Together we are...

Wednesday, October 30, 2013

Ku Serah Cinta

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Ku serah segala ketentuan, biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu dan aku telah jemu
Aku tidak mahu berpaling pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri, hadirnya mengundang penat
Akan ku serah cinta ini, bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan dan kepuraan
Aku semakin tidak peduli apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku mahu bebas dari masalah
Ku serahkan cinta ini hanya padaMu, oh Tuhan
Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini

Munsyid : In-Team
Lirik : Pahrol Md. Juoi (Genta Rasa Publishing)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...