Together we are...

Thursday, September 11, 2014

Berubah.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

"Kak, you are changed. I miss the old you."

Sms yang diterima dibaca sepi.

"Mana pergi diri akak yang lama? I miss her."

Nilam tersengih sendiri. Rindu. Dia juga rindu pada mereka semua. Tapi dia melepaskan rindu itu di dalam doanya. Moga mereka yang disayangi berada dalam peliharaan Allah selalu. Bunyi whatsapp daripada keluarga dibaca. Tentang anak-anak saudara. Tentang..entah- Tak berminat untuk memberi respons. Bila ada melibatkan mama dan papa, baru dia membalas.

Laman facebook dibuka. Seseorang yang dikenali yang melahirkan bibit-bibit kerinduan kelihatan online. Jarinya mahu menyapa tetapi hatinya berkata jangan.

"Pappp!"

Bahu Nilam ditepuk dari belakang. Mukanya berubah menahan sakit.

"Nak aku campak kau dalam tasik ni ke?" Marah Nilam. Qistina yang tersengih sudah ketawa besar.

"Chill baby. Kau kenapa yang tegang semacam je ni? Gaduh dengan boyfie ke.."

"Banyak kau punya boyfie. Couple tu haram!" Nilam berkata tegas. Nilam ketawa lagi. Salah suis lak petang ni, bisik hati Qistina.

"Aku baca blog kau. Kau kecewa ke?" ujar Qistina tiba-tiba. Kismis di tangan disua pada Nilam.

"Nope. Kau tengok aku sekarang tengah kecewa ke?"

"Hati orang kita tak tahu Nilam. Kau kan memang pelakon terhebat bab sembunyi air mata ni." Perli Qistina. Nilam ketawa kecil.

"I am happy now and I really meant it."

Qistina tidak membalas. Dia merenung muka Nilam.

"Kenapa?"

"Saja. Hati manusia ni susah nak duga kan."

"Hmmm.."

"Betul kau gembira?"

Nilam merenung jauh ke langit Ilahi. Gembira. Kadang dia merasakan satu perkataan itu punya maksud yang banyak dan setiap orang ada justifikasi sendiri terhadap jawapan masing-masing. Memberi penjelasan apapun pada yang bertanya, tak semua jawapan memuaskan hati mereka. Mungkin juga jawapan itu tidak punya keikhlasan dan kejujuran.

"Kerna masa lalu mengubah diri seseorang. Sedih dan kecewanya tidak lagi disandarkan pada manusia. Tawa dan senyumannya ada sembunyi makna. Allah ada, Qis. Allah ada. Dia lah Pemberi kebahagiaan dan kegembiraan pada kita semua. Selagi mana kita beriman padaNya, kenapa kita perlu bersedih hati?"

"Kau mengakulah yang kau dah berubah sekarang?"

"Change for good, insyaAllah. Today is much better than yesterday. Right?"

Qistina terkedu. Dia rindukan Nilam yang lama tapi...arghhh! Benarlah bahawa kita hanya inginkan seseorang itu mengikut apa yang kita mahu, bukan menjadi dirinya sendiri. Itu pilihan Nilam, dia seharusnya menyokong.

"Nilam, kau sentiasa selangkah ke depan. Apa yang kau buat dan mahukan sulit untuk kami faham sekarang."

Nilam tersengih kelat. Kerana itu..

"Allah tunjukkan pada aku siapa kawan sejati.." Ujar Nilam tiba-tiba. Nada suaranya berubah, memendam rasa di jiwa.

"Asif jiddan Nilam. Bukan niat aku nak membuka cerita lama." Qistina serba-salah. Bukan dia tidak tahu apa yang berlaku dulu. Alhamdulillah usrah chenta yang diketuai oleh Nilam, mengerti keadaan itu.

Nilam menguntum senyuman.

"Kau menyesal bila tegur tentang boyfriend dan pakaian dia?" Tanya Qistina. Soalan yang dah lama dia nak tahu. Geng usrah chenta juga ada yang pernah bertanya tapi Nilam hanya membalas dengan senyuman.

"Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis juga senang dicari tapi kawan untuk ke syurga itu yang sukar. Aku tahu lambat-laun dia juga akan mengerti. Dalam persahabatan mestilah ada juga pasang surutnya kan."

Nilam mengikhlaskan apa yang terjadi. Dia redha.

"Walaupun dia dah fitnah kau?" Qistina sekadar menduga. Nilam mengangguk.

"Sekali aku kata kawan, selamanya kita kawan."

"Hingga ke syurga?"

"Hingga ke syurga. Doa sentiasa menyatukan hati-hati kita. Yang jaga hati manusia adalah Allah, bukan manusia. Siapa aku untuk tidak memaafkan dia. Silap aku juga tidak pandai dalam berbicara."

"Jangan merasakan semuanya adalah silap kau. Come on dear. You need to know, sometimes you have to fight for what you believe and stop blaming yourself." Bahu Nilam dipegang lembut. Qistina yakin kerana hal itu, banyak perkara turut mengubah persepsi dan pendirian gadis itu. Tambahan lagi, dia juga tahu masalah kesihatan yang dialami oleh Nilam dalam waktu yang sama. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Nilam terlalu pendam sendiri semuanya.

Mereka diam seketika. Tenggelam dalam dunia masing-masing. Seperti orang kata, walau dekat kadang dua manusia ni jauh sebenarnya.

"Kau fikir apa?" Nilam memandang muka Qistina.

"Kau?" Tanya Qistina pula. Mereka berdua ketawa. Memang hanyut dalam dunia sendiri.

"Dulu bolehlah huhahuha, zaman budak-budak. Sekarang masing-masing dah nak kahwin, dah kahwin, dah nak ada anak, dah ada anak. Mana nak sama dengan zaman muda kita. Cukuplah kita gila-gila dalam waktu tertentu. Bukan menyombong, sekadar menjaga hati-hati kita." Kata Nilam penuh makna. Dia sendiri tidak mahu memikirkan apa yang telah berlaku. Dia tidak boleh mengubah kesilapan lalu tapi dia nekad untuk menjadikan masa akan datang lebih baik dari hari semalam.

"Kita takkan boleh minta putarkan masa untuk kembali pada masa lalu. Aku berdoa, aku boleh memaut mesra bahunya sebagai sahabat sekali lagi. Tidak di dunia, aku harap di syurga kelak." Sambung Nilam lagi.

Qistina mengangguk. Dia sendiri tidak tahu mahu membalas apa. Baginya Nilam lebih matang dalam kehidupan ini. Bukan sehari dia kenal anak kelahiran Pahang itu. Kemudian Qistina tersenyum nakal.

"Nilam, bila walimah? Lepas ni lagi sukarlah nak jumpa kau. Bakal suami orang kuat persatuan. Aku doakan semoga tercapai impian kau nak menetap di Bumi Anbiya dan bina Baitul Muslim di sana. Lepas tu kembali ke sini bersama mujahid dan mujahidah fisabilillah."

Nilam terkejut dan terus berlari anak mendapatkan Qistina yang sudah berjalan dengan senyuman yang masih terukir di wajah.


Kerana doa menyatukan hati-hati kita..
Selagi ada Dia, selagi itu chenta kita akan ke syurgaNya..
Hati ini akan ku jaga kerna ku hanya manusia biasa..
11 September 2014. Pahang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...