Together we are...

Friday, December 27, 2013

Mencipta ikatan.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Jika RINDUKAN SESEORANG, 
PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH : 
Ya Allah! Aku rindukannya keranaMu Ya Allah, jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia. Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi. Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya.. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai. 



mode : star-berri (baca strawberri)

Rasa macam dah pernah post ayat ni. -.-
Tapi entah kenapa rasa nak post lagi.
Pun malas nak geledah entri-entri sebelum..

Berbalik kepada ayat di atas.
Macam ada motif je kan.. Erk!
Tadi tengok jam laptop jam 12.02am.
Saat ayat ni ditulis dah jam 3.43am.
Allah, Allah, Allah.
Pantas sungguh masa berlalu.
Sikit lagi sedar-sedar dah Subuh.
Kawan kat sebelah juga masih berjaga.
Tinggal berdua.
Sambil-sambil tu, berbual pasal study kahwin. Kakaka.
Kahwin. Tentang kawan-kawan di segenap penjuru,
tentang gambar-gambar kahwin di facebook.
Aku? Kawan?
Save the date yang-entah-bila.
Bila aku kahwin, soalan pertama dia akan tanya.
"Kat mana jumpa suami?"
Mengekek ketawa masing-masing.

Lepas tu aku pun terfikir soalan tu.
KAT MANA JUMPA SUAMI?
hati cakap, "dalam doa." =)

Yang nyata, dari tadi macam-macam topik dibualkan.
Dari kahwin masuk part sambung belajar, ke oversea,
double degree, future planning, family planning,
poligami, mentua, duit, rumah, aset, kereta, masakan, etc.
Part kahwin, kawan yang mula tanya aku,
apa pendapat kalau isteri tengah pregnant,
tapi suami berdoa untuk dapat jodoh lain?
a BIG question there.
Kemudian dia tanya lagi.
Nak cari orang mana? Jauh ke dekat?
Errr. Tertawa. Speechless.
Dan yang nyata juga, memang asyik ketawa je walau dah pagi.
I can say it as create the chemistry.
Mencipta ikatan persahabatan.
Ukhuwah dalam persaudaraan.
Sebab selalunya aku dan dia larut dalam kerja masing-masing.
Dah lama mulut aku terkunci tanpa bicara.
Tapi pagi ini cipta sejarah boleh berbual panjang sambil buat kerja.

Nak gembira bukan susah.
Bila yakin Allah itu ada, ada lah kebahagiaan tu.

2014 bakal tiba.
Realiti yang tak boleh nak dipisahkan,
mahupun melarikan diri adalah..
KAHWIN.

Paling lewat kahwin bila umur..
Jawapannya ada pada bakal suami.
Yang penting, Allah knows.
Tata~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...