Together we are...

Tuesday, September 02, 2014

Gurauan yang serius.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Assalamualaikum..

Kekangan masa yang terlalu hebat untuk menghadap laptop dan kemaskini blog. Walaupun ramai mengharapkan ada entri terbaru, asif jiddan.. Masa banyak dipenuhi dengan urusan-urusan lain. Sementelahan kehidupan bagaikan berubah 370degree. Kebetulan ketiadaan internet dan masa yang tak pernah cukup walhal setiap manusia diberi 24jam yang sama setiap hari. Itulah kelemahan diri sendiri-

Berbalik kepada entri yang ditulis sebelum ini - bertajuk Hiks (telah dikeluarkan atas sebab-sebab tertentu. untuk mereka, maaf beribu-ribu maaf..).. Ya, aku tahu ramai terkejut. Even aku sendiri baca, ha-ha-ha! Gurauan yang serius dan mengejutkan semua, termasuk aku! Blog digodam dan aku tak berkesempatan untuk mengedit. Tapi yang pernah baca entri-entri aku selama ini dan kenal aku bagaimana, tentu tahu itu bukan gaya penulisan aku. Namun ter-post entri boleh diedit semula tapi yang sudah membaca mungkin kekal dalam ingatan. Silap aku juga terlalu lama membiarkan entri itu di blog sendiri. Jadi, pada mana-mana individu yang merasakan aku-lah-yang-menulis-entri-itu, aku juga pinta kemaafan jika menyinggung hati-hati kamu semua. Sungguh, bahawa itu hanyalah penulisan daripada mereka dalam menceriakan hari-hari terakhir kami. Kalau korang baca ni, aku tak salahkan korang pun. Hanya menjaga hati-hati kita semua.. You know what I mean..

=)

warnai dunia dengan chenta kita kerana DIA.

Ke mana aku menghilang?

Alang-alang aku dah menulis ni, izinkan aku berceloteh seketika. Aku tak menghilang. Tak. Aku sentiasa ada untuk kamu semua. Chewah!

Hidup. Benarlah orang kata bahawa semakin lama kita hidup, semakin banyak dugaannya. Semakin banyak yang kita belajar, semakin banyak benda yang kita tidak tahu. Dan disebabkan itu, sepenuh kekuatan perlu dimiliki untuk tetap bergerak ke depan sekalipun terpaksa merangkak dalam kesamaran. Perit. Pedih. Sakit. Namun kerana percaya bahawa Allah tidak memberati seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.. Surah Al-Baqarah, ayah 286... kenapa perlu bersedih hati?

Pujuk hati. Allah kan ada. Allah ada.
Manusia kuat bila hati ada Allah di dalamnya.

Ustaz pernah kata, jika ujian dan dugaan itu mendekatkan kita dengan Allah, itu nikmat namanya. Bersyukurlah.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. 
(Al-Ankabut, ayat 2-3)

Maaf kadangkala tidak mampu mengembalikan keadaan seperti dahulu. Namun dengan kemaafan lah kita boleh membina hidup yang baru dan fokus pada kehidupan mendatang agar lebih diberkati olehNya. Untuk segala apa yang berlaku, dengan izin Allah moga diikhlaskan hati-hati kita untuk memaafkan insan-insan yang pernah menyakiti kita. Kemaafan adalah dendam yang terindah. Kerna itu, bagi aku lebih baik untuk tidak berbicara tentang masa lalu. Bukan tidak melupakan, hanya lebih baik begitu. Barangkali yang tersedia keruh terus tidak boleh jernih kembali. Jadi, seharusnya kita hanya membicarakan hari ini dan memberi keutamaan pada waktu akan datang. Past is past and life goes on, right?

Jika manusia berubah kerana Allah, kita tak perlu risau. Walaupun memang kadang kita begitu merindui dia yang lama. Tapi dia berubah for good. Kita tak perlu risau akan itu. Didik hati untuk terima perubahannya dan ikhlaskan. Kita yang hari ini mestilah yang lebih baik daripada semalam. Dia berubah macam mana pun, percayalah..dia tidak mungkin melupakan insan-insan yang pernah wujud dalam menjadikannya seperti hari ini. Husnuzon.

Doa pengikat hati-hati kita.
Sehingga bertemu lagi.
Wallahua'lam..



bintang di hati bintang di langit bintang di syurga.
2011-2014.
safely, in God hand.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...