Together we are...

Tuesday, October 28, 2014

Salam Maal Hijrah 1436H.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Assalamualaikum semua.
Hi everyone!

So, how's day? Hope much better than yesterday.
Ye lah. Nabi pun kata, hari ni kena lebih baik daripada semalam.

MAAL HIJRAH.

Teringat ayat Ustaz masa pergi ceramah kat uni dulu. Tiada hijrah yang lebih baik selepas pembukaan Kota Mekah selain daripada hijrahkan diri sendiri.

Dah sampai mana penghijrahan kita?
Tepuk dada, tanya iman masing-masing.
Sekadar refleksi diri.
Kalau malu untuk berstokin masa pakai sandal, so berkasut aje setiap masa. At lis boleh cover kaki daripada menjadi tatapan ramai.
Kalau dah bertudung, cuba labuhkan hingga menutup dada.
Kalau dah labuh menutup dada, cuba perwatakan sesuai dengan pakaian di tubuh. (ohh i'm talking to myself)
Kalau...ya, banyak lagi benda-benda kecil yang boleh kalian lakukan.
No matter what, pentingnya berubah dari dalam ke luar.
Maksudnya?
Begini. Jika hati dah kuat, hati dah cekal, hati dah yakin dengan janji-janjiNya dalam kalamNya, takda apapun yang boleh menggugat pendirian kalian untuk berubah. It is the best thing ever. Segala kata sinis dan cemuhan daripada orang sekeliling takkan menggugat iman kalian. Believe me.
Unfortunately, jika kalian berubah dari luar ke dalam. Aku rasa kalian akan menghadapi banyak kesulitan. Diperli, kalian terus goyah. Diejek, kalian terus rebah. Sebabnya hati kalian tidak kuat. Trust me.

Apapun. Selagi kalian ada niat untuk berubah, alhamdulillah. Yang melihat usaha kita adalah Allah. Yang menilai usaha kita adalah Allah. Yang memberikan balasan terhadap segala usaha kita adalah Allah. Bukan manusia. Bukan.

Semoga kita tetap istiqamah dalam jalan juang yang penuh mehnah ini!
Semoga kita sentiasa menjadi yang lebih baik daripada semalam!


Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak!) Kerana Allah jualah yang menguasi segala urusan akhirat dan urusan dunia. [53 : 24-25]

Dalam kitab-kitab itu ditegaskan bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sendiri); Dan bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang melainkan balasan apa yang diusahakannya. Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan kepadanya pada hari kiamat kelak. Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna. Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan segala perkara. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan seseorang itu bergembira tertawa dan menyebabkan seseorang itu berdukacita menangis. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan-pasangan lelaki dan perempuan. Dari setitis air mati ketika dipancarkan ke dalam rahim. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menghidupan semula makhuk-makhluk yang mati. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan sesiapa yang dikehendakiNya apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan apa yang boleh disimpan. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan Pencipta Bintang Syikra. [53 : 38-49]

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran daripadanya? [54 : 22, 32, 40]

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan. Dan hal Kami dalam melaksanakan apa yang Kami hendaki, hanyalah satu cara sahaja, cepat jadinya seperti sekelip mata. Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan orang-orang yang sama keadaannya seperti kamu; maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran? Dan tiap-tiap perkara yang mereka lakukan, adalah tertulis di dalam Kitab suratan amal. Dan tiap-tiap perkara yang kecil dan yang besar tetap tercatit. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa ditempatkan dalam taman-taman Syurga yang indah dan dekat beberapa sungai. Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya. [54 : 49-55]


Allah dah sediakan jalan. Hanya kita yang perlu memilih. Macam mana kita nak pilih? Pilihlah sesuatu itu kerana Allah. Bila terpaksa pilih antara dua pilihan, pilihlah yang mendekatkan kita dengan Ilahi.

Kalau kita boleh berubah hari ini, kenapa perlu tunggu esok? Masa tak pernah menunggu tuannya. Izrail pula sedia menunggu perintah TUANnya.

Kalau bukan sekarang, bila?

Moga tahun baru membuka cerita baru.
Moga tahun baru memberi azam yang lebih baik.
Moga tahun baru menghadiahkan hari-hari yang indah.
Moga tahun baru dalam jagaan Ilahi selalu.
Salam Maal Hijrah 1436H.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...