Together we are...

Thursday, December 19, 2013

Letih, bukan malas.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Sepatutnya hari ni,
hari yang bermakna buat aku.

Tapi.
HAHAHA.

Buka facebook, first yang nampak status PA.
Lepas tu tergelak lagi.
Terus close je facebook dan campak BlackBerry ke tepi.

Gelak tapi menangis.
Menangis dan ketawa.

Pergi kedai makan kat bangunan sebelah je..
Nak order tomyam tapi tak boleh makan pedas.
Nasi putih dan sup je lah jadi pilihan.
Tengah ralit fikir apa entah, tetiba...
Dush!
Lutut berlaga dengan meja makan.
Cover ayu walhal dua orang lelaki kat belakang dah potpetpotpet.
Malu kot! Sakit for sure..
Dapat makanan, nak pergi bayar..
Nasi putih + sup campur + teh ais = RM6.50
Tapi kenapa adik tu pulangkan duit aku RM13?
Malas nak bertekak. Adik tu dah lesap laju-laju ke dapur.
Takpe dik. Akak bagi upah for-nothing.

Sampai bilik..makanlah..
Sup yang terlebih ajinomoto!
Tapi takpe lah..telan je sebab makanan tu untuk diri.
Tak elok nak marah depan rezeki sebab tak elok untuk hati.

Kalau nak ikutkan perasaan amarah tu.
Banyak benda nak luahkan.
Ramai orang bakal kena marah.
Tapi Allah suruh sabar dan sabar.
Dan ya.
Selagi aku boleh sabar, memang aku akan sabar.

Kesabaran tu takkan hilang. Senyum.

bukan tangan saya

So.
Untuk sesiapa yang hantar sms, gtalk, dll..
tanya macam mana, bagaimana dan kenapa..
Satu je aku boleh jawab.

MAAF. Aku tak boleh nak jawab soalan kalian.
Letih, letih, letih, letih dan letih.
Bukan malas, tapi letih. Faham tak? Letih!

Fahamilah. Tak semua perkara perlu dijelaskan.

Nak teruskan dengan andaian dan persepsi kalian,
ketahuilah kelak anda akan dipertanggungjawabkan atas kata-kata anda.

Saya, memaafkan kamu semua...

lepas kahwin, aku jawab persoalan kalian. tapi tak janji. kbye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...