Together we are...

Sunday, December 15, 2013

Mengumpat.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Ada non-muslim inbox. Tanya saya pandangan dan cara nak hentikan kawannya yang beragama Islam, tetapi suka MENGUMPAT. Tidak kiralah di realiti atau di laman sosial.

Saya cadangkan hantar saja mesej ke fb kawannya,

"Manusia dan mengumpat berpisah tiada.
Tetapi Islam dan mengumpat tidak pernah bersatu."

Haih.

Orang Islam ni kalau sesama Islam yang nasihat bukannya nak dengar. Cepat terasa adalah. Bermasam muka la apa la.

Tapi, bila non-muslim tegur, terus sentap. Terus termalu sendiri sebab orang bukan Islam yang bersuara tegur kesilapan. Misalnya, bila orang bukan Islam yang kenakan hijab, baru nampak hijab tu indah.

Jadi, saya syorkan kepada non-Muslim yang baca status ni, awak semua tolonglah sentapkan kawan-kawan Islam yang TERLAMPAU SELESA dengan status ISLAM di IC mereka.

Biar padan muka sikit. Biar sadar diri sikit. Biar kami org Islam ni reti 'kalau kepala kena buah durian, berlobang2 jugak kepala tu.'

Terima kasih.

sumber : Muhammad Rusydi

p/s: bukan malas nak menulis dan copy jer. tapi sebenarnya banyak benda boleh kutip dari status ni. sama-sama kita mencari hikmahnya. terutamanya ayat yang dihitamkan tu. damai. =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...