Together we are...

Sunday, October 06, 2013

SEKOLAH RENDAH.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Entah kenapa. Rasa rindu menggunung pada zaman sekolah rendah. Kalau Eja baca entri ni, mesti dia kata ada makna semua ni. Haha. Ok abaikan. -.-

Dah lebih 10 tahun.

Fatamorgana (Hijjaz) dan Doa Taubat-Iktiraf (Raihan). Dua lagu yang menyebabkan tertubuhnya kumpulan nasyid yang mewakili sekolah di bawah ketua, Yati Kamil. Lepas tu jadi wakil sekolah 3 tahun berturut-turut rasanya hingga terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri. Kumpulan nasyid sekolah di bawah sifu Ustazah Noraini. Just miss all of them.

Rindu budak-budak Persatuan Doktor Muda juga. Only three years, nama ada title Dr. kat depan. Kadang kat sekolah sarung baju doktor tu setiap hari Rabu sebab taknak pakai baju Pandu Puteri. Baju pengawas + baju doktor + name tag. Memang awesome! Pergi hospital, lawatan sambil belajar. Tapi masa tu rumah mayat staf tu tak bawa masuk. Teringat ayat Cikgu Zulaida mengatakan aku ada gaya doktor. Gaya je lah. Hakikatnya, takdir ini indah! =)

Kat Taman Sains sekolah. Rasanya kat situ paling best sekali. Bawah pokok kelapa, tepi kolam. Rombongan sekolah ke KL, masuk Petrosains dan lain-lain. Tidur rumah Cikgu Zulaida sambil belajar Sains. Bilik Cikgu Anuar jadi tempat wajib singgah bila cikgu-cikgu mesyuarat or ada cikgu tak masuk kelas. Belajar Matematik sambil bermain dengan anak-anak cikgu lepas mereka balik sekolah agama. Cikgu Mazatul Hanim paling best masa darjah 2. Cikgu Siti Rohayu yang mengajar muzik. Cikgu Julia, Cikgu Zaibedah dan Cikgu Roslan masih di situ sampai sekarang. Cikgu veteran yang selalu aku jumpa. Pun kadang berbalas kunjungan di rumah. Cikgu Zaibedah dan Cikgu Roslan, cikgu yang mengajar kami adik-beradik dari zaman kakak abang sulung hingga adik bongsu darjah 5 sekarang. Jasamu dikenang cikgu! *love*

Nak sangat jumpa Nur Farahin binti Abdul Hamid yang memang dah lost contact sampai sekarang. Maklumlah, dulu berbalas surat je walaupun sekelas. Kehkeh. Dia pun berpindah randah ikut ayahnya yang jadi Guru Besar. Surat terakhir dia yang hanya ada sebagai kenangan. Farahin, rindu kamu sangat-sangat! Ain Aisyah pun jarang jumpa sejak habis darjah 6. Latest, dapat tahu dia dah berkahwin tahun ni. Barakallah. Tak dapat hadir sebab dalam minggu exam. Isk.

Kenangan lama menggamit memori.

Firdaus sebagai Tokoh Murid. Yati sebagai Tokoh Ko-Kurikulum.
Dan NaNIS sebagai Tokoh Kurikulum.

2 comments:

chentaqu haffiza said...

nani... rindu ... <3

NaNIS [cahaya qaseh] said...

Banyak lagi nak tulis, tapi takleh. Sebak. Rasa macam sama banyak air mata keluar dengan apa yang nak ditulis. Haha.

Rindu. Memang rindu. Next year, you guys ramai dah berdua++ lebih baik. =P

SKBP. Ilmu Sinar Hidup. <3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...