Together we are...

Thursday, June 26, 2014

Pilihlah yang terbaik.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


Ladies, buatlah keputusan yang terbaik. Keputusan yang mendekatkan kita dengan Tuhan. Mak ayah sentiasa mahukan yang terbaik untuk kita. Tak salah mengalah untuk melihat mak ayah kita tersenyum sebab itulah kegembiraan buat mereka dan tanda kechentaan kita untuk mereka. Kita dah jauh daripada mereka beberapa tahun sewaktu belajar, apa salahnya berbakti pada mereka selagi hayat mereka ada. Kita meningkat dewasa, mereka semakin tua. Kita tidak pasti masa kita dan masa mereka sampai bila. Andai mereka pergi meninggalkan kita dahulu, jangan menyesal di kemudian hari tidak dapat membalas jasa mereka. Andai kita yang pergi dahulu sebelum mereka, sudah tentu kita mahu mereka redha dengan pemergian kita kerana gembirakan mereka selagi hayat kita ada. Jangan pula menyebabkan mereka bertambah sedih kerana hidup kita tidak memberikan mereka sebarang erti. Fahamilah tugas dan tanggungjawab sebagai anak. Sementara ada masa dan peluang, raihlah peluang untuk membuat mereka tersenyum bahagia. Mereka tahu bila kita kahwin kelak, kita bukan lagi tanggungjawab mereka. Seorang ayah tahu kelak menantunya akan mengambil alih tugasnya. Seorang ibu tahu kelak syurga anak perempuannya bawah kaki menantunya. Anak perempuan wajib taat pada suami. Sebelum kita bersuami, kita sebagai anak perempuan pilihlah yang terbaik. Peluang mungkin tak datang banyak kali. Tapi jika melepaskan sesuatu kerana Allah untuk memilih redhaNya, percayalah Dia akan menggantikannya dengan yang lebih baik. Setiap perkara ada hikmahNya. Yakin dengan ketentuanNya. Wallahua'lam..

p/s : percayalah.. kemanisannya di penghujung. tiada apa yang lebih berharga daripada doa ibu bapa untuk kita. kerana redha Allah ada di dalam redha ibu bapa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...