulah harap-harap masa Dia cabut nyawa kita nanti.
Kita dalam keadaan bersedia.
Amin.
:)

Rasa macam amal tak cukup lagi kalau Dia ambil nyawa.
Bukan macam. Tapi memang tak cukup.

Iye. Biasala.
Aku pun takut juga.
InsyaAllah doa la banyak.
:)
Kita boleh kan.

InsyaAllah.. Biiznillah. :D
Tapi kan. Kau rasa kan.
Kalau orang tahu aku sakit ni,
Ada tak yang nak kahwin dengan aku ek?
Hahaha.

Hoh.
InsyaAllah ada.
Ada orang yang sanggup berkorban untuk kita.
Kalau betul-betul dia mahu ada masa depan dengan kita.
Kan.
Hehe.

Yup yup.
Cuma ye lah. Terfikir pasal tu.
Banyak benda yang berlaku dalam hidup aku lately ni.
Sampai kadang aku rasa taknak bebankan orang lain.

Hmmm.
Jangan la rasa susahkan orang lain.
Setiap orang lain dia punya jalan cerita.
Apa yang akan berlaku, sama ada kita akan dapat agak.
Atau hanya perasaan kita.
Atau sebaliknya.
Benda tu akan juga kita lalui.
Tapi buat masa sekarang. Buat la yang terbaik kan.
:D

Yang terbaik. Yup.

Wednesday, October 02, 2013

Allah pasti menguji.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Allah pasti menguji. Kalau bukan kerana diri sendiri dalam diri sendiri, Allah letakkan masalah tu dalam diri insan-insan terdekat. Masa tu, nak tak nak kena kuat je. Sebab, 'masalah' tu masalah yang pernah kita hadapi dulu yang tiada jalan penyelesaian dan kini kembali dalam diri orang lain. 

Pernah berlaku dalam diri kalian?

**************************************

Sunnatullah.

Sungguh, telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah. Kerana itu berjalanlah kamu ke segenap penjuru dan perhatikanlah bagaimana bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang mendustakan Rasul-Rasul. 
[Ali-Imran : 137]


Kalau masalah tu boleh dicampak pergi, dah lama nak suruh belon tu terbangkan kita bersama dan tinggalkan masalah yang ada di bumi. Kan? Tapi kadang. Allah turunkan masalah itu untuk kita renung dan mengenali diri kita supaya lebih dekat dengan Ilahi. Saat masalah itu kembali, ketahuilah. Allah punya cara dan solusi untuknya. Jika dahulu, diri seakan buntu mencari jalan keluar. Dan sekarang, Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Saat menolong kawan kita yang ada masalah, saat itu lah masalah kita yang dahulu terungkai juga. Nescaya, waktu itu bibir kita menguntum senyuman dan hati tenang akhirnya. 

Allah mendidik kita melalui masalah orang lain.

Kan ada ayat ni selalu diungkap.

Kita tolong orang lain, Allah akan tolong kita.

Senyum.

Moga Allah redha.

^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...