Together we are...

Sunday, December 21, 2014

menari di lantai dansa

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Aku hanyalah seorang perempuan yang ingin menari dengan memakai high heel 3 inci. Ini serius.

Sekali baca, memang kau akan kata.. ''Ek ena minah ni. Tudung labuh, pakai stokin..blablabla.."

Tapi aku harap kau baca banyak kali dan cari maksud dalam ayat tu. Kekeke.

Letih untuk letih.

Umur mungkin masih muda (mungkinlaaa), tapi boleh dikatakan aku dah lalui banyak jenis liku kehidupan. Sejak aku berumur 10 tahun, aku dah lihat kehidupan ni macam mana. Maksud aku, dunia. Ya, dunia. Dunia yang..entah. Describe lah sendiri. Nah tempat kosong.
__________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________

Chill. Tarik nafas.

Yang lurus (maafkan aku)..memang akan mudah membalas secara negatif, menilai dengan membuta-tuli dan menghakimi seperti dia je yang sempurna, yang betul, yang yakin benar dia yang..  Tapi apa kata, kau belajar untuk menjadi seorang yang memahami maksud tersirat. Atau sarkastik. Atau gag. Atau troll. Atau parody. Atau.. Apa lagi eh?

Memahami. Bukan menghakimi.

Bak kata seorang teman, jujur dengan manusia sama sakit hati rasanya bila tak jujur. Wahaha. Aku akui hakikat itu. Kau kata kau nak jadi seorang ustazah, ramai je yang kutuk kau. Kau berperangai macam budak nakal pun, kuikui. Lagilah teruk hentamannya. Dan.. Kau buat je lah apapun selagi mana Tuhan tak marah. Hati kau, Allah lebih mengetahui. Tak ke?

Tapi kena gak faham. Sesuatu tu jadi fitnah bila kita sendiri yang buka pintu-pintu fitnah. Jadi, elakkanlah buat sesuatu yang boleh menimbulkan prasangka buruk. Tak termasuk entri ini. Nak husnuzon, sukar eh?

"Memang hidup ni nak kena fikir apa orang lain kata atau kita buat apa yang kita suka selagi mana Allah tak larang?"

Manusia ni kompleks. Hati sendiri kita tak berapa nak faham. Apatah lagi hati orang lain. Tak ke?

Hati yang sekeping itu tak terjaga. Tapi sibuk nak jaga hati orang lain. Tak ke?

Allah bagi hati satu je. Tu pun tak pernah rasa puas dengan apa yang Allah bagi. Tak ke?

Hati. Kau yakin hati kau ada Allah je?
Hati. Sifat hati tu berbolak-balik. Ke dah lupa hakikat tu?

Pakai sandal flat. Jalan atas bumi landai. Mana cabaran dalam hidup?

Aku sentiasa pelik macam mana gadis-gadis dalam movie boleh menari pakai high heel. Haha. Aku terpengaruh dengan movie rupanya. Ceh.


"Sesiapa yang berkata hari cerah itu sinonim dengan kebahagiaan, dia belum pernah menari dalam hujan."

Ayat ni lebih memberi kesan dalam hidup aku. Aku jumpa ayat keramat ni dalam buku Chicken Soup For Soul. Aku yang sememangnya suka hujan dan memang suka mandi hujan dulu-dulu, jadi ayat tu bermakna buat aku.

Menari. Bukan aku mahu menari seperti penari-penari yang ada.

Tapi aku mahu 'menari' di 'lantai dansa'..

Menari yang membawa erti menjalani kehidupan. Lantai dansa yang bermaksud dunia yang penuh mehnah dan tribulasi.

Hidup ni kena ada cabaran. Kena paksa minda untuk berfikir jauh ke depan. Berfikir bahawa yang negatif, jadikan positif dalam hidup. Pandang setiap perkara dengan hikmah dan cabar diri untuk melakukan yang terbaik.

Yang penting. Wajib tahu dosa pahala itu apa.
Syurga dan neraka untuk orang bagaimana.
Moga Allah redha.
Wallahua'lam.

p/s : statement awal-awal tu betul gak. rasa satu pencapaian peribadi bila dapat menari pakai high heel 3 inci. sebab jalan pakai wedges pun kaki asyik terpeleot..haha! senyum tak perlu kata apa-apa. perempuan kan? menari dalam bilik sudah. boleh jadi exercise untuk kuruskan badan. eheh.

Sunday, December 14, 2014

. . .

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Tuesday, December 09, 2014

persona non grata

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

First day, banyak topik gak dibualkan. Akhirnya dia cakap..

Dengan solat pun boleh masuk syurga. Tapi lambat sikitlah.

Aku tersengih, dia ketawa. Memang solat akan membawa kita ke syurga. Ye lah. First thing yang dihisab oleh Allah adalah solat. Tapi, hidup sebagai hamba Allah masih ada tanggungjawab lain, kan? Itulah maksudnya. Solat tu memang baik dah, tapi bila buat ibadah-ibadah lain itu lagi terbaik.

Another story.
Selepas empat hari, dia memerli aku.

"Tetibe jadi pengecut ke?"

Terpempan. Sampai sekarang soalan tu menghantui diri aku. Hahaha- Dia memang tak kenal aku. Dan saat ni aku rasa aku pun tak kenal diri aku. Heh.

Sometimes, someone says something so small and it just fits right into this empty place in your heart.


"Seseorang hadir dalam hidup kita ada dua sebab. Sama ada untuk memberikan kita pengajaran atau untuk bersama hingga ke syurga."

Keserasian kita, adakah sejati di mataNYA?

Tuesday, November 25, 2014

Cinta dan ibadah..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Senandung cinta dalam hati memahami ketakutanku
Semakin kini aku merasakan waktuku semakin dekat
Kidung malam menyaksikan janjiku padamu demi dia
Petir mencekam menarik jiwa kita berdua merana
Tiada yang bisa ku beri demi cinta hanya pengorbanan
Walau tersiksa namun demi cinta bahagia aku rela
Tak pernah ku bayangkan takdirku mengantarkan pada janji
Menerima dan mungkin saat nanti aku harus relakan
Andai takdir bisa berubah
Ke manakah kita pergi?
Kau pikir mudah menjadi aku
Kau kira tak sulit jadi aku
Mencintai dia lelaki yang sama pedihnya
Sesungguhnya jiwa berderai tangis
Membelah langit hitam sampai laut marah
Antara ikhlas muhasabah cinta yang menjawab
Cinta dan ibadah

Tuesday, November 18, 2014

Kahwin?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

“Bila nak kahwin?”

“Bila lagi?”


Jika mahu memenuhi segala pertanyaan dan persoalan mereka, tentu ramai sudah bergelar tunangan orang sekarang dan sikit masa lagi menjadi seorang isteri. Namun, pernikahan bukanlah satu permainan. Siapa cepat, dia menang. Siapa lambat, dia kalah. Perkahwinan bukanlah untuk memuaskan nafsu dunia tetapi menjadi jambatan ke Jannah Firdausi. 

Untuk apa sebuah keluarga jika tidak ada keharmonian sesama kita?
Untuk apa sebuah rumah jika tidak ada ketenangan di dalamnya?
Rumahku syurgaku?
Home sweet home?

Aku percaya. Asas kepada sebuah keluarga adalah agama.
Jika tiang agama tidak dibina, masakan sebuah rumahtangga boleh kekal lama.

Adakah Al-Quran itu hanya untuk mereka yang bujang?
Apakah kita ini cukup dengan solat 5 waktu sedangkan para nabi dan sahabat sering menunaikan solat sunat siang dan malam?
Siapa kita dan siapa mereka?
Tepuk dada, tanya iman masing-masing.
Jangan kejar dunia hingga akhirat diketepikan.
Jangan kerana dunia, kita kehilangan insan-insan di sisi kita.


Kahwin?
Pilihan itu ada. Tinggal masa perlu berbicara.
Selagi ada rasa percaya untuk Dia.
Allah tidak akan pernah meninggalkan hambaNya sendirian.

Sabar bukan semudah ungkapan.
Tetapi kesabaran lah menjadi asbab ke syurga milik Tuhan.

Chenta kita akan bersatu dalam redha semua dengan izin dan keberkatanNya. =)

Monday, November 10, 2014

Cerita tentang tulip.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Tulip.

One of my passions that never be replaced by other thing.

Maybe.


"Suka bunga apa?"

"Tulip."

"Ouhh no wonder."

Eh? Kemudian dia menyambung.

"Tulip simbolik kepada kemasyuran dan kasih sayang yang sempurna. Juga bermaksud elegan, setia dan cinta sejati."

Aku tersenyum dengan makna tulip yang diberinya.

"Dan setiap warna tulip memberi erti yang berbeza."

Aku mencelah. Dia mengangguk.

"So suka warna apa?"

"Tulip putih."


Sukakan apapun, biarlah ia membawa kita pulang kepada Allah.
Cinta apapun, biarlah cinta itu membawa kita dekat denganNya.

Tulip mengajar aku erti berdikari dan lebih mengenali diri sendiri. Tulip nampak cantik bila banyak di ladang. Namun tulip juga tetap nampak elegan bila hanya satu. Pernah tak kau nampak dalam cerita orang-orang kaya, ros/mawar kat dalam frame gambar di dinding? Aku tak pernah. Kekeke.

Mungkin tulip itu sendiri melambangkan diri aku.

Yang tetap berjalan ke depan, berjuang demi kehidupan walau bersendirian. Namun dah tentu bila dalam geng, aku kadang hilang kenormalan. Wahaha.

Bukankah aku pernah tulis sebelum ini?

Sumpah, jalan ini terlalu panjang untuk dilalui sendirian.

Kalau yang mencantikkan ladang tulip itu adalah pelbagai jenis tulip yang indah memekar, yang mencantikkan dunia ini adalah wanita-wanita solehah.

Moga kita menjadi salah sekuntum tulip (baca : wanita solehah) itu.


"Kau fikir senang nak dapat tulip kat Malaysia ni?"

"Yang susah tu lah paling sukar untuk dilupakan, dan kita akan hargai sangat-sangat bila kita dapat."

"Pernah orang bagi kau tulip? For sure, yang bukan real punya lah kan."

"Ada. Kawan baik bagi masa form 3. Hadiah birthday or hadiah hujung tahun masa dah nak habis sekolah, aku tak berapa nak ingat. Haha. Aku simpan hingga sekarang."

"Someone special?"

"Hahaha. Dia bagi gambar tulip kat salji. Motif sangat."

*****

Kadang bila aku wat dunno je bila nampak tulip, kawan-kawan kat sebelah yang beria tarik tangan aku cakap macam-macam.. Tahu tak yang bahagia itu bila kita berkongsi dengan kawan-kawan tanpa menyebabkan atau mengabaikan orang lain yang bersedih?

Kita rasa bahagia yang sempurna jika orang lain pun tersenyum bersama kita, bukan kita sahaja yang mengukir senyuman.


By the way.
Aku ok je kalau dapat ros/mawar atau bunga lain. 
Bukan perempuan la kan kalau tak suka bunga. 
=)

Saturday, November 08, 2014

Untitled.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

"Pernah tak dalam hidup kau sekarang, kau rindu masa lalu kau?"





















"Entah."



















"....."


mungkin saat yang aku rindukan adalah pada hari aku melihat matahari terbit dan terbenam, dan kau masih di sisi menemani suka duka jatuh bangun dalam hidup aku. sumpah, jalan ini terlalu panjang untuk dilalui sendirian.


Ohhh. Aku terasa nak throwback semua kenangan kita.
Mungkin itu boleh menterjemahkan rasa rindu aku.
Action speak louder, huh?

Cukuplah Allah tahu rasa rindu antara kita.
Tak gitu? Senyum.

Tuesday, October 28, 2014

Salam Maal Hijrah 1436H.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Assalamualaikum semua.
Hi everyone!

So, how's day? Hope much better than yesterday.
Ye lah. Nabi pun kata, hari ni kena lebih baik daripada semalam.

MAAL HIJRAH.

Teringat ayat Ustaz masa pergi ceramah kat uni dulu. Tiada hijrah yang lebih baik selepas pembukaan Kota Mekah selain daripada hijrahkan diri sendiri.

Dah sampai mana penghijrahan kita?
Tepuk dada, tanya iman masing-masing.
Sekadar refleksi diri.
Kalau malu untuk berstokin masa pakai sandal, so berkasut aje setiap masa. At lis boleh cover kaki daripada menjadi tatapan ramai.
Kalau dah bertudung, cuba labuhkan hingga menutup dada.
Kalau dah labuh menutup dada, cuba perwatakan sesuai dengan pakaian di tubuh. (ohh i'm talking to myself)
Kalau...ya, banyak lagi benda-benda kecil yang boleh kalian lakukan.
No matter what, pentingnya berubah dari dalam ke luar.
Maksudnya?
Begini. Jika hati dah kuat, hati dah cekal, hati dah yakin dengan janji-janjiNya dalam kalamNya, takda apapun yang boleh menggugat pendirian kalian untuk berubah. It is the best thing ever. Segala kata sinis dan cemuhan daripada orang sekeliling takkan menggugat iman kalian. Believe me.
Unfortunately, jika kalian berubah dari luar ke dalam. Aku rasa kalian akan menghadapi banyak kesulitan. Diperli, kalian terus goyah. Diejek, kalian terus rebah. Sebabnya hati kalian tidak kuat. Trust me.

Apapun. Selagi kalian ada niat untuk berubah, alhamdulillah. Yang melihat usaha kita adalah Allah. Yang menilai usaha kita adalah Allah. Yang memberikan balasan terhadap segala usaha kita adalah Allah. Bukan manusia. Bukan.

Semoga kita tetap istiqamah dalam jalan juang yang penuh mehnah ini!
Semoga kita sentiasa menjadi yang lebih baik daripada semalam!


Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak!) Kerana Allah jualah yang menguasi segala urusan akhirat dan urusan dunia. [53 : 24-25]

Dalam kitab-kitab itu ditegaskan bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sendiri); Dan bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang melainkan balasan apa yang diusahakannya. Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan kepadanya pada hari kiamat kelak. Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna. Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan segala perkara. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan seseorang itu bergembira tertawa dan menyebabkan seseorang itu berdukacita menangis. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan-pasangan lelaki dan perempuan. Dari setitis air mati ketika dipancarkan ke dalam rahim. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menghidupan semula makhuk-makhluk yang mati. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan sesiapa yang dikehendakiNya apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan apa yang boleh disimpan. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan Pencipta Bintang Syikra. [53 : 38-49]

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran daripadanya? [54 : 22, 32, 40]

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan. Dan hal Kami dalam melaksanakan apa yang Kami hendaki, hanyalah satu cara sahaja, cepat jadinya seperti sekelip mata. Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan orang-orang yang sama keadaannya seperti kamu; maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran? Dan tiap-tiap perkara yang mereka lakukan, adalah tertulis di dalam Kitab suratan amal. Dan tiap-tiap perkara yang kecil dan yang besar tetap tercatit. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa ditempatkan dalam taman-taman Syurga yang indah dan dekat beberapa sungai. Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya. [54 : 49-55]


Allah dah sediakan jalan. Hanya kita yang perlu memilih. Macam mana kita nak pilih? Pilihlah sesuatu itu kerana Allah. Bila terpaksa pilih antara dua pilihan, pilihlah yang mendekatkan kita dengan Ilahi.

Kalau kita boleh berubah hari ini, kenapa perlu tunggu esok? Masa tak pernah menunggu tuannya. Izrail pula sedia menunggu perintah TUANnya.

Kalau bukan sekarang, bila?

Moga tahun baru membuka cerita baru.
Moga tahun baru memberi azam yang lebih baik.
Moga tahun baru menghadiahkan hari-hari yang indah.
Moga tahun baru dalam jagaan Ilahi selalu.
Salam Maal Hijrah 1436H.

Monday, October 20, 2014

Tragedi Oktober : Bahagian 2

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

(Cerita semalam)

Kedah vs Pahang.
Mata tengok tv. Tapi fikiran melayang ke tempat lain. Hidup. Perlu ke terlalu serius untuk dunia? Lari masuk bilik. Mencari damai di hati.

*****

Not hijau depan mata. Nak pergi ke tak pergi beli barang dapur. Lepas makan malam, alih-alih ambil keputusan untuk berehat je. Lepas kerja esok baru cari barang dapur. Santai di ruang tamu tapi rimas dengan jeritan. Masuk bilik. Light off. Pasang lampu tidur. Lepas tu teringat terjemahan surah Hud yang dibaca di kedai. Capai handphone, switch on Torch. Dalam gelap berbekalkan lampu handphone, belek Quran kesayangan..

Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan balasan penuh atas pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia tidak akan dirugikan. (Hud : 15)

Itulah orang-orang yang tidak memperoleh sesuatu di akhirat kecuali neraka dan sia-sialah di sana apa yang telah mereka usahakan di dunia dan terhapuslah apa yang telah mereka kerjakan. (Hud : 16)

Aku bawa maksud ayat itu menemani malam aku.

Tuhan, tidak Kau campakkan rasa itu ke dalam hati aku melainkan ada sesuatu yang Kau mahu aku pelajari.

##########

(Cerita hari ini)

"Beb, tragedi maksudnya sesuatu yang dahsyat. Kalau kau nak kahwin, itu hadiah. Or bonus Oktober. Kejutan. What else? Tragedi macam something big happened to you. What happened? Kau ok tak? Aku tak rasa entri kau pasal kau atau kahwin, tapi lebih daripada tu. Kenapa?"

Tudia. Sebab tu aku dah malas nak menulis. Eh.
Moga penerangan ini menjawab persoalan dan salah faham. Biasalah kita ini. A dikatakan B. C dikatakan D. Macam mana nak dapat A adalah A?
Moga-moga ada pengajaran buat semua. Tak banyak, harapannya sedikit buat korang yang bergelar wanita. Tak penting untuk korang nak ambil tahu siapa, tapi just fokus pada intipatinya. Kita jaga aib orang, dan Allah akan jaga aib kita. InsyaAllah.

Bismillah.

Dalam entri tu, ayat aku mix. Serius. Bukan fokus pada satu benda. Aku fikir nak delete je entri tu. Senang. Takda nak serabutkan kepala. Sekarang ni aku ada perangai baru. Letih nak mendengar orang membebel. HAHA! Kat office, ada seorang staf ni selalu datang lepak depan meja. Macam-macamlah dia cakap. Potpet itu ini. Ok lagi sebab semua tu tentang kehidupan. Sampai satu pagi dia membebel tah mende-mende. Aku rimas. Seawal pagi, aku dah dengar perkara yang patutnya dia kena bersyukur. Aku sound dia time tu gak. Dia ketawa bila aku dah potong cakap dia dan dia takdan nak habiskan ayatnya. The next day, dia nampak aku dan macam nak membebel lagi lah tapi dia ketawa sendiri. Understood. Thanks sebab tak membebankan otak aku dengan omelan yang tak beri manfaat untuk aku. Lepas tu aku kena sound semula. Wahaha. Jangan nak serius sangat muka tu. Cuba happykan diri. Keh. Setepek kena kat muka. What goes around will comes around.

Countinue. Aku tak kata salah bagi seorang perempuan bekerja. Even aku sekarang ini memang bekerja. Weekdays di office, weekend di kedai. Busy. Just read carefully my word. Aku bukan isteri orang. Aku tiada suami, aku tiada anak-anak. Aku tiada tanggungjawab pada lelaki yang bernama suami. Tiada.

Pengalaman mematangkan.

Aku akui, sekarang ini memang semuanya memerlukan duit. Tapi perlu ke sampai abaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu? Even masa single mingle ni pun, sering diingatkan agar jangan lupa pada keluarga. Bonda pernah bercerita tentang peringatan daripada ayahanda. Kalau isteri tengah mengaji, tapi suami balik rumah..wajib bagi isteri mendapatkan suami dan tanya nak minum atau makan. Itu penghormatan dan tanggungjawab. Aku memang selalu tengok cara bonda melayan ayahanda. Sampai kami adik-beradik dah jadikan itu kebiasaan even bonda tiada di rumah masa ayahanda balik. Kepimpinan melalui teladan. Bukankah begitu?

Pernah dulu viral tentang tugas suami di facebook. Hujah itu digunakan untuk berdebat dengan aku hingga memerli 'isteri solehah'nya aku kelak. Aku senyum dalam kesabaran. Aku anggap itu satu cabaran untuk aku kelak. InsyaAllah. Bukankah Fatimah sendiri melayani Nabi Muhammad SAW di saat baginda ketiadaan isteri? Tidak cukup itu dijadikan iktibar buat kita? Renungilah kisah Puteri Rasulullah itu.

Aku rasa cukup sampai ini. Tragedi Oktober adalah kerana tragedi yang tak mampu aku ceritakan lebih lanjut. Terlibat dengan situasi yang bukan perihal aku. Tersepit di tengah-tengah. Diluah mati bapa, ditelan mati emak. Bukan aku yang seharusnya menanggung masalah ini. Yang mampu aku buat, bersabar dan bertahan hingga satu tahap..aku menangis di masjid. Sebab no one there di tempat muslimat. Air mata yang ditahan lama, beban yang dah lama aku tanggung..akhirnya ku lepaskan jua. Hati dipujuk dengan alunan indah surah At-Takwir yang dibaca oleh bilal sebelum azan Zohor.

Hidup. Belum kahwin pun, Allah dah ajar bagaimana alam rumahtangga itu. Sebab keadaan itu, aku pinta..jadilah seorang wanita dan tunaikan hak & tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku taknak ulang semula, korang mix match lah entri ini dan sebelum.

Tentang sambung belajar atau bekerja? Aku sepakat dengan bff-bff tersayang untuk jadi fulltime housewife. Ha-ha-ha! Kalau dah kahwin, bukan ke keluarga adalah fokus utama yang memberikan kebahagiaan? Perancangan untuk masa depan bersama, it need two to tango. InsyaAllah, keharuman setanggi syurga bukan kilauan sebilah belati. Hala tuju selepas berkahwin, aku serahkan kepada beliau. Hitam katanya, hitamlah. Putih katanya, putihlah. Kuasa veto kan pada seorang suami. Kalau nak degil ikut ego sendiri, jangan berkahwin. Lalala-

Kita kenal diri kita bagaimana. Aku ada je kawan yang sambung master tapi mereka masih lagi bujang. Aku ada je kawan yang bekerja dan masih bujang tapi kena kerja sampai lewat malam. Takpe lah sebab mereka bujang. Itupun seringkali aku baca dan dengar luahan mereka. Dah malam, jauh dari waktu balik office tapi masih di site atau office. Aku ada je kawan yang bekerja dan sudah berkahwin, dan aku tahu juga apa yang mereka luahkan. Dan aku sendiri tahu erti letih dan penat. Ya, aku juga akui. Aku tiada hak menentukan kehidupan orang lain. Sebab itu aku kata, "bagi aku".. Aku kenal diri aku dan aku ada aim untuk masa depan aku. Istikharah itu perlu untuk perkara yang kita tidak tahu kerana Allah yang pegang takdir perjalanan hidup kita. Hajat itu adalah untuk perkara yang kita mahu daripadaNya. Dan takdir itu adalah ketetapan Allah setelah kita berusaha. Selagi ada pilihan, pilihlah yang mendekatkan kita dengan Ilahi. Allah takkan pernah tinggalkan hambaNya.

Aku tutup coretan aku dengan ayat Ustaz Ahmad Dusuki bin Abd Rani pada hari beliau bagi ceramah Ogos lepas.

"Berkat itu bila sedikitpun, kita merasa cukup."

Fikir-fikirkanlah.
Until we meet again.
Wallahua'lam.
 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 18, 2014

Tragedi Oktober.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Lucu tapi indah.
Moga permulaannya baik dan kesudahannya juga baik hingga ke Jannah Firdausi.

*****

18 Oktober 2014. Just another story happened. Smile. Life is beautiful. Life goes on. Keep faith. Trust Allah more.

8.30am : Buka kedai. Menyapu, mengemop, mengemas. Sarapan. Tolong bos angkat barang.
10.15am : Take a break seperti yang telah dipersetujui dengan bos. Pergi kuliah agama kat Masjid. Sendirian. Naik motor. Rempit. Eh. Just bawa laju sebab dah lewat. Sampai Masjid, suara Ustaz dah kedengaran. Gamble je masuk sebab dah biasa ke situ tapi bukan pergi dengar kuliah hari Sabtu. Ini first time. Duduk sorang-sorang kat belakang. Nampak ayah kawan, kawan. Dan emak kawan depan aku je. Tersengih. Taknak tegur lagi sebab waktu kuliah yang singkat. Kena manfaatkan setiap detik. Konon fokus. Tetiba dupdapdupdap dalam dada. Haha. Apaapajelah. Ayat Ustaz, "Yakin dengan rezeki yang Allah sudah janjikan untuk hambaNya." Ku semat dalam dada. Yakin. Allah Maha Mengetahui berbanding kita. Pastu aku tak berapa nak faham istilah yang Ustaz guna. Maklumlah. Belajar Arab satu semester. Itupun yang basic je. Selebihnya belajar sendiri.
12pm : Kuliah bersambung minggu depan. Salam cipika cipiki dengan emak kawan aka cikgu sekolah. Aku tahu ada mata yang memandang tapi abaikan. Sangat mengejar masa sebab bos dah call dua kali. Ye lah. Dah kata sampai jam 12 aku keluar. Tak sempat nak beli buku yang digunakan oleh Ustaz. Bergegas balik ke kedai. Rupanya bos nak suruh beli bubur untuk anak dia masa nak balik nanti. Uwaaa. Sape soh tak jawab call kan. Haha. Inilah padahnya bila tak suka jawab panggilan.

Lepas tu?
Haruslah hidup kena diteruskan. Eh.

#####

Letih. Tapi berbaloi. InsyaAllah. Malam ni ada ceramah oleh Mufti Pahang, if not mistaken. Dengan doktor perubatan. Tentang derma organ. Hajatnya nak pergi tapi hujan pula turun mencurah ke bumi dengan selebat-lebatnya. Moga ada hikmahnya aku tak dapat pergi. Kesihatan perlu dijaga untuk tetap meneruskan kehidupan.

Kawan whatsapp cakap pengisian Ustaz waktu kuliah tadi memang tinggi bahasanya. Mesti dia fikir aku tak boleh nak faham. Haha. Memang pun. Lainlah dia yang belajar di Jordan. Aku ini, wuwuwu- Tapi nak seribu daya, taknak satu dalih je. Kan?

Terkesan dengan ayat Ustaz. Perempuan sepatutnya duduk di rumah sahaja. Bukan mengejar pangkat dan nama untuk sama taraf dengan lelaki. Pergi kerja hingga lupa yang diri itu seorang perempuan. Tempat perempuan di rumah. Melainkan kalau suami tiada kerja yang tak boleh nak sara hidup. Tapi rezeki kan Allah yang bagi? Deep. Aku teringat pula ayat bos di office waktu lunch dengannya dan office mate di kedai makan belakang office. Bos suruh sambung master dan pHD. Office mate laju kata aku nak kahwin. Bos balas, kahwin bukan halangan. Degree sekarang dah macam takda apa. Kalau gaji tak padan dengan kelayakan, macam tak berbaloi. Aku senyum dalam tenang. Cewah. Well. Aku dah ada plan untuk masa depan aku sendiri walaupun separuh hati aku kata, ramai akan mempertikaikan keputusan aku. Tapi aku percaya. Bila perkara itu betul, just do it. Selagi mana Allah tak marah, teruskan je. Allah ada. Hidup ini untuk mencari keredhaan dan keberkatan Allah. Tak ke?

Boleh disagree dengan kenyataan aku di bawah. :)

Bagi aku, cukuplah ijazah sarjana muda yang mengajar aku erti jatuh dan bangun sebagai seorang mahasiswi. Sebagai seorang perempuan, tempat aku akan sentiasa di bawah lelaki yang menjadi pemimpin, ketua dan imam. Banyak halangan dan cubaan dalam tempoh ni, membuatkan aku semakin mahu mendekati Jannah Firdausi yang nilainya bukan semudah ungkapan tetapi dibayar dengan jiwa yang dijual kerana Allah. Entah berapa lama lagi masa yang ada untuk melayakkan diri ke Jannah Firdausi. Ayat Ustaz tadi ada benarnya dan menguatkan lagi kata hati aku. Apatah lagi, aku lihat dia-yang-tidak-ku-kenali tersenyum dari jauh seolah memberikan jawapan yang teguh. 'Enjoy' dengan life sekarang sebab bila saat lafaz sakinah bermula, everything will change. Satu je yang tak berubah. Nawaitu Lillahi. Niat kerana Allah.

*****

"Apa impian kau beb?"

"Impian aku adalah impian dia. Dia nak masuk syurga. Dan impian dia adalah impian aku juga."

Tragedi Oktober. Kerna hidup ini bukan yang kita mahu tetapi apa yang Allah beri. Bersyukurlah dari merintih apa yang tiada.

Puncak segala ketenangan adalah pada ibadah yang diterima oleh Allah.
Jika mahu ambil iktibar.
Wallahua'lam.

18Oktober2014. 1120.
24tahun4bulan.
Darul Makmur.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 07, 2014

My wish.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

I hope that the days come easy and the moments pass slow,
And each road leads you where you want to go,
And if you're faced with a choice, and you have to choose,
I hope you choose the one that means the most to you.
And if one door opens to another door closed,
I hope you keep on walkin' till you find the window,
If it's cold outside, show the world the warmth of your smile,
But more than anything, more than anything,
My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to,
Your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more than you can hold,
And while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.
I hope you never look back, but ya never forget,
All the ones who love you, in the place you left,
I hope you always forgive, and you never regret,
And you help somebody every chance you get,
Oh, you find God's grace, in every mistake,
And you always give more than you take.

Friday, October 03, 2014

Salam AidilAdha..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Hidup ini satu perjalanan yang indah dan bermakna.

Patut ke kita korbankan kebahagiaan sendiri untuk melihat orang lain bahagia? Banyak kali aku tanya soalan tu pada diri sendiri. Sehinggalah aku dengar tazkirah daripada ustaz sempena AidilAdha pagi tadi di office. Mengambil ibrah dari kisah nabi Allah- Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Tentang pengorbanan.

Korban.

Tanda ketaatan mereka pada Allah.

Ibrah pertama : Iman dan akidah yang mantap dapat mengikuti perintah Allah.

Iman yang teguh, akidah yang mantap. Manusia tanpa iman dan akidah tidak akan mampu menunaikan perintah Allah. Manusia yang punya iman dan akidah dapat mengerjakan perintah Allah dengan mudah dan tanpa banyak alasan serta persoalan. Manakala, manusia yang lemah iman dan akidah akan sentiasa mempersoalkan setiap perkara dan suruhan Allah.

Ibrah kedua : Nabi Ibrahim sentiasa menegur kemungkaran ayahnya & kaumnya dan menasihati untuk menunaikan perintah Allah.

Nabi Ibrahim menegur melalui perbuatan. Baginda menghancurkan patung-patung berhala. Bila baginda ditanya oleh kaumnya, baginda suruh mereka bertanya pada patung berhala yang besar. Di situlah kebijaksanaan Nabi Ibrahim. Dakwah memang tugas ustaz/ustazah, jika itu pandangan tipikal segelintir manusia. Tetapi tanggungjawab adalah setiap manusia. Setiap daripada kita ini perlu mengajak manusia dengan hikmah dan bijaksana. Caranya adalah melalui Al-Quran. Kita digalakkan untuk membaca Al-Quran dan mengajak orang lain memahami, menghayati dan beramal dengan Al-Quran.

Ibrah ketiga : Nabi Ibrahim dalam dakwahnya menggunakah mujadalah (berdialog)

Nabi Ibrahim sentiasa memberikan hujah dalam berkata tentang kebenaran. Baginda menggunakan akal fikiran bila berdebat dengan kaumnya.

Ibrah keempat : Nabi Ibrahim berbudi pekerti mulia bila berhadapan dengan ayahnya yang berlainan kepercayaan.

Nabi Ibrahim masih tetap menghormati ayahnya dengan menggunakan bahasa yang baik dalam menegur ayahnya supaya tinggalkan sifat syirik.

Ibrah kelima : Nabi Ibrahim seorang yang pemurah dan cintakan tetamu.

Sunat menghormati tetamu kerana tetamu perlu dimuliakan dan mereka pembawa rezeki kita. Kita juga digalakkan untuk bersenda gurau dengan tetamu untuk menjaga hubungan sesama manusia. Memuliakan tetamu merupakan adab dalam islam yang sangat dituntut.

Ibrah keenam : Nabi Ibrahim hauskan ilmu pengetahuan dan cintakan kebenaran.

Baginda suka mendalami ilmu dan cintakan pengetahuan. Baginda tak pernah merasa puas dengan ilmu. Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap mukmin. Hati kita ini kena sentiasa cintakan ilmu. Allah mengangkat darjat orang yang berilmu. Walaubagaimanapun, tiada gunanya jika ilmu banyak tetapi tidak beramal dengannnya. Ilmu yang tidak diamalkan umpama pokok yang tidak berbuah. Ilmu mesti disertakan dengan amal.

Ikut peribadi Rasulullah SAW. Apa dia peribadi Rasulullah?
Peribadi Rasulullah adalah Al-Quran.
Beramal dengan akhlak Rasulullah bermakna kita beramal dengan Al-Quran kerana Al-Quran adalah manhaj kehidupan. Dari sekecil-kecil perkara hingga ke urusan yang besar.


Allah memahami perjalanan hati nurani manusia.
Kerana Dia yang mencipta kita.

Patut ke kita korbankan kebahagiaan sendiri untuk melihat orang lain bahagia?

Ikhlaslah hati dalam merelakan segala kelukaan dan kesakitan.
Bahagia kita, Allah yang beri. Mungkin dengan korbankan kebahagiaan sendiri, Allah gantikan kebahagiaan lain yang lebih membahagiakan.

Di bumi Palestin, telah banyak menjadi saksi korban kerana Allah.
Tinggal kita mahu ambil sebagai pengajaran atau tidak.

Walaupun kita tidak merasai kebahagiaan itu sendiri. 
Tetapi kita akan menjadi sebab orang lain bahagia.
Bukankah itu kebahagiaan yang sejati?

Tidak diciptakan sesuatu itu dengan sia-sia melainkan ada hikmah yang Allah akan tunjukkan juga akhirnya.

“Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan Allah kepadamu. InsyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar.” [As-Saffat, ayat 102]

Nabi Ismail sendiri sanggup mengorbankan nyawanya.
Kita ini pula?
Manakan sama kita dengan Nabi Allah, tetapi tidak mustahil kita pinjam kekuatan dan keberanian mereka untuk menempuh kehidupan di dunia ini.

Hidup kita ini adalah untuk mencari redha Ilahi.
Jika paksinya pada Rabbul Alamin, maka bersabarlah.
Sabar ganjarannnya adalah syurga Allah.

Selamat menghayati erti korban.
Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha.
Selamat mencari redha Ilahi.
Semoga berbahagia bersama insan-insan terchenta.


Wallahua’lam.

Saturday, September 20, 2014

Melakar cinta di pintu syurga..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Berdirinya aku di daerah zulumat
Mengutip titis doa di malam rahmat
Bersama renai kasih yang menguyur
Ingin melakar cinta di syurga
Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu
Hanya cinta semusim wangi sekejap
Harumnya takkan sampai ke penghujung
Indah mekarnya hanya di kuntum
Sedangkan taman-Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurniai rahmat
Datang berbekal amalan
Tanpa sepalit noda
Setelah kian lama mengatur jejak langkah
Makin fasih mentafsir liku hidup
Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas
Bagai menabur benih sang hilalang
Bendang-terbendang hampar padinya
Dimusnahi bena
Aku yang terpedaya
Hijrahkan aku dengan hati putih
Kembali berpaut pada akal budi
Pasrah bersujud dibawah naungan
Langit kesedaran

Moga terlakar cintaku dipintu syurga

Thursday, September 11, 2014

Berubah.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

"Kak, you are changed. I miss the old you."

Sms yang diterima dibaca sepi.

"Mana pergi diri akak yang lama? I miss her."

Nilam tersengih sendiri. Rindu. Dia juga rindu pada mereka semua. Tapi dia melepaskan rindu itu di dalam doanya. Moga mereka yang disayangi berada dalam peliharaan Allah selalu. Bunyi whatsapp daripada keluarga dibaca. Tentang anak-anak saudara. Tentang..entah- Tak berminat untuk memberi respons. Bila ada melibatkan mama dan papa, baru dia membalas.

Laman facebook dibuka. Seseorang yang dikenali yang melahirkan bibit-bibit kerinduan kelihatan online. Jarinya mahu menyapa tetapi hatinya berkata jangan.

"Pappp!"

Bahu Nilam ditepuk dari belakang. Mukanya berubah menahan sakit.

"Nak aku campak kau dalam tasik ni ke?" Marah Nilam. Qistina yang tersengih sudah ketawa besar.

"Chill baby. Kau kenapa yang tegang semacam je ni? Gaduh dengan boyfie ke.."

"Banyak kau punya boyfie. Couple tu haram!" Nilam berkata tegas. Nilam ketawa lagi. Salah suis lak petang ni, bisik hati Qistina.

"Aku baca blog kau. Kau kecewa ke?" ujar Qistina tiba-tiba. Kismis di tangan disua pada Nilam.

"Nope. Kau tengok aku sekarang tengah kecewa ke?"

"Hati orang kita tak tahu Nilam. Kau kan memang pelakon terhebat bab sembunyi air mata ni." Perli Qistina. Nilam ketawa kecil.

"I am happy now and I really meant it."

Qistina tidak membalas. Dia merenung muka Nilam.

"Kenapa?"

"Saja. Hati manusia ni susah nak duga kan."

"Hmmm.."

"Betul kau gembira?"

Nilam merenung jauh ke langit Ilahi. Gembira. Kadang dia merasakan satu perkataan itu punya maksud yang banyak dan setiap orang ada justifikasi sendiri terhadap jawapan masing-masing. Memberi penjelasan apapun pada yang bertanya, tak semua jawapan memuaskan hati mereka. Mungkin juga jawapan itu tidak punya keikhlasan dan kejujuran.

"Kerna masa lalu mengubah diri seseorang. Sedih dan kecewanya tidak lagi disandarkan pada manusia. Tawa dan senyumannya ada sembunyi makna. Allah ada, Qis. Allah ada. Dia lah Pemberi kebahagiaan dan kegembiraan pada kita semua. Selagi mana kita beriman padaNya, kenapa kita perlu bersedih hati?"

"Kau mengakulah yang kau dah berubah sekarang?"

"Change for good, insyaAllah. Today is much better than yesterday. Right?"

Qistina terkedu. Dia rindukan Nilam yang lama tapi...arghhh! Benarlah bahawa kita hanya inginkan seseorang itu mengikut apa yang kita mahu, bukan menjadi dirinya sendiri. Itu pilihan Nilam, dia seharusnya menyokong.

"Nilam, kau sentiasa selangkah ke depan. Apa yang kau buat dan mahukan sulit untuk kami faham sekarang."

Nilam tersengih kelat. Kerana itu..

"Allah tunjukkan pada aku siapa kawan sejati.." Ujar Nilam tiba-tiba. Nada suaranya berubah, memendam rasa di jiwa.

"Asif jiddan Nilam. Bukan niat aku nak membuka cerita lama." Qistina serba-salah. Bukan dia tidak tahu apa yang berlaku dulu. Alhamdulillah usrah chenta yang diketuai oleh Nilam, mengerti keadaan itu.

Nilam menguntum senyuman.

"Kau menyesal bila tegur tentang boyfriend dan pakaian dia?" Tanya Qistina. Soalan yang dah lama dia nak tahu. Geng usrah chenta juga ada yang pernah bertanya tapi Nilam hanya membalas dengan senyuman.

"Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis juga senang dicari tapi kawan untuk ke syurga itu yang sukar. Aku tahu lambat-laun dia juga akan mengerti. Dalam persahabatan mestilah ada juga pasang surutnya kan."

Nilam mengikhlaskan apa yang terjadi. Dia redha.

"Walaupun dia dah fitnah kau?" Qistina sekadar menduga. Nilam mengangguk.

"Sekali aku kata kawan, selamanya kita kawan."

"Hingga ke syurga?"

"Hingga ke syurga. Doa sentiasa menyatukan hati-hati kita. Yang jaga hati manusia adalah Allah, bukan manusia. Siapa aku untuk tidak memaafkan dia. Silap aku juga tidak pandai dalam berbicara."

"Jangan merasakan semuanya adalah silap kau. Come on dear. You need to know, sometimes you have to fight for what you believe and stop blaming yourself." Bahu Nilam dipegang lembut. Qistina yakin kerana hal itu, banyak perkara turut mengubah persepsi dan pendirian gadis itu. Tambahan lagi, dia juga tahu masalah kesihatan yang dialami oleh Nilam dalam waktu yang sama. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Nilam terlalu pendam sendiri semuanya.

Mereka diam seketika. Tenggelam dalam dunia masing-masing. Seperti orang kata, walau dekat kadang dua manusia ni jauh sebenarnya.

"Kau fikir apa?" Nilam memandang muka Qistina.

"Kau?" Tanya Qistina pula. Mereka berdua ketawa. Memang hanyut dalam dunia sendiri.

"Dulu bolehlah huhahuha, zaman budak-budak. Sekarang masing-masing dah nak kahwin, dah kahwin, dah nak ada anak, dah ada anak. Mana nak sama dengan zaman muda kita. Cukuplah kita gila-gila dalam waktu tertentu. Bukan menyombong, sekadar menjaga hati-hati kita." Kata Nilam penuh makna. Dia sendiri tidak mahu memikirkan apa yang telah berlaku. Dia tidak boleh mengubah kesilapan lalu tapi dia nekad untuk menjadikan masa akan datang lebih baik dari hari semalam.

"Kita takkan boleh minta putarkan masa untuk kembali pada masa lalu. Aku berdoa, aku boleh memaut mesra bahunya sebagai sahabat sekali lagi. Tidak di dunia, aku harap di syurga kelak." Sambung Nilam lagi.

Qistina mengangguk. Dia sendiri tidak tahu mahu membalas apa. Baginya Nilam lebih matang dalam kehidupan ini. Bukan sehari dia kenal anak kelahiran Pahang itu. Kemudian Qistina tersenyum nakal.

"Nilam, bila walimah? Lepas ni lagi sukarlah nak jumpa kau. Bakal suami orang kuat persatuan. Aku doakan semoga tercapai impian kau nak menetap di Bumi Anbiya dan bina Baitul Muslim di sana. Lepas tu kembali ke sini bersama mujahid dan mujahidah fisabilillah."

Nilam terkejut dan terus berlari anak mendapatkan Qistina yang sudah berjalan dengan senyuman yang masih terukir di wajah.


Kerana doa menyatukan hati-hati kita..
Selagi ada Dia, selagi itu chenta kita akan ke syurgaNya..
Hati ini akan ku jaga kerna ku hanya manusia biasa..
11 September 2014. Pahang.

Tuesday, September 09, 2014

Rindu ke?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Duduk dekat dengan keluarga pun, rasa nak kena tengok muka bonda ayahanda setiap saat. Mujur setiap hujung minggu memang balik ke rumah. Kronik betul hati bila meningkat dewasa ni. Mungkin tahu masa yang ada tak lama. Ye lah. Bila usia bertambah, kematian pun semakin mendekati. Kita tak tahu masa kita dan mereka sampai bila. Lepas kahwin pula, kena fokus pada suami (tidaklah pula mereka dilupakan). Jadi, waktu ini lah masanya mahu bermanja dengan bonda dan ayahanda. Ok, motif sangat ayat. Kan.

Rindu ke?

Mahu tak rindu pada insan yang banyak berjasa dalam kehidupan selama ini. Sejak kecil hinggalah saat menulis entri ini, mereka lah insan yang satu-satunya banyak memberi makna dalam diri. Lagi pula, wajah ibu ayah memberikan kita ketenangan. Tengok mereka pun dapat pahala.


rindu memberikan kekuatan untuk berjuang meraih redha Ilahi.. 
kerna dalam rindu, ada doa yang kudus buatnya.. 
kerna dalam rindu, terukir namanya dalam mahabbah.. 
kerna dalam rindu, tercipta kasih sayang yang paling indah untuknya..

Tuesday, September 02, 2014

Gurauan yang serius.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Assalamualaikum..

Kekangan masa yang terlalu hebat untuk menghadap laptop dan kemaskini blog. Walaupun ramai mengharapkan ada entri terbaru, asif jiddan.. Masa banyak dipenuhi dengan urusan-urusan lain. Sementelahan kehidupan bagaikan berubah 370degree. Kebetulan ketiadaan internet dan masa yang tak pernah cukup walhal setiap manusia diberi 24jam yang sama setiap hari. Itulah kelemahan diri sendiri-

Berbalik kepada entri yang ditulis sebelum ini - bertajuk Hiks (telah dikeluarkan atas sebab-sebab tertentu. untuk mereka, maaf beribu-ribu maaf..).. Ya, aku tahu ramai terkejut. Even aku sendiri baca, ha-ha-ha! Gurauan yang serius dan mengejutkan semua, termasuk aku! Blog digodam dan aku tak berkesempatan untuk mengedit. Tapi yang pernah baca entri-entri aku selama ini dan kenal aku bagaimana, tentu tahu itu bukan gaya penulisan aku. Namun ter-post entri boleh diedit semula tapi yang sudah membaca mungkin kekal dalam ingatan. Silap aku juga terlalu lama membiarkan entri itu di blog sendiri. Jadi, pada mana-mana individu yang merasakan aku-lah-yang-menulis-entri-itu, aku juga pinta kemaafan jika menyinggung hati-hati kamu semua. Sungguh, bahawa itu hanyalah penulisan daripada mereka dalam menceriakan hari-hari terakhir kami. Kalau korang baca ni, aku tak salahkan korang pun. Hanya menjaga hati-hati kita semua.. You know what I mean..

=)

warnai dunia dengan chenta kita kerana DIA.

Ke mana aku menghilang?

Alang-alang aku dah menulis ni, izinkan aku berceloteh seketika. Aku tak menghilang. Tak. Aku sentiasa ada untuk kamu semua. Chewah!

Hidup. Benarlah orang kata bahawa semakin lama kita hidup, semakin banyak dugaannya. Semakin banyak yang kita belajar, semakin banyak benda yang kita tidak tahu. Dan disebabkan itu, sepenuh kekuatan perlu dimiliki untuk tetap bergerak ke depan sekalipun terpaksa merangkak dalam kesamaran. Perit. Pedih. Sakit. Namun kerana percaya bahawa Allah tidak memberati seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.. Surah Al-Baqarah, ayah 286... kenapa perlu bersedih hati?

Pujuk hati. Allah kan ada. Allah ada.
Manusia kuat bila hati ada Allah di dalamnya.

Ustaz pernah kata, jika ujian dan dugaan itu mendekatkan kita dengan Allah, itu nikmat namanya. Bersyukurlah.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. 
(Al-Ankabut, ayat 2-3)

Maaf kadangkala tidak mampu mengembalikan keadaan seperti dahulu. Namun dengan kemaafan lah kita boleh membina hidup yang baru dan fokus pada kehidupan mendatang agar lebih diberkati olehNya. Untuk segala apa yang berlaku, dengan izin Allah moga diikhlaskan hati-hati kita untuk memaafkan insan-insan yang pernah menyakiti kita. Kemaafan adalah dendam yang terindah. Kerna itu, bagi aku lebih baik untuk tidak berbicara tentang masa lalu. Bukan tidak melupakan, hanya lebih baik begitu. Barangkali yang tersedia keruh terus tidak boleh jernih kembali. Jadi, seharusnya kita hanya membicarakan hari ini dan memberi keutamaan pada waktu akan datang. Past is past and life goes on, right?

Jika manusia berubah kerana Allah, kita tak perlu risau. Walaupun memang kadang kita begitu merindui dia yang lama. Tapi dia berubah for good. Kita tak perlu risau akan itu. Didik hati untuk terima perubahannya dan ikhlaskan. Kita yang hari ini mestilah yang lebih baik daripada semalam. Dia berubah macam mana pun, percayalah..dia tidak mungkin melupakan insan-insan yang pernah wujud dalam menjadikannya seperti hari ini. Husnuzon.

Doa pengikat hati-hati kita.
Sehingga bertemu lagi.
Wallahua'lam..



bintang di hati bintang di langit bintang di syurga.
2011-2014.
safely, in God hand.

Wednesday, July 23, 2014

Alasan untuk bahagia..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

[menulis untuk kamu tahu aku masih dan tetap tersenyum.
senyum untuk masa depan.]

Terbaca satu status di facebook. Dilupakan adalah lebih baik dari disalahtafsirkan. Aku berhenti lama pada ayat itu. Mungkin ada benarnya, mungkin tidak. Hanya hati sendiri memahami dan menentukan.

Dilupakan.
Disalahtafsirkan.
Entah-


Yang tinggal hanya alasan untuk bahagia..

Thursday, June 26, 2014

Pilihlah yang terbaik.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Ladies, buatlah keputusan yang terbaik. Keputusan yang mendekatkan kita dengan Tuhan. Mak ayah sentiasa mahukan yang terbaik untuk kita. Tak salah mengalah untuk melihat mak ayah kita tersenyum sebab itulah kegembiraan buat mereka dan tanda kechentaan kita untuk mereka. Kita dah jauh daripada mereka beberapa tahun sewaktu belajar, apa salahnya berbakti pada mereka selagi hayat mereka ada. Kita meningkat dewasa, mereka semakin tua. Kita tidak pasti masa kita dan masa mereka sampai bila. Andai mereka pergi meninggalkan kita dahulu, jangan menyesal di kemudian hari tidak dapat membalas jasa mereka. Andai kita yang pergi dahulu sebelum mereka, sudah tentu kita mahu mereka redha dengan pemergian kita kerana gembirakan mereka selagi hayat kita ada. Jangan pula menyebabkan mereka bertambah sedih kerana hidup kita tidak memberikan mereka sebarang erti. Fahamilah tugas dan tanggungjawab sebagai anak. Sementara ada masa dan peluang, raihlah peluang untuk membuat mereka tersenyum bahagia. Mereka tahu bila kita kahwin kelak, kita bukan lagi tanggungjawab mereka. Seorang ayah tahu kelak menantunya akan mengambil alih tugasnya. Seorang ibu tahu kelak syurga anak perempuannya bawah kaki menantunya. Anak perempuan wajib taat pada suami. Sebelum kita bersuami, kita sebagai anak perempuan pilihlah yang terbaik. Peluang mungkin tak datang banyak kali. Tapi jika melepaskan sesuatu kerana Allah untuk memilih redhaNya, percayalah Dia akan menggantikannya dengan yang lebih baik. Setiap perkara ada hikmahNya. Yakin dengan ketentuanNya. Wallahua'lam..

p/s : percayalah.. kemanisannya di penghujung. tiada apa yang lebih berharga daripada doa ibu bapa untuk kita. kerana redha Allah ada di dalam redha ibu bapa.

Sunday, May 18, 2014

Gula-Gula Pedas

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Dalam hidup ni, kita takkan dapat apa yang kita nak. Wajarlah. Kita manusia, kita tak boleh ada semua. Allah sendiri suruh kita sederhana dalam segalanya. Tak ke? Namun tak salah meletakkan sesuatu impian itu sebesar langit sekalipun. Asalkan kita sedar di bumi mana kita berpijak. Tak dapat ke langit, sekurangnya dapat menggapai awan. Tak dapat gapai awan, ya..kita masih lagi melangkah dan masih mendongak ke atas. Allah ada di situ. Allah ada.

Bukan mudah meniti takdir Ilahi di saat hati rapuh sekali. Bukan senang merentasi dunia andai kaki seakan mati untuk melangkah dan berlari. Menyesal atas perbuatan yang dibuat tanpa mengubahnya pada hari ini, sia-sia namanya. Menyesal dan meminta maaf tetapi masih berterusan melakukan kesilapan, namanya suatu kebodohan. Mungkin.

Hari ini, ayuhlah kita hanya membicarakan tentang hari ini dan apa yang perlu dilakukan pada hari-hari akan datang. Hari ini, biarlah menjadi hari-hari yang baru untuk kehidupan yang mendatang. Cukuplah membicarakan tentang apa yang berlaku. Cukuplah merenung semula insiden-insiden yang menyakitkan hati dahulu. Cukuplah. Life goes on.

.
Saat aku tekad melangkah pergi, 
tiada lagi kita yang dulu-

Thursday, May 15, 2014

Human.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

What do you feel when you say nothing about them, but they judge you and blaming you?

What do you feel when people like bring the past just to hurt you? It's not because the past but the people who talk about it. Someone who know your past and both of you already had a new life now.

What do you feel when some people always find your faults and make you like a sinner that unforgiven?

What do you feel when you cannot say something in your minds because people mind other business and like to judge?

What do you feel when you cannot do the things you love?

What do you feel when you being ignored by someone you care enough?


It's hurt. Deep inside.

If you wanna know how I feel.

I can hold my breath. I can bite my tongue. I can stay awake for days. If that's what you want. Be your number one. I can fake a smile. I can force a smile. I can dance and play the part if that's what you ask give you all I am. I can turn it on. Be a good machine. I can hold the weight of worlds if that's what you need. Be your everything. I can do it. I'll get through it. But I'm only human and bleed when I fall down. I'm only human and I crash and I break down. Your words in my head, knives in my heart. You build me up and then I fall apart cause I'm only human. I'm only human. Just a little human. I can take so much till I've had enough.
I'm only human. Just a little human.

Tuesday, May 13, 2014

Kalau ada calon tapi kena tunggu selama dua tahun, kau tunggu?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

"Kalau ada calon tapi kena tunggu selama dua tahun, kau tunggu?"

Aku tersengih.

'Believe that when something is meant to be, it will happen. In God's time. At the right moment. For the best reason. With the right person.'

Aku tunggu. Sebab aku yakin dia terbaik. Lepas dua tahun, andai kata tiada progress..move on je lah. Tapi, andai kata dalam masa dua tahun ni aku TERterima lamaran lain, aku rasa itu bukan salah aku. Ha-ha! =)
update 15/5/2014 : the question is, ' if '.. read carefully. if.

Bab jodoh ni, bukan kerja kita tapi urusan Allah. Tak ke? Bila sampai masa yang sesuai, Allah akan lorongkan hati kita untuk buat pilihan yang terbaik. Haruslah, istisyarah dan istikharah.

Jika kau rasa dua tahun tu terlalu lama sedangkan kau boleh menimang cahaya mata dalam tempoh tu, aku tak rasa kau perlu menunggu. Cari je lah calon lain. Jika kau rasa dua tahun tu berbaloi untuk kau tunggu, tunggu je lah. Mana tahu, insyaAllah dia yang terbaik untuk kita.

Macam aku kata gak kat atas tu..bila sampai masa yang sesuai, Allah akan lorongkan hati kita untuk buat pilihan yang terbaik.

Yang penting, istisyarah dan istikharah.
Pilihan Allah untuk kita tak pernah salah.
Semuanya ada hikmah.

Jodoh rahsia Allah.

Monday, May 12, 2014

Kau sahabat, teman dan kawan.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Bila aku rasa sedih, aku toleh ke belakang seketika. Sebab aku tahu kau pernah ada di situ berkongsi cerita dan tawa ceria bersama. Dan bila aku kembali tersenyum mengingati semua itu, aku terus melangkah ke depan walaupun kau jauh dan tiada di sisi menemani hari-hari mendatang. Aku tahu kau mahu aku tetap begitu; tetap kuat dan tersenyum. Terus mara kejar masa depan dan raih kebahagiaan yang dijanjikan Ilahi.

Terima kasih.
Kau sahabat, teman dan kawan.


Friday, May 09, 2014

Random.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Lama rasanya tak berceloteh di sini. Setiap kali nak tulis entri baru, delete adalah perkara terakhir yang buat selepas jari-jemari berdansa di papan kekunci. Complicated. Hati sentiasa berbolak-balik.

Hari ni dengan tekad dan penuh keazaman nak habiskan menaip dan publish entri ini. (walhal dah kecundang tapi gagahkan juga. haha!)

Bila kita terlalu memikirkan perasaan orang lain, maka secara tak langsung kita akan mengorbankan perasaan sendiri. Agree to disagree. Aku cuma cakap apa yang aku rasa. Dan apa yang aku rasa, tak mungkin orang lain rasa perasaan yang sama. Kesabaran sangat menyakitkan hati tika lidah tak mampu membalas dengan kata-kata. Tak ke? Ye lah. Orang lain kutuk kau, orang lain cari pasal dengan kau, kau nak membela maruah dan harga diri kau..tapi di satu sisi, kau takut kata-kata kau akan menyakiti hati yang lain..dan kau ambil keputusan berdiam diri. Diam diri tahan marah. Dan menangis. Kan?

Kemudian kau rasa, it is better to let them go..

Kau rasa macam tu.
Tapi kau masih pedulikan mereka.
Ya, ego kerana maruah dan sayang kerana iman.

*supper makan cream crackers cicah susu*

aku tak minum kopi dan nescafe 
serta perlahan-lahan kena untuk tidak minum teh. isk.

Aku taknak tulis ayat negatif. Aku taknak buat ayat sedih dan kecewa. Sebab, entah- Tapi tak boleh. Bahagia dalam dunia ni bukan kekal. Nak tak nak, kena akui gak bahawa kesedihan dan kekecewaan tu lumrah kehidupan. Wahaha. Again, blog ni macam orang sakit. Keh.

Aku tulis antara ayat ceramah Nouman Ali Khan yang aku dengar kat youtube. 
Seriously his talks is awesome!

In this world, you will never truly be happy. No matter what Allah SWT gives you, you will never truly be content. This place is design to break your heart. If you’re looking to be happy in this dunya (world), you’re in the wrong place.

Jiwa bergetar bila dengar terutama this place is design to break your heart. Ayat ni sesuatu. Kita semua tahu, dunia ini tempat persinggahan. Dalam dunia ini tidak ada apa yang kekal. Dan kita juga tahu, akhirat itu yang kekal abadi. Tapi kita juga tahu yang kita ini ego. Berperang antara nafsu dan iman.

DAN suka untuk aku memberi amaran! Sedih dan kecewa seseorang bukan hanya kerana ajnabi. Mindset tolong ubah. Muhasabah semula tentang definisi cinta. 
Aku mohon!

 Ketenangan yang kau cari terpancar di lorong sufi..

Bila aku dengar lagu Rabiatul Adawiyah by In-Team, aku sentiasa gelakkan diri aku sendiri. Gelakkan kekurangan diri sendiri dan menginsafi siapa aku sebenarnya. Ingat semula kisah beliau dalam buku Srikandi-Srikandi Yang Benar tulisan Zahiruddin Zabidi, terlalu jauh jika hendak dibandingkan dengan wali Allah itu. Perlahan-lahan, di sudut hati terdetik..alangkah- 
Alangkah indahnya jika hati aku seteguh itu.


Kena stop writing sebab orang sebelah dah asyik usha apa yang aku tulis. Walhal rasa banyak lagi nak stori mori. Dia ingatkan aku tulis cerpen-yang-di-request selepas terkantoi aku menulis cerpen. 

"Tak sangka belajar IT tapi tulis cerpen."

Aku lagi tak sangka bila bidang IT ni bukan sekadar guna Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint. Ini serius bila jumpa coding dan coding setiap semester! 
Kah! Cuba untuk tidak menyesal sebab aku dah jauh melangkah hingga ke saat ini. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita semua. 

Sabar menempuh jalan, tetapkan iman di hati. Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti. Iman lah penyelamat dunia penuh pancaroba, hidup akhirat kita kekal bahagia.

Hingga bertemu lagi wahai jiwa-jiwa yang dambakan Jannah Ilahi.
Bonne nuit...

Laila saida wa ahlam ladida..

Thursday, May 01, 2014

Ini jalan takdirku. Jalan yang hanya Tuhan yang tahu.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Seindah Tulip : Bahagian 6
Ini jalan takdirku. Jalan yang hanya Tuhan yang tahu.

Marissa : Allahuakbar! Qis.. Kenapa ni. Alia, ambilkan air dalam gelas tu.

Alia : Qis.. Aku minta maaf. Aku tak marah kau. Tak. Alia diserbu perasaan bersalah bila melihat Qistina lemah sekali.

Qistina : It's ok Alia. Bukan salah kau. Aku memang tak sihat dua tiga hari ni. Cuaca tak menentu kan sekarang. Jangan risau.

Marissa : Kau sakit apa Qis? Risau. Dia bukan tidak kenal bagaimana Qistina dahulu.

Qistina mengukir senyuman. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah meja kecil di tepi katil. Dicapainya ubat dalam plastik. Kemudian plastik ubat dimasukkan ke dalam laci meja.

Qistina : Batuk biasa je Risa. Lepas makan ubat nanti ok lah.

Alia : Kau tak pergi klinik? Hospital?

Qistina menggeleng.

Qistina : Tu kat bawah dah ada doktor. Buat apa aku susah-susah pergi klinik. Tersengih.

Alia : What? Who is he? Dia perasan wajah Qistina yang berubah ceria bila menyebut gerangan doktor itu. Dia yakin yang dimaksudkan doktor di bawah adalah lelaki yang membuka pintu untuk mereka berdua. Tiada orang lain dalam rumah itu. Qistina sendiri yang mengesahkan.

Marissa : He is your husband, right? Encik Tulip yang kau tunggu selama ni.

Alia : Mana kau tahu Risa?

Marissa : Qis sendiri pernah kata dulu. Nur hanyalah panggilan untuk suaminya. Bukan tadi dia sebut nama Qis, Nur?

Alia : Haha. Aku tak ingat. Serius. Yang aku tahu nak cepat jumpa Qis je.

Qistina mencuba untuk ketawa. Marissa memang begitu. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

Alia : Bila kau kahwin Qis? Dia teruja nak tahu. Seketika mereka melupakan apa yang baru mereka bualkan.

Marissa : Puan Alia Batrisya, jangan nak jadi wartawan kat sini boleh tak? Qis tengah tak sihat la sayang.

Alia : Okey.. Okey.. Mengalah.

Qistina : Takpe Risa. Dia bangun mengambil album di atas meja.

Marissa : Qis.. Itu.. Matanya terarah pada frame gambar di sebelah pintu kamar.

Qistina : Ni album perkahwinan aku. Tengoklah.

Alia : Nur Raisya Qistina! Kau main hide and seek dengan kami ke? Ketawa kuat.

Marissa : Kami datang walimah kau. Kami duduk sebelah kau waktu tu. Kau pakai purdah. Aku tak cam kau walaupun aku rasa kita dah lama kenal masa kita bersalam. Aku ingat lagi pandangan mata kau waktu tu. Dan suami kau.. Ya Allah! Macam mana aku boleh tak cam dia sekarang.

Alia : Aku langsung tak ingat apa-apa. Ketawa. Masa tu aku ikut je bila mama ajak. Risa ada juga cakap tentang pengantin perempuan tapi bila mama hanya senyap diajukan soalan, aku pun taknak buat mama sedih.

Marissa : Masa ni aku tengah pregnant. Alia baru sebulan berkahwin.

Qistina : Dua tahun. Macam-macam berlaku. Diam.

Alia menoleh sekilas pada Marissa sebelum pandangannya menghala pada Qistina yang sudah berdiri di balkoni. Qistina berdiri lama di situ. Alia dan Marissa berjalan ke arah Qistina.

Alia : Memang betul kau taknak cerita apa yang berlaku dalam dua tahun ni? Suaranya perlahan meminta simpati. Bahu Qistina disentuh lembut.

Marissa : Alia..

Alia : Risa, aku kenal Qis. Kita kenal Qis. Aku tahu dia menderita selama dua tahun ni. Last time aku cakap dengan dia, dia menangis sedu-sedan. Tapi, Qistina tetaplah seorang Qistina yang lebih suka menggembirakan orang lain. Dalam tangisan dia, tawanya masih ada untuk orang di sekelilingnya.

Marissa : Dan kau tetap Alia yang dulu walaupun dah kahwin, dah ada anak. Perangai macam budak-budak lagi.

Alia : Well. I'm still sweet 17. Just like always. Tersenyum.

Qistina : Eleh. Perasan. Fact is fact.

Mereka bertiga ketawa. Qistina menarik nafas perlahan bila masing-masing senyap.

Qistina : Kita takkan pernah tahu apa yang Allah aturkan untuk kita. Walaupun pedih, kita tetap kena telan. Walaupun pahit, kita terpaksa juga hadam. Kita tiada pilihan. To get the better one, we must go through the worst. Dalam masa dua tahun ni, aku sentiasa ikut perkembangan kalian. Bila Imani dan Iman lahir, aku ada tengok mereka di hospital. Bila Qaisara lahir, aku juga ada di situ. Tapi aku tak boleh dekat dengan kalian berdua. Masa Alia kemalangan beberapa minggu selepas perkahwinan aku, aku hampir terjerut oleh perasaan bila tengok sahabat aku koma. Aku hanya boleh titipkan doa buat kalian.

Alia : Kau.. Kau ada waktu tu?

Qistina : Sentiasa. Tapi lepas aku tengok anak-anak Risa, aku ikut suami aku sambung belajar di luar negara. Aku balik sekejap bila Qaisara lahir. Risa, Alia..terima kasih hadir ke walimah aku. Dan aku minta maaf pasal mama. Mama hanya memenuhi impian aku untuk melihat kalian ada bersama pada hari pernikahan aku.

Alia : Aku tak tahu nak cakap apa Qis. Aku masih tertanya-tanya dengan semua ni. Mana kau pergi, apa kau buat, perkahwinan kau, dan apa sebenarnya yang berlaku selama ini..

Marissa : Kenapa kau sembunyikan diri daripada kami?

Alia terkejut dengan soalan Marissa. Sangkanya ibu kepada dua orang anak itu tidak mahu bertanyakan ke mana Qistina pergi selama ini. Alia ketawa kecil sambil memandang Marissa.

Marissa : Apa? Tersengih kelat.

Alia : Puan Marissa juga curious mana Puan Qistina menghilang ya.. Dia mengusik Marissa.

Qistina : Aku nak peluk kalian boleh? Rindu sangat-sangat.

Qistina menukar topik sebelum Alia bertanyakan lagi hal yang sama. Biarlah apa yang dilaluinya dahulu menjadi rahsia buat dirinya dan insan-insan tertentu dalam kehidupannya.

Alia : Encik Suami hantar sms minta aku balik. Mentua aku datang rumah. Aku kena balik dulu. Kau Risa?

Marissa : Aku nak tinggal lama sikit dengan Qis. Kau baliklah dulu.

Alia : Ok. Qis, you owe me big time. Nanti kita spend masa lepas kau betul-betul sihat ya.

Qistina : InsyaAllah. Aku janji kali ni aku tak lari jauh dah. Ketawa.

Marissa menghantar Alia ke bawah sementara Qistina menjawab panggilan telefon.

Marissa : Rumah kau sunyi je. Kau tinggal berdua je? Mama?

Qistina : Kadang, tak semua persoalan perlukan jawapan. Kan?

Marissa : Aii..takkan tanya soalan biasa pun tak boleh nak jawab. Very secretive Qistina now.

Qistina tersengih malu.

Qistina : No. I mean, Alia's questions. Sometimes, it's better not to say anything. Saying how we truly feel might make things worse.

Marissa : Qis, kau masih percayakan aku dan Alia?

Qistina : Kepercayaan bukan mainan yang boleh dijual beli Risa. Cuma..aku dah nekad untuk lupakan apa yang berlaku. Buat apa perlu diceritakan derita masa lalu jika kita sudah bahagia pada hari ini. Alia dah berkahwin dan ada anak. Kau pun dah ada anak kembar. Dan aku sendiri, dah kahwin. Kita dah ada kehidupan masing-masing. Tinggal kita perlu menjaga dan membawa keluarga kita sekarang ke syurga.

Marissa : Kau dah berubah banyak dalam masa dua tahun ni. Aku harap semuanya berubah ke arah kebaikan.

Qistina : Kelukaan mengubah seseorang. Tapi masa juga takkan boleh bawa pergi dirinya yang sebenar.

Marissa : Ya. Seperti Nur Raisya Qistina yang tetap mementingkan kegembiraan orang lain berbanding dirinya. Sebab baginya, melihat orang lain tersenyum bahagia adalah kegembiraan buatnya. Kerana itulah, kau takkan mampu jawab soalan Alia.

Qistina : Maksud kau?

Marissa : Qis.. Apa yang terjadi kerana Alia kan?

Qistina terkedu. Langkahnya diatur ke pintu bila ketukan dari luar kedengaran. Kemudian dia mendapatkan semula Marissa yang masih menantikan jawapan daripadanya.


Bahagian 5 | Bahagian 6 | Bahagian 7

Friday, April 11, 2014

Diam atau bicara. Keduanya sukar untuk hati membuat keputusan.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Seindah Tulip : Bahagian 5
Diam atau bicara. Keduanya sukar untuk hati membuat keputusan.

Marissa : Sorry lambat. Aku hantar ibu ke nurseri.

Alia : Risa..

Marissa : Kenapa?

Alia : Entah. Rasa pelik. Langkahnya mati di depan pintu utama.

Marissa : Kita jumpa dia dulu. InsyaAllah, semoga semuanya dipermudahkan.

Pintu utama dibuka dari dalam. Marissa dan Alia saling berpandangan. Alia semakin pelik. Langkah mereka menuju ke tingkat atas. Pintu diketuk perlahan. Wajah seseorang yang selama ini dirindui berada di depan mata.

Alia : I'm speechless. Totally speechless. Almost two years my dear..

Qistina batuk perlahan. Wajah Marissa dan Alia di depannya direnung. Qistina mengukir senyuman. Alia senyum segaris. Akalnya berfikir sesuatu mahu menghilangkan persoalan di mindanya.

Alia : Siapa lelaki kat bawah tu? Kacak.

Marissa : Ek ena budak ni. Ada juga aku campak kau ke bawah kang. Serius.

Alia tertawa. Qistina hanya mengukir senyuman melihat mereka berdua. Alia kembali menatap wajah Qistina yang tenang.

Marissa : Apa khabar Qis?

Qistina : Alhamdulillah, aku macam apa yang kau tengok sekarang. Risa, Alia..aku tahu kadang maaf takkan boleh mengembalikan apa yang telah berlaku. Tapi dengan kemaafaan lah kita melupakan sesuatu. Jadi, aku minta maaf.. Ayatnya terhenti bila Marissa mencelah.

Marissa : Kau tak buat silap dengan kami Qis. Selama mana pun kau menghilang, aku yakin persahabatan kita tetap utuh. Tangan Qistina digenggam erat.

Alia : Friendship means understanding, not agreement. It means forgiveness, not forgetting. It means  the memories last, even if contact is lost.

Marissa : Wait. Macam pelik je ayat tu nenek.

Alia ketawa ceria. Namun wajah Qistina tetap begitu. Sukar untuk dia menafsirkan wajah itu. Sungguh dia rindukan Nur Raisya Qistina yang dulu. Dia rindu pada gurauan dan bicara Qistina. Di depannya hanya gadis sepi dan dingin. Senyuman yang dilemparkan oleh Qistina, dia sendiri tidak mengerti kini. Lagu Maher Zain perlahan kedengaran dalam kamar tidur Qistina.

Marissa : Friendship means, whatever happened in our life..friendship is friendship. Kau tengok gambar ni.. Dia bangun menghampiri meja study Qistina.

Alia : Aku rindu saat ni. Senyap.

Marissa : Bertemu kerana Allah, kita berpisah kerana Allah. Kuat kerana Allah, menangis juga kerana Allah. Segalanya indah bila hanya kerana Allah. Friendship forever, Marissa, Alia dan Qistina. Kuala Lumpur Mei 2012. Ayat di gambar dibaca dalam nada yang sebak.

Alia : Risa memang cengeng setiap kali tengok gambar tu. Kami rindu kau Qis. Intonasi suaranya dikawal.

Marissa : Kita berjumpa sebab Allah yang menemukan kita. Kita berkawan baik sebab Allah yang mengaturkan. Kita berpisah tanpa khabar berita, Allah juga yang mengizinkan. Dan hari ni, kita bertemu semula juga dengan izin Allah. Alia, aku pernah cakap kan dulu. Qistina bukan seorang sahabat yang mudah melupakan. Ada sesuatu yang menyebabkan dia terpaksa menjauhi kita.

Alia : Ya Risa. Aku kenal Qis. Tapi maaf Risa. Aku... Qis, mana kau pergi selama ni? Apa yang berlaku selama dua tahun ni.. Aku jumpa mama, dia kata kau baik-baik je. Tapi tengok kau sekarang. This is not our Nur Raisya Qistina!

Marissa : Alia Batrisya... Dia cuba menahan Alia. Dia tahu Alia penasaran mahu tahu apa yang berlaku.

Alia : No Risa. Aku tahu kau takkan tanya Qis apa yang berlaku. Aku pun taknak ambil tahu semua tu. Aku cukup gembira bila Qis ada depan aku sekarang. Cuma..kenapa tak pernah kau nak berkongsi apa yang berlaku kalau betul kami sahabat dunia akhirat kau? Kau menghukum kami tanpa penjelasan. Kau buatkan kami rasa kehilangan seorang sahabat. Aku takda jawapan bila ramai bertanyakan tentang kau. Kenapa Qis?

Qistina terduduk ke lantai. Bahunya dipeluk erat oleh Marissa. Alia juga menghampiri Qistina. Esak tangisan Qistina perlahan kedengaran. Gambar di atas meja dipandang. Gambar itu yang menemaninya selama ini. Mereka tidak pernah tahu betapa dia juga merindukan saat-saat yang lepas. Tapi dia juga tidak boleh mengembalikan apa yang telah berlaku. Sama ada itu kesilapannya sendiri atau itu takdirnya, dia taknak ambil tahu. Dia tidak mahu menyesali apa yang berlaku. Menyesali yang boleh membuatkan dia tidak redha dengan ujian dan takdirNya. Qistina menyeka air matanya. Perlu ke dia menceritakan kisah lalu atau membiarkan sahaja apa yang berlaku ditelan dek masa?


Bahagian 4 | Bahagian 5 | Bahagian 6
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...