Together we are...

Tuesday, October 29, 2013

#2 Ayat Chenta.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Tingkat syukur lebih tinggi berbanding sabar.
Syukur untuk semua yang telah diperoleh selama ini. 
Sabar untuk sedikit yang diambil semula olehNya.

Kadang kita manusia ni, bila diuji sedikit terus gelabah. 
Lupa dah taraf kita sebagai hamba layak diuji?

Memang kita sebagai manusia ni, bohonglah tak rasa sedih. 
Sedih itu fitrah. Dan fitrah itu perlu diurus.

Renung semula sejauh mana iman kita. 
Redha dengan takdir Allah, atau rebah cium bumi.
Rebah bukan sujud syukur, 
tapi rebah yang terus taknak bangun-bangun. 
Umpama mayat hidup.

Bukan ke, dengan kesakitan itu dapat menambahkan iman kita pada Allah? Sekurangnya, masa sakit tu fikir nak mati, tambah amal, upgrade iman. Kan? Untung tau kalau sakit ni sebab bukan semua Allah pilih. Orang kata, orang sakit ni free je topup pahala dan Allah akan angkat darjatnya. Tapi as long as dia tu sedar hakikat bahawa semua itu kuasa dan ketetapan Allah. Kalau sakit tapi asyik marah-marah, mengeluh dan merintih dengan nasib diri, tak ke mana juga. Elok sakit memang ada tu, tambah lagi hati yang berpenyakit. Kan parah namanya tu.

************************************************
Ya Allah.
Perkenankanlah doa kami supaya mati dalam husnul khatimah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...