Together we are...

Tuesday, October 28, 2014

Salam Maal Hijrah 1436H.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Assalamualaikum semua.
Hi everyone!

So, how's day? Hope much better than yesterday.
Ye lah. Nabi pun kata, hari ni kena lebih baik daripada semalam.

MAAL HIJRAH.

Teringat ayat Ustaz masa pergi ceramah kat uni dulu. Tiada hijrah yang lebih baik selepas pembukaan Kota Mekah selain daripada hijrahkan diri sendiri.

Dah sampai mana penghijrahan kita?
Tepuk dada, tanya iman masing-masing.
Sekadar refleksi diri.
Kalau malu untuk berstokin masa pakai sandal, so berkasut aje setiap masa. At lis boleh cover kaki daripada menjadi tatapan ramai.
Kalau dah bertudung, cuba labuhkan hingga menutup dada.
Kalau dah labuh menutup dada, cuba perwatakan sesuai dengan pakaian di tubuh. (ohh i'm talking to myself)
Kalau...ya, banyak lagi benda-benda kecil yang boleh kalian lakukan.
No matter what, pentingnya berubah dari dalam ke luar.
Maksudnya?
Begini. Jika hati dah kuat, hati dah cekal, hati dah yakin dengan janji-janjiNya dalam kalamNya, takda apapun yang boleh menggugat pendirian kalian untuk berubah. It is the best thing ever. Segala kata sinis dan cemuhan daripada orang sekeliling takkan menggugat iman kalian. Believe me.
Unfortunately, jika kalian berubah dari luar ke dalam. Aku rasa kalian akan menghadapi banyak kesulitan. Diperli, kalian terus goyah. Diejek, kalian terus rebah. Sebabnya hati kalian tidak kuat. Trust me.

Apapun. Selagi kalian ada niat untuk berubah, alhamdulillah. Yang melihat usaha kita adalah Allah. Yang menilai usaha kita adalah Allah. Yang memberikan balasan terhadap segala usaha kita adalah Allah. Bukan manusia. Bukan.

Semoga kita tetap istiqamah dalam jalan juang yang penuh mehnah ini!
Semoga kita sentiasa menjadi yang lebih baik daripada semalam!


Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak!) Kerana Allah jualah yang menguasi segala urusan akhirat dan urusan dunia. [53 : 24-25]

Dalam kitab-kitab itu ditegaskan bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sendiri); Dan bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang melainkan balasan apa yang diusahakannya. Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan kepadanya pada hari kiamat kelak. Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna. Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan segala perkara. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan seseorang itu bergembira tertawa dan menyebabkan seseorang itu berdukacita menangis. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan-pasangan lelaki dan perempuan. Dari setitis air mati ketika dipancarkan ke dalam rahim. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menghidupan semula makhuk-makhluk yang mati. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan sesiapa yang dikehendakiNya apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan apa yang boleh disimpan. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan Pencipta Bintang Syikra. [53 : 38-49]

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran daripadanya? [54 : 22, 32, 40]

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan. Dan hal Kami dalam melaksanakan apa yang Kami hendaki, hanyalah satu cara sahaja, cepat jadinya seperti sekelip mata. Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan orang-orang yang sama keadaannya seperti kamu; maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran? Dan tiap-tiap perkara yang mereka lakukan, adalah tertulis di dalam Kitab suratan amal. Dan tiap-tiap perkara yang kecil dan yang besar tetap tercatit. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa ditempatkan dalam taman-taman Syurga yang indah dan dekat beberapa sungai. Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya. [54 : 49-55]


Allah dah sediakan jalan. Hanya kita yang perlu memilih. Macam mana kita nak pilih? Pilihlah sesuatu itu kerana Allah. Bila terpaksa pilih antara dua pilihan, pilihlah yang mendekatkan kita dengan Ilahi.

Kalau kita boleh berubah hari ini, kenapa perlu tunggu esok? Masa tak pernah menunggu tuannya. Izrail pula sedia menunggu perintah TUANnya.

Kalau bukan sekarang, bila?

Moga tahun baru membuka cerita baru.
Moga tahun baru memberi azam yang lebih baik.
Moga tahun baru menghadiahkan hari-hari yang indah.
Moga tahun baru dalam jagaan Ilahi selalu.
Salam Maal Hijrah 1436H.

Monday, October 20, 2014

Tragedi Oktober : Bahagian 2

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

(Cerita semalam)

Kedah vs Pahang.
Mata tengok tv. Tapi fikiran melayang ke tempat lain. Hidup. Perlu ke terlalu serius untuk dunia? Lari masuk bilik. Mencari damai di hati.

*****

Not hijau depan mata. Nak pergi ke tak pergi beli barang dapur. Lepas makan malam, alih-alih ambil keputusan untuk berehat je. Lepas kerja esok baru cari barang dapur. Santai di ruang tamu tapi rimas dengan jeritan. Masuk bilik. Light off. Pasang lampu tidur. Lepas tu teringat terjemahan surah Hud yang dibaca di kedai. Capai handphone, switch on Torch. Dalam gelap berbekalkan lampu handphone, belek Quran kesayangan..

Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan balasan penuh atas pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia tidak akan dirugikan. (Hud : 15)

Itulah orang-orang yang tidak memperoleh sesuatu di akhirat kecuali neraka dan sia-sialah di sana apa yang telah mereka usahakan di dunia dan terhapuslah apa yang telah mereka kerjakan. (Hud : 16)

Aku bawa maksud ayat itu menemani malam aku.

Tuhan, tidak Kau campakkan rasa itu ke dalam hati aku melainkan ada sesuatu yang Kau mahu aku pelajari.

##########

(Cerita hari ini)

"Beb, tragedi maksudnya sesuatu yang dahsyat. Kalau kau nak kahwin, itu hadiah. Or bonus Oktober. Kejutan. What else? Tragedi macam something big happened to you. What happened? Kau ok tak? Aku tak rasa entri kau pasal kau atau kahwin, tapi lebih daripada tu. Kenapa?"

Tudia. Sebab tu aku dah malas nak menulis. Eh.
Moga penerangan ini menjawab persoalan dan salah faham. Biasalah kita ini. A dikatakan B. C dikatakan D. Macam mana nak dapat A adalah A?
Moga-moga ada pengajaran buat semua. Tak banyak, harapannya sedikit buat korang yang bergelar wanita. Tak penting untuk korang nak ambil tahu siapa, tapi just fokus pada intipatinya. Kita jaga aib orang, dan Allah akan jaga aib kita. InsyaAllah.

Bismillah.

Dalam entri tu, ayat aku mix. Serius. Bukan fokus pada satu benda. Aku fikir nak delete je entri tu. Senang. Takda nak serabutkan kepala. Sekarang ni aku ada perangai baru. Letih nak mendengar orang membebel. HAHA! Kat office, ada seorang staf ni selalu datang lepak depan meja. Macam-macamlah dia cakap. Potpet itu ini. Ok lagi sebab semua tu tentang kehidupan. Sampai satu pagi dia membebel tah mende-mende. Aku rimas. Seawal pagi, aku dah dengar perkara yang patutnya dia kena bersyukur. Aku sound dia time tu gak. Dia ketawa bila aku dah potong cakap dia dan dia takdan nak habiskan ayatnya. The next day, dia nampak aku dan macam nak membebel lagi lah tapi dia ketawa sendiri. Understood. Thanks sebab tak membebankan otak aku dengan omelan yang tak beri manfaat untuk aku. Lepas tu aku kena sound semula. Wahaha. Jangan nak serius sangat muka tu. Cuba happykan diri. Keh. Setepek kena kat muka. What goes around will comes around.

Countinue. Aku tak kata salah bagi seorang perempuan bekerja. Even aku sekarang ini memang bekerja. Weekdays di office, weekend di kedai. Busy. Just read carefully my word. Aku bukan isteri orang. Aku tiada suami, aku tiada anak-anak. Aku tiada tanggungjawab pada lelaki yang bernama suami. Tiada.

Pengalaman mematangkan.

Aku akui, sekarang ini memang semuanya memerlukan duit. Tapi perlu ke sampai abaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu? Even masa single mingle ni pun, sering diingatkan agar jangan lupa pada keluarga. Bonda pernah bercerita tentang peringatan daripada ayahanda. Kalau isteri tengah mengaji, tapi suami balik rumah..wajib bagi isteri mendapatkan suami dan tanya nak minum atau makan. Itu penghormatan dan tanggungjawab. Aku memang selalu tengok cara bonda melayan ayahanda. Sampai kami adik-beradik dah jadikan itu kebiasaan even bonda tiada di rumah masa ayahanda balik. Kepimpinan melalui teladan. Bukankah begitu?

Pernah dulu viral tentang tugas suami di facebook. Hujah itu digunakan untuk berdebat dengan aku hingga memerli 'isteri solehah'nya aku kelak. Aku senyum dalam kesabaran. Aku anggap itu satu cabaran untuk aku kelak. InsyaAllah. Bukankah Fatimah sendiri melayani Nabi Muhammad SAW di saat baginda ketiadaan isteri? Tidak cukup itu dijadikan iktibar buat kita? Renungilah kisah Puteri Rasulullah itu.

Aku rasa cukup sampai ini. Tragedi Oktober adalah kerana tragedi yang tak mampu aku ceritakan lebih lanjut. Terlibat dengan situasi yang bukan perihal aku. Tersepit di tengah-tengah. Diluah mati bapa, ditelan mati emak. Bukan aku yang seharusnya menanggung masalah ini. Yang mampu aku buat, bersabar dan bertahan hingga satu tahap..aku menangis di masjid. Sebab no one there di tempat muslimat. Air mata yang ditahan lama, beban yang dah lama aku tanggung..akhirnya ku lepaskan jua. Hati dipujuk dengan alunan indah surah At-Takwir yang dibaca oleh bilal sebelum azan Zohor.

Hidup. Belum kahwin pun, Allah dah ajar bagaimana alam rumahtangga itu. Sebab keadaan itu, aku pinta..jadilah seorang wanita dan tunaikan hak & tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku taknak ulang semula, korang mix match lah entri ini dan sebelum.

Tentang sambung belajar atau bekerja? Aku sepakat dengan bff-bff tersayang untuk jadi fulltime housewife. Ha-ha-ha! Kalau dah kahwin, bukan ke keluarga adalah fokus utama yang memberikan kebahagiaan? Perancangan untuk masa depan bersama, it need two to tango. InsyaAllah, keharuman setanggi syurga bukan kilauan sebilah belati. Hala tuju selepas berkahwin, aku serahkan kepada beliau. Hitam katanya, hitamlah. Putih katanya, putihlah. Kuasa veto kan pada seorang suami. Kalau nak degil ikut ego sendiri, jangan berkahwin. Lalala-

Kita kenal diri kita bagaimana. Aku ada je kawan yang sambung master tapi mereka masih lagi bujang. Aku ada je kawan yang bekerja dan masih bujang tapi kena kerja sampai lewat malam. Takpe lah sebab mereka bujang. Itupun seringkali aku baca dan dengar luahan mereka. Dah malam, jauh dari waktu balik office tapi masih di site atau office. Aku ada je kawan yang bekerja dan sudah berkahwin, dan aku tahu juga apa yang mereka luahkan. Dan aku sendiri tahu erti letih dan penat. Ya, aku juga akui. Aku tiada hak menentukan kehidupan orang lain. Sebab itu aku kata, "bagi aku".. Aku kenal diri aku dan aku ada aim untuk masa depan aku. Istikharah itu perlu untuk perkara yang kita tidak tahu kerana Allah yang pegang takdir perjalanan hidup kita. Hajat itu adalah untuk perkara yang kita mahu daripadaNya. Dan takdir itu adalah ketetapan Allah setelah kita berusaha. Selagi ada pilihan, pilihlah yang mendekatkan kita dengan Ilahi. Allah takkan pernah tinggalkan hambaNya.

Aku tutup coretan aku dengan ayat Ustaz Ahmad Dusuki bin Abd Rani pada hari beliau bagi ceramah Ogos lepas.

"Berkat itu bila sedikitpun, kita merasa cukup."

Fikir-fikirkanlah.
Until we meet again.
Wallahua'lam.
 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 18, 2014

Tragedi Oktober.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Lucu tapi indah.
Moga permulaannya baik dan kesudahannya juga baik hingga ke Jannah Firdausi.

*****

18 Oktober 2014. Just another story happened. Smile. Life is beautiful. Life goes on. Keep faith. Trust Allah more.

8.30am : Buka kedai. Menyapu, mengemop, mengemas. Sarapan. Tolong bos angkat barang.
10.15am : Take a break seperti yang telah dipersetujui dengan bos. Pergi kuliah agama kat Masjid. Sendirian. Naik motor. Rempit. Eh. Just bawa laju sebab dah lewat. Sampai Masjid, suara Ustaz dah kedengaran. Gamble je masuk sebab dah biasa ke situ tapi bukan pergi dengar kuliah hari Sabtu. Ini first time. Duduk sorang-sorang kat belakang. Nampak ayah kawan, kawan. Dan emak kawan depan aku je. Tersengih. Taknak tegur lagi sebab waktu kuliah yang singkat. Kena manfaatkan setiap detik. Konon fokus. Tetiba dupdapdupdap dalam dada. Haha. Apaapajelah. Ayat Ustaz, "Yakin dengan rezeki yang Allah sudah janjikan untuk hambaNya." Ku semat dalam dada. Yakin. Allah Maha Mengetahui berbanding kita. Pastu aku tak berapa nak faham istilah yang Ustaz guna. Maklumlah. Belajar Arab satu semester. Itupun yang basic je. Selebihnya belajar sendiri.
12pm : Kuliah bersambung minggu depan. Salam cipika cipiki dengan emak kawan aka cikgu sekolah. Aku tahu ada mata yang memandang tapi abaikan. Sangat mengejar masa sebab bos dah call dua kali. Ye lah. Dah kata sampai jam 12 aku keluar. Tak sempat nak beli buku yang digunakan oleh Ustaz. Bergegas balik ke kedai. Rupanya bos nak suruh beli bubur untuk anak dia masa nak balik nanti. Uwaaa. Sape soh tak jawab call kan. Haha. Inilah padahnya bila tak suka jawab panggilan.

Lepas tu?
Haruslah hidup kena diteruskan. Eh.

#####

Letih. Tapi berbaloi. InsyaAllah. Malam ni ada ceramah oleh Mufti Pahang, if not mistaken. Dengan doktor perubatan. Tentang derma organ. Hajatnya nak pergi tapi hujan pula turun mencurah ke bumi dengan selebat-lebatnya. Moga ada hikmahnya aku tak dapat pergi. Kesihatan perlu dijaga untuk tetap meneruskan kehidupan.

Kawan whatsapp cakap pengisian Ustaz waktu kuliah tadi memang tinggi bahasanya. Mesti dia fikir aku tak boleh nak faham. Haha. Memang pun. Lainlah dia yang belajar di Jordan. Aku ini, wuwuwu- Tapi nak seribu daya, taknak satu dalih je. Kan?

Terkesan dengan ayat Ustaz. Perempuan sepatutnya duduk di rumah sahaja. Bukan mengejar pangkat dan nama untuk sama taraf dengan lelaki. Pergi kerja hingga lupa yang diri itu seorang perempuan. Tempat perempuan di rumah. Melainkan kalau suami tiada kerja yang tak boleh nak sara hidup. Tapi rezeki kan Allah yang bagi? Deep. Aku teringat pula ayat bos di office waktu lunch dengannya dan office mate di kedai makan belakang office. Bos suruh sambung master dan pHD. Office mate laju kata aku nak kahwin. Bos balas, kahwin bukan halangan. Degree sekarang dah macam takda apa. Kalau gaji tak padan dengan kelayakan, macam tak berbaloi. Aku senyum dalam tenang. Cewah. Well. Aku dah ada plan untuk masa depan aku sendiri walaupun separuh hati aku kata, ramai akan mempertikaikan keputusan aku. Tapi aku percaya. Bila perkara itu betul, just do it. Selagi mana Allah tak marah, teruskan je. Allah ada. Hidup ini untuk mencari keredhaan dan keberkatan Allah. Tak ke?

Boleh disagree dengan kenyataan aku di bawah. :)

Bagi aku, cukuplah ijazah sarjana muda yang mengajar aku erti jatuh dan bangun sebagai seorang mahasiswi. Sebagai seorang perempuan, tempat aku akan sentiasa di bawah lelaki yang menjadi pemimpin, ketua dan imam. Banyak halangan dan cubaan dalam tempoh ni, membuatkan aku semakin mahu mendekati Jannah Firdausi yang nilainya bukan semudah ungkapan tetapi dibayar dengan jiwa yang dijual kerana Allah. Entah berapa lama lagi masa yang ada untuk melayakkan diri ke Jannah Firdausi. Ayat Ustaz tadi ada benarnya dan menguatkan lagi kata hati aku. Apatah lagi, aku lihat dia-yang-tidak-ku-kenali tersenyum dari jauh seolah memberikan jawapan yang teguh. 'Enjoy' dengan life sekarang sebab bila saat lafaz sakinah bermula, everything will change. Satu je yang tak berubah. Nawaitu Lillahi. Niat kerana Allah.

*****

"Apa impian kau beb?"

"Impian aku adalah impian dia. Dia nak masuk syurga. Dan impian dia adalah impian aku juga."

Tragedi Oktober. Kerna hidup ini bukan yang kita mahu tetapi apa yang Allah beri. Bersyukurlah dari merintih apa yang tiada.

Puncak segala ketenangan adalah pada ibadah yang diterima oleh Allah.
Jika mahu ambil iktibar.
Wallahua'lam.

18Oktober2014. 1120.
24tahun4bulan.
Darul Makmur.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 07, 2014

My wish.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

I hope that the days come easy and the moments pass slow,
And each road leads you where you want to go,
And if you're faced with a choice, and you have to choose,
I hope you choose the one that means the most to you.
And if one door opens to another door closed,
I hope you keep on walkin' till you find the window,
If it's cold outside, show the world the warmth of your smile,
But more than anything, more than anything,
My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to,
Your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more than you can hold,
And while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.
I hope you never look back, but ya never forget,
All the ones who love you, in the place you left,
I hope you always forgive, and you never regret,
And you help somebody every chance you get,
Oh, you find God's grace, in every mistake,
And you always give more than you take.

Friday, October 03, 2014

Salam AidilAdha..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Hidup ini satu perjalanan yang indah dan bermakna.

Patut ke kita korbankan kebahagiaan sendiri untuk melihat orang lain bahagia? Banyak kali aku tanya soalan tu pada diri sendiri. Sehinggalah aku dengar tazkirah daripada ustaz sempena AidilAdha pagi tadi di office. Mengambil ibrah dari kisah nabi Allah- Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Tentang pengorbanan.

Korban.

Tanda ketaatan mereka pada Allah.

Ibrah pertama : Iman dan akidah yang mantap dapat mengikuti perintah Allah.

Iman yang teguh, akidah yang mantap. Manusia tanpa iman dan akidah tidak akan mampu menunaikan perintah Allah. Manusia yang punya iman dan akidah dapat mengerjakan perintah Allah dengan mudah dan tanpa banyak alasan serta persoalan. Manakala, manusia yang lemah iman dan akidah akan sentiasa mempersoalkan setiap perkara dan suruhan Allah.

Ibrah kedua : Nabi Ibrahim sentiasa menegur kemungkaran ayahnya & kaumnya dan menasihati untuk menunaikan perintah Allah.

Nabi Ibrahim menegur melalui perbuatan. Baginda menghancurkan patung-patung berhala. Bila baginda ditanya oleh kaumnya, baginda suruh mereka bertanya pada patung berhala yang besar. Di situlah kebijaksanaan Nabi Ibrahim. Dakwah memang tugas ustaz/ustazah, jika itu pandangan tipikal segelintir manusia. Tetapi tanggungjawab adalah setiap manusia. Setiap daripada kita ini perlu mengajak manusia dengan hikmah dan bijaksana. Caranya adalah melalui Al-Quran. Kita digalakkan untuk membaca Al-Quran dan mengajak orang lain memahami, menghayati dan beramal dengan Al-Quran.

Ibrah ketiga : Nabi Ibrahim dalam dakwahnya menggunakah mujadalah (berdialog)

Nabi Ibrahim sentiasa memberikan hujah dalam berkata tentang kebenaran. Baginda menggunakan akal fikiran bila berdebat dengan kaumnya.

Ibrah keempat : Nabi Ibrahim berbudi pekerti mulia bila berhadapan dengan ayahnya yang berlainan kepercayaan.

Nabi Ibrahim masih tetap menghormati ayahnya dengan menggunakan bahasa yang baik dalam menegur ayahnya supaya tinggalkan sifat syirik.

Ibrah kelima : Nabi Ibrahim seorang yang pemurah dan cintakan tetamu.

Sunat menghormati tetamu kerana tetamu perlu dimuliakan dan mereka pembawa rezeki kita. Kita juga digalakkan untuk bersenda gurau dengan tetamu untuk menjaga hubungan sesama manusia. Memuliakan tetamu merupakan adab dalam islam yang sangat dituntut.

Ibrah keenam : Nabi Ibrahim hauskan ilmu pengetahuan dan cintakan kebenaran.

Baginda suka mendalami ilmu dan cintakan pengetahuan. Baginda tak pernah merasa puas dengan ilmu. Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap mukmin. Hati kita ini kena sentiasa cintakan ilmu. Allah mengangkat darjat orang yang berilmu. Walaubagaimanapun, tiada gunanya jika ilmu banyak tetapi tidak beramal dengannnya. Ilmu yang tidak diamalkan umpama pokok yang tidak berbuah. Ilmu mesti disertakan dengan amal.

Ikut peribadi Rasulullah SAW. Apa dia peribadi Rasulullah?
Peribadi Rasulullah adalah Al-Quran.
Beramal dengan akhlak Rasulullah bermakna kita beramal dengan Al-Quran kerana Al-Quran adalah manhaj kehidupan. Dari sekecil-kecil perkara hingga ke urusan yang besar.


Allah memahami perjalanan hati nurani manusia.
Kerana Dia yang mencipta kita.

Patut ke kita korbankan kebahagiaan sendiri untuk melihat orang lain bahagia?

Ikhlaslah hati dalam merelakan segala kelukaan dan kesakitan.
Bahagia kita, Allah yang beri. Mungkin dengan korbankan kebahagiaan sendiri, Allah gantikan kebahagiaan lain yang lebih membahagiakan.

Di bumi Palestin, telah banyak menjadi saksi korban kerana Allah.
Tinggal kita mahu ambil sebagai pengajaran atau tidak.

Walaupun kita tidak merasai kebahagiaan itu sendiri. 
Tetapi kita akan menjadi sebab orang lain bahagia.
Bukankah itu kebahagiaan yang sejati?

Tidak diciptakan sesuatu itu dengan sia-sia melainkan ada hikmah yang Allah akan tunjukkan juga akhirnya.

“Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan Allah kepadamu. InsyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar.” [As-Saffat, ayat 102]

Nabi Ismail sendiri sanggup mengorbankan nyawanya.
Kita ini pula?
Manakan sama kita dengan Nabi Allah, tetapi tidak mustahil kita pinjam kekuatan dan keberanian mereka untuk menempuh kehidupan di dunia ini.

Hidup kita ini adalah untuk mencari redha Ilahi.
Jika paksinya pada Rabbul Alamin, maka bersabarlah.
Sabar ganjarannnya adalah syurga Allah.

Selamat menghayati erti korban.
Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha.
Selamat mencari redha Ilahi.
Semoga berbahagia bersama insan-insan terchenta.


Wallahua’lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...